PANAS! PEREMPUAN BERAMBUT LURUS LEBIH MENYERLAH DI INSTAGRAM

19.10.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

PANAS! PEREMPUAN BERAMBUT LURUS LEBIH MENYERLAH DI INSTAGRAM. Aku seorang berambut lurus tapi bukan lurus macam rebonding tu. Tu dah fake punya lurus. Tapi ada jugak orang yang berambut lurus macam rebonding cuma lurus natural ni even lurus macam mana pun takkan sama macam teknik rebonding. Anak aku pun mewarisi rambut lurus macam aku jugak. Kalau ikut bapak dia rambut ikal mayang sikit. Takde la kerinting cuma dia beralun.

Model comot ni tidak perlu di bayar atau di beri kredit hahaha

Kat situ terbukti rambut jugak sesuatu yang di warisi. Kalau mak bapak rambut kerinting, anak anak dia Insya Allah semua rambut kerinting. Tapi aku mak & ayah memang rambut lurus jadi tak pelik la rambut aku lurus. Rambut lurus ni tak dinafikan jadi satu kelebihan. Salah satu kelebihan rambut lurus ni boleh di pelbagai dengan berbagai gaya & fesyen. Tapi tak semestinya orang rambut lurus buat fesyen rambut macam mana pun nampak cantik. Tak jugak. Ikut kesesuaian wajah juga cuma rambut lurus ni senang nak potong pattern apapun. Berbanding yang jenis kerinting.. nak potong layer pun tak menjadi. Terhad sikit la jenis orang rambut tak berapa lurus ni. Bukan satu kekurangan pun.. Nak2 lagi yang berhijab. Cuma bila buka tudung tu maybe jadi lain rupanya. hehehe

Kelebihan rambut lurus bukan je senang nak berfesyen dengan rambut malah katanya nak orang berambut lurus ni lebih senang bergaya depan lensa. Nampak lebih fun, santai & stylo. Ye ke? Abis orang rambut kerinting nampak sedih ke depan camera. Nak tambah cili api lagi.. katanya orang rambut lurus ni lebih menyerlah di Instagram. Jangan marah aku.. bukan aku kata depa kata. Ni buktinya... >> Perempuan Berambut Lurus Lebih Menyerlah & yakin bila berselfie <<

Teringat pulak kisah zaman rumaja dulu ada antara kawan aku kalau tetiba pakai tudung bila keluar dengan kengkawan tu mesti silap potong rambut muka jadi pelik. Hahahah.. Pakai tudung sampai rambut tu panjang. Hahaha.. almaklum la budak2 kan. 

Alah.. tak kisah la rambut lurus ke, bengkok ke.. Semua tu anugerah Allah yang paling terbaik untuk kita semua. Cantik pada pandangan mata setiap orang juga tak sama. Bukan sebab rambut lurus atau sebaliknya.

3 comments:

  1. dari dulu teringin.. jeles ngan orang rambut lurus sbb rambut kita bengkok.. haha

    ReplyDelete
  2. Aku berambut ikal jugak tapi heavy kemain.. ikut mama abah arr... peliknya dua adik2 aku rambut lurus... tak tahu ikut siapa.... mak bapak kemain ikal rambut....

    ReplyDelete
  3. Tapi ada juga yg suka rambut kerinting... Dah lurus rambutnya sanggup pergi salun buat karan rambut

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!