KISAH SEBENAR 7 MURID ORANG ASLI LARI DARI ASRAMA SEBAB TAKUT WARDEN

15.10.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

KISAH SEBENAR 7 MURID ORANG ASLI LARI DARI ASRAMA SEBAB TAKUT WARDEN. Sebab aku ikuti kisah kehilangan 7 orang murid orang asli SK Tohoi ni maka aku rasa nak update juga la berita yang aku baca berkaitan kes ni. Semua orang tahu daripada 7 murid orang asli yang hilang hanya 2 orang di temui selamat, yang lain2 meninggal dunia akibat kelaparan & seorang akibat lemas. Ada pulak yang kata keyboard warrior di kalangan blogger ni menyalahkan guru. Bagi pihak aku la kan bukan aku salahkan guru. Mula2 aku cuma tertanya kenapa budak2 tu takut sangat sebab buat salah mandi sungai tanpa keizinan je. Cuma nak tahu bukan menuduh...


Bila terbaca kisah sebenar 7 murid orang asli ni larikan diri aku share la dengan semua yang malas baca berita online. Alkisahnya yang mandi sungai tu ramai 25 orang. Bila pengawal nampak, pengawal pergi bagitau warden. Sebab depa mandi sungai tanpa kebenaran warden nak ambil tindakkan la pada esok harinya. Bila dah tau nak kena hukuman 25 orang budak ni malam tu dah merancang nak larikan diri balik kerumah masing masing.

pada pagi 7 Ogos tu lepas warden buat pemeriksaan dia dapat kesan 23 orang murid dah melarikan diri. Lepas di cari 16 murid berjaya di temui & di pujuk balik ke asrama manakala 7 lagi tak berjaya di temui.

Itulah kisah sebenar kenapa depa lari dari asrama. Ni bukan cerita yang diada adakan oleh blogger yer. Ni dari laporan akhbar harian metro aku baca. Mungkin warden tu garang sikit la kot.. Nama pun wardeN asrama normally memang la garang kat mana2 sekolah pun. Aku tak salahkan sesapa.. cuma tegas kena ikut peringkat umur. Ni zaman susah nak cakap. Mungkin budak2 sekarang dah tak macam dulu.

Apapun.. Setiap kejadian tu ada hikmahnya. Sama2 kita ambil iktibar. Moga jadi pengajaran kepada semua pihak.

4 comments:

  1. sikap takut dengan hukuman merupakan tindakan yang kurang bijak...berani buat maka berani tanggung

    ReplyDelete
  2. Hmmmm.. Mandi sungai kan bahaya.. Apatahlagi utk kanak².

    ReplyDelete
  3. Dah nak ajal katanya.....ada ajelah penyebabnya tu. Kang budak hilang warden tak jaga, disalahkan warden jugak....serba salah dah jadi warden sekarang ni.
    Kesian pun kesian gak kat budak budak tu...

    Budak budak sekarang pun melampau jugak, terlampau di bela oleh ibu bapa sampai cikgu nak buat apa pun susah, takut kena saman....

    Eh...entahlah, mak pun peninglah kalau cenggini...

    ReplyDelete
  4. aduhai ... tindakan yang memakan diri .. harap jd pengagaran untuk semua org ..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!