KISAH WANITA PALING SERAM

14.11.14 Suria Lekatlekit 9 Comments

Siapakah wanita paling seram? Mesti ramai yang nak tahu kan?? Isk... bukan den la. Den peminat cerita seram je tapi den tak menyeramkan sangat. Amboi.. Macam puaka sangat kan entri2 den ni sampai korang nak label den sebagai wanita paling menyeramkan.

Sumber google

Ok aku just share Biografi seorang Ratu seram Indonesia yang rasa ramai kenal kalau sebut nama. Ok kita sebut filem dulu la.. Sapa yang tak pernah dengar filem Sundel Bolong memang dia tak minat la kot tengok filem seram. Ni bukan sundel bolong yang version baru tapi version yang seram giler version lama. Masa kecik2 dulu aku pernah tengok filem ni tumpang tengok rumah kawan dia ada video player.. umah cheq takdak time tu. Memang seram dia sampai rasa nak terkencing. hahahaha

Sumber google

Yang membawa watak sundel bolong, adalah seorang pelakon indonesia Suzana. Dia memang banyak berlakon filem2 seram sampai dapat gelaran Ratu seram indonesia.. Muka dia pun even cantik tapi sebab dah banyak sangat  filem seram di berlakon jadi menyeramkan la pulak bila tengok. Apa yang aku baca tentang pelakon suzana ni.. dia ada satu gaya hidup yang agak misteri katanya suka makan bunga-bunga jasmin ketika berlakon bertujuan bagi mengekalkan kecantikan. Makan bunga pun misteri ke? hahahahaha

Salah satu babak dalam filem sundel bolong

Suzanna Martha Frederika van Osch (lahir di Bogor, Jawa Barat) merupakan kacukan Jawa-Manado-Jerman-Belanda memulakan kerjaya lakonan sebagai bintang kanak-kanak yang kemudiannya menjadi salah seorang pelakon paling berjaya dalam filem seram. Beliau telah dianugerahkan The Best Child Actress Award pada Asian Film Festival 1960 dan ditakhtakan sebagai seniwati paling terkenal ketika Asia-Pacific Film Festival tahun 1972.. Suzzanna mula bersara dari arena perfileman dan cuma kembali berlakon lapan belas tahun kemudian dalam filem Hantu Ambulance. Namun, kemunculan beliau didalam filem tersebut merupakan yang terakhir buat semua. Suzzanna menghembuskan nafas terakhir pada Oktober 15, 2008 kerana penyakit kencing manis. Dia meninggal ketika berusia 66 tahun. - Baca Biografi penuh kat SINI -

Antara filem seram lakonan beliau. Berlakon dari tahun 50an tu..

Bagi generasi baru mungkin tanpa bantuan google tak kenal dengan pelakon ni.. Tapi bagi kita membesar dalam tahun 80an & 90an ni mesti tak semua filem seram beliau.. tapi paling di ingati adalah sundelbolong kan? Time tu memang filem terseram la selain filem tempatan Misteri Rumah tua lakonan Nurkumalasari.

P/S : Terlalu banyak filem seram dia berlakon mesti hidup dia pun di hantui misteri2 kan

9 comments:

  1. sundel bolong...yer saya masih ingat cerita tersebut...

    ReplyDelete
  2. huwaaa...muke die la yang smpai ke ari ni kalau ingat cinta hantu mesti terbyg die..
    serius seram sundel bolong ni dlu time kecik..smpai skrang pon..huhu

    ReplyDelete
  3. Disebabkan dia ni ler ibu tido dgn emak abah sampai umoq 10 thn..
    Hahahahahhahahaha
    Mmg serem..
    Masa dia mati dulu pn..
    Diorg ckp x tau btoi ke idak..
    Dia pesan pd laki dia..
    Tiap2 malam sampai mlm ke berapa..
    Bakarkan kemian dkt kubur dia..
    Wallahualam..
    Pasal mkn bunga tu mgkin petua dia kot ibarat org suka mkn sireh tu..
    Kikikikikiki

    ReplyDelete
  4. Pnh tgok sundel bolong ni..
    Akk mmg suka sgt citer hntu..haha
    Tp citer indon yg seram skg agk xsenonoh sikit pakaian derangkan..

    ReplyDelete
  5. cite nie mmg menakutkan..kecik2 dulu kalau nk takutkn org lain mmg guna nama hantu sundel bolong laa..seram !

    ReplyDelete
  6. sundel bolong..ida memang peminat citer die..tgk bnyk kali pun tak bosan.hhhhu

    ReplyDelete
  7. perghh.. ha. licha memang tak minat cerita2 seram cenggini. nanti sendiri yang terpikir2 pastu takut.
    hihi.

    ReplyDelete
  8. pernah tgk Ratu Ilmu Hitam jer....

    ReplyDelete
  9. Kenal sangat! Suka tengok Suzana ni berlakon dalam cerita seram. Cara bercakapnya, cara merenungnya memang menyeramkanlah. Tapi saya rasa renungan tajamnya tu yang buat kita jadi seram.

    Eh, tak tahu pun dah meninggal rupanya pelakon ni! Yalah, tua juga tu kalau dah 66 tahun. Saya je dok perasan saya masih 20-an lagi. Padanlah pelakon lama ramai yang dah takda, saya tak tahu.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!