INILAH PUNCA KITA DI ADD MASUK KE FB GROUP TANPA RELA

11/04/2014 08:36:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Tak payah maki hamun berkajang.. aktiviti tak bermoral seperti meng add orang sesuka hati ke group di FB tetap takde penyudah. Ramai yang rasa benda ni menggangu aktiviti sosial depa di laman sosial tapi aku pun pelik spesis yang dok add orang tak tentu pasal ni tak pernah terbaca ke status maki, status warning status marah atau status berunsur rayuan supaya jangan add orang ke dalam apa2 group FB tanpa keizinan. Nak kata buta huruf pandai pulak buka account FB. Nak kata masalah kefahaman ke hapa tak tau la..

Sumber google

Yang pasti bukan masalah tak faham bahasa atau tak pandai baca atau tak tahu orang tak suka. Depa buat semua tu untuk kepentingan peribadi depa. Nak beriklan kat group iklan kena add 50 orang dulu. Lepas tu PM admin group, dapat ID baru iklan depa terpapar kat group tu.

Ni salah satu group yang aku baru je leave sebab tetiba jer ada makhluk add masuk sebab nak beriklan. Ni la punca yang buat kita di add tanpa rela ke group iklan2 sampah masyarakat. Nasib kau la group kau jadi contoh dalam banyak2 group yang dok buat lagu ni.

Jadi biarlah kena maki.. kena sindir berapi atau kena sumpah seranah janji lepas cukup kuota tu depa boleh beriklan produk @ service depa. Yang si admin group pun satu hal.. Kau fikir paksa orang join group dengan minta orang lain suka suki add ke group sampah hangpa tu ingat orang yang aktif beronline nak stay sangat ka? Kalau aku memang aku leave jer group2 camtu. Tapi letih jugak la.. leave satu add lagi satu.. sampai kiamat pun asyik dok kena leave group. Kalau tak online confirm notification jutarita punya. Benda tu sangat2 menganggu & menyusahkan. Sila faham.

Hope admin2 group yang ketagih sangat follower sila la meraih follower dengan cara berhemah bukan cara sampah macam ni. Follower yang korang paksa orang add tu bukan sebab depa suka sangat join group hangpa tapi kadang2 depa sendiri tak perasan pun depa dah di sedut masuk ke group sampah hangpa tu. Sila cari alternatif yang lebih mulia & berkualiti untuk menjemput orang duduk dalam group hangpa.

7 comments:

  1. hari2 tau ..bila dia add terus akak keluar balik..jenis kita cakp pun tak paham2 lagi..bila kita tegur di katanya "ini auto kak..saya pun tak tahu.." habis nak buat cemana..kita keluar sendiri la dari group terhegeh2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. auto pun kalau bukan admin yg setting add org x kan benda tu auto setting. kita pun buat group tp x de auto setting add org x tentu pasal.. ye dak?? alasan jer.. cuba buat manual setting

      Delete
  2. Sy pon mengalami situasi yg sama...kadang2 2@3 kali leave group yg sama..(-_-)

    ReplyDelete
  3. kena banyak kali benda gini, tension juga

    ReplyDelete
  4. Saya tak pernah lagi tapi kalau kena saya pun buat macam kak Suria juga, tinggalkan je group macam tu.

    ReplyDelete
  5. mmg nyampah n meluat kalo kena add di group ntah hape2 mcm cth d atas.rimas kan?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com