PENCURI DALAM BLOG

19.11.14 Suria Lekatlekit 17 Comments

Bila tak ada idea nak update blog, kita rasa macam perlu jugak update untuk maintain kan traffic blog. Untuk pastikan pageviews & unique views tak jatuh.. Padahal otak tu memang tak bermood nak fikir idea untuk menulis tapi di paksa jugak update blog walhal blog tu kalau tak update sehari dua.. tak mati pun.


Bila jadi macam tu idea tak ada.. tapi di paksa jugak kadang2 benda tu buat kita jadi seorang pencuri dalam berblogging ni. Nak mengarang memang totally idea 0.. nak taip sebaris ayat pun tak mampu mula la merayap ke blog orang cari artikel best kemudian copy paste. Touch up sikit2.. bagi tak nampak sangat entri orang. Yelah.. kadang2 penulis ni dia ada kata nama ganti dia sendiri.. kena la edit. Kang kantoi katanya...

Mencuri entri dengan mencuri idea orang untuk update blog adalah dua perkara berbeza.. curi idea kadang2 tu just kita ambil isu tu untuk kita komen kat blog kita & jadikan satu entri. Tu bukan namanya copy paste.. Kita just ambil isu yang sama tapi buat entri sendiri. Tapi adalah lebih bagus kalau nak buat macam tu sertakan sekali link sumber yang kita rujuk. Benda tu rasanya takde blogger nak mengamuk. Tapi yang copy sebijik2 ayat orang kemudian claim benda tu hakcipta sendiri yang tu selalunya blogger akan mengamuk.

Menulis pun bukan benda yang senang.. Jadi bila orang penat2 karang entri kita senang cedok masuk blog sendiri & dapat hasil dari penulisan tu, tak semua orang rasa ikhlas nak halalkan atau redha tanpa sedikit pun rasa tak puas hati. Manusia kot.. bukan malaikat. Tak ada idea.. berehat. Otak yang fresh Insya Allah akan menghasilkan idea yang baik. Tak perlu paksa diri sebab berblog bukan macam kerja makan gaji dengan orang. Kalau tak mampu cari je la kerja part time lain. Tak payah berblog kalau dah memang takde bakat mengarang @ menulis.

Menulis perlu minat baru boleh menghasilkan bakat. Sebab dengan minat je kita akan berusaha belajar sesuatu. Tanpa minat hanya sekadar ikutan.. Percayalah samada blog tu tak bertahan.. hangpa cuma jadi pencuri je dalam berblogging. Hari2 dok buru ke blog orang cari artikel nak copy paste. So,blogger kah anda? tepuk kepala tanya akal.

P/S : Kalau nak copy paste pi copy paste berita sudah.. berita surat khabar depa tak bising sangat even berita online sekarang pun dah mula protect artikel depa. (Tapi kalau depa take action nasib hangpa la. hahahahaha) selagi tak keluar surat khabar cuma share tajuk berita jer macam harian metro. hahahahaha

**Kalau entri korang kena copypaste korang boleh buat report google. Boleh rujuk tutorial kat sini >> Cara Report Google<< 
 

17 comments:

  1. saya setuju sangat entry ni walau saya tak pernah menjadi mangsa atau pemangsa plagiat
    nak menulis entry peribadi seperi saya pun memerlukan masa yang lama untuk berfikir
    lagikan pula yang ke arah lain,
    tak faham mereka yang suka copy n paste tanpa rasa bersalah ni
    moga mereka insaflah satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah dah memang salah tapi tu la kan. di mana kepuasan berblog kalau sekadar nak copypaste.

      Delete
  2. ada yg bagi cadangan letak watermark kat pic...sbb nnti kita tau la sape yg duk rajin sangat copy tu..akak try la buat..hoho..mmg sah2 dia curi kita punya..walau pun entry kita pun copy gak tapi sekurang2nya kita letak sumber,dan tambah2 la sket2..tapi sipencuri tu copy sebijik2 sama..komen kita yang kita tambah pun sama...tajuk pun sama...sebijik!!......sumber??!!...malangnya langsung x diletakkan.....abis nak buat macamana.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah2 kak T buat report google je nanti google tolong delete entri dorang hahahaha

      Delete
    2. haha..ada gak terpikir mulanya..tapi x sampai hati sbb blogger tu baru je berbini...

      Delete
  3. Tak de idea letak je la gambar madah2 tu ka..kan?? tak pun letak ja gambar muka sendiri dengan caption2 comel..tu kalau dah rasa kemaruk sangat nak update blog la.....hehhhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak Diana...muka x comel..segan nak letak dlm blog...huhu

      Delete
  4. boring entry copy paste ni... sana sini baca benda sama... so baik buat cara sendiri.

    ReplyDelete
  5. seram plak baca komen kak T.. dah laa copy paste entry , gambar pon nak cilok..lepastuu boleh plak rajin hidden kan watermark.. huhuhu.. baru tau boleh report kat Google..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..kdg2 rasa seram...tapi ada gak blogger yang baik hati dtg nasihat..dia kata tak pe..sbb x diletakkan sumber,nnti admin blog asal bila2 masa boleh jer saman...ppeerggh...nasib baik kebanyakkan ebtry akak yg duk copy2 tu seme dah diletakkan link asalnya

      Delete
  6. Takde idea nk update blog kalu..better selfie2 pastu letak kat blog..ada paedah..smua org blh tgk hg selfie..ngeee...

    ReplyDelete
  7. Takde kepuasan juga sbnrnya entry copy paste...

    ReplyDelete
  8. Dah pernah kena ke Suria? Saya ni picisan je kot lagipun dok tulis hal seharian dalam hidup takda siapa nak kopipes. Dan lagi, bagi saya tak perlulah nak kopipes ni. Buat menyusahkan diri je. Takda cerita, dok diam-diam makan biskut cicah kopi sambil main game online. Kalau rasa nak lebih berilmu, lagi afdal baca buku tambah pengetahuankan. Buang hormon teruja je dok kopipes artikel orang. Nasib baiklah saya punya sel otak masih elok lagi, tak berhenti-henti idea merapu datang. Eh, merapu pun idea jugakan. Boleh je nak buat entri update blog.

    ReplyDelete
  9. Pernah kena. Dengan gambar² skali dia copy. Patu blur kan kat bahagian mata...cisss...Amik citer jer sudah lah. Ko tepek lah gambar lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sama mcm akak..rasa2 yang tukang copy tu blogger yang sama tak?

      Delete
  10. Ada terbaca 2/3 orang yang copy paste entri org lain... kesian... saya bersimpati... saya pernah tak de idea nak menulis selama 1 bulan malah lebih... saya cuma boleh doakan org yg copy paste tu dilimpahkan idea menulis dr Allah... amin...

    ReplyDelete
  11. saya tak perasan pula kalau entri2 saya ada yang dicopy paste tapi entri saya memang tak boleh dicopy paste..huhu..
    semoga saya terus mampu untuk menulis..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *