MESTI BACA! BERITA BURUK BUAT PENGHISAP VAPE

28.10.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

MESTI BACA! BERITA BURUK BUAT PENGHISAP VAPE. Dalam blog aku ni rasanya aku belum pernah kupas kupis mahupun mengopek secara rakus isu rokok elektronik @ Vape ni. Tapi di sebabkan terbaca satu artikel kat amanz.my yang katanya kementerian kesihatan tengah mengkaji untuk mengharamkan vape di Malaysia.  Katanya kajian tu di buat untuk mencari rang undang - undang yang akan di gunakan bagi mengharamkan & menghalang penjualan & penggunaan vape di masa akan datang.

Sumber Google

Abis la kaki kaki vape.. Kalau kajian ni berjaya & ada akta boleh di sabitkan kesalahan menjual & menghisap vape. Vape mungkin jadi macam dadah la.. tak kira yang jual atau hisap kedua dua di anggap pesalah. Pelik sungguh kan undang2 kat Malaysia ni.. Maybe sebab Vape lebih murah berbanding rokok yang bercukai & mungkin vape tidak menyalurkan apa2 pada pendapatan negara sebab tu gigih sangat depa nak haramkan penjualan & penggunaan vape. Aku bukan sokong orang jual atau hisap vape tapi benda ni bagi aku nampak kelakar. Seolah2 kat Malaysia ni apa je yang bercukai tinggi selamat & sihat di amalkan macam rokok yang di kenakan cukai atau di gelar sebagai rokok sah.

Kalau dah rokok tu membahayakan kesihatan apa jenis rokok pun tetap bahaya bukan hanya vape atau benda ni je bahaya & di katakan penyebab perkara seram ni berlaku di Malaysia >> Sanggup ke korang duduk kat Malaysia kalau 6 benda menyeramkan ni berlaku? Risaunya! << Malah rokok yang katanya sah pun bahaya jugak kenapa tak ada usaha untuk mengharamkan penjualan & penggunaannya. Tak perlu di jawab kita semua tahu apa jawapannya. hehehehe

Ni mesti kes sebab tahun depan katanya harga rokok akan di naikan lagi. Jika ramai perokok beralih kepada vape yang lebih murah, dah tentu bagi kesan kepada keuntungan penjualan rokok sah. Dah la nak kena bersaing dengan rokok seludup yang lebih murah sekarang vape pulak. Pening kepala kerajaan cari idea macam mana nak kikis duit rakyat lagi.

Moral of the story.. Kat Malaysia sejak PM sekarang memerintah memang banyak perkara yang buat kita rasa nak gelak sambil hentak kepala kat dinding. Tu di namakan ketawa dalam tangisan. Apapun merokok atau meng'vape kedua duanya membahayakan kesihatan.

2 comments:

  1. betul tu lekit.. sbb xde pendptn seme benda haram.. judi, arak tu x haram plak kan.. negara Islam tp kilang arak bukan main besar lg.. tmpt judi bukan main besar lg..xde plak nak p tangkap org2 tu..

    ReplyDelete
  2. vape ke rokok ke aku tak suka golongan ini jika merokok kat public...menyampah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!