TRAJEDI SERAM BILIK DARJAH M 6/5

31.10.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

TRAJEDI SERAM BILIK DARJAH M 6/5. Slot seram serik lekatlekit kali ni nak berkongsi cerita seram berkaitan sebuah bilik darjah di sebuah sekolah. Murid2 yang tak boleh control perasaan takut di nasihatkan jangan baca nanti terbayang bayang pulak masa pergi sekolah. Kang taknak pergi sekolah acik jugak di salahkan. Ini untuk bacaan mereka2 yang dah matang & abis sekolah yer. Yang masih sekolah pi baca buku. Alkisahnya bermula...


Sekumpulan pelajar nakal ni suka sangat menjelajah tempat2 yang di katakan berhantu & seram. Pada suatu hari tu depa pergi ke sebuah bangunan lama di sekolah mereka yang sudah tidak di gunakan lagi. Semasa mereka dalam bangunan lama tersebut berlaku kejadian yang menyeramkan. Mula2 mereka di ganggu hantu dari roh seorang pelajar yang mati bunuh diri akibat kecewa tak dapat menempatkan diri ke universiti. Sehinggalah mereka berjumpa dengan seorang guru yang sebenarnya mereka pun tak kenal kat dalam bangunan tersebut. Mereka cuba minta perlindungan dari guru tersebut & akhirnya mereka di kurung dalam sebuah bilik darjah. Disitulah segala rahsia mula terbongkar. Bilik darjah M 6/5 pernah berlaku satu trajedi bunuh membunuh antara 3 orang guru yang mengalami konflik percintaan. Dua guru wanita & seorang guru lelaki. Seorang guru suka kat cikgu lelaki ni tapi cikgu lelaki tu pulak dah ada bercinta dengan seorang cikgu perempuan seorang lagi. Akibat cemburu cikgu perempuan yang cintanya di tolak menikam dua guru tersebut & akhirnya dia sendiri pun mati tertikam pisau. Selepas kejadian tu sekolah tu di hantui roh guru yang berdendam tu. Dendam dia bukan sebab cinta tak berbalas je.. semasa masih hidup cikgu ni di rogol ketika mabuk tapi dia salah sangka. Dia ingat cikgu lelaki yang dia suka tu yang merogol dia. Sebenarnya ada 4 pelajar jadi saksi ada seorang cikgu lain yang merogol. 4 pelajar tersebut jugak di bunuh oleh roh cikgu yang berdendam ni. Bila berlaku kejadian macam tu bangunan tersebut di tutup & tidak di gunakan sehingga berabad lamanya. Sehinggalah sekumpulan pelajar nakal ni konon cuba mencari kebenaran cerita hantu dalam bangunan tersebut. Dan akhirnya mereka terperangkap & terpaksa berdepan dengan situasi menakutkan bila roh guru yang berdendam itu cuba membunuh mereka. 2 orang roh guru yang di bunuh cuba membantu & menghalang roh guru yang berdendam ni membunuh kumpulan pelajar ni. Selepas semua pelajar ni insaf dengan perbuatan nakal mereka barulah mereka di lepaskan.


Itulah sinopsis ringkas filem seram thailand bertajuk Make Me Shudder. Filem ni bagi aku.. best. Sebab dia seimbang. Ada lawak & seram. Memang mula2 korang tengok filem ni rasa nak gelak jer... Pertengahan cerita baru keseraman dia tu serius sikit. Tu pun masih ada unsur komedi yang orang penakut takkan stress sangat sebab takut tengok cerita ni. Walaupun ada banyak unsur komedi tapi sound effect dia mampu buat kita terkejut jugak la. Perjalanan cerita dia dari starting sampai ending memang tak membosankan. Filem ni tak silap aku filem 2013. Beli dvd ni dah lama tapi tak sempat tengok lepas dvd player rosak. Tu yang episod memburu dvd seram tergendala sekejab katanya.hahahaha

Done!

Tu kisah bebudak nakal takde penyakit cari penyakit. Hantu dok dendiam kat situ dia pergi cari. Tapi yang ni kisah hantu yang cari orang nak sakat. Duduk diam2 kat rumah tetiba di sakat hantu secara online macam ni >> Bagaimana Tetiba Anda Mendapat Mesej atau Video Call Dari Bukan Manusia << Gamaknya mesti trauma nak tengok mesej atau jawab video call lagi kan?

Moral of the story.. Budak2 sekarang kadang terlampau berani nak buat aktiviti paranormal tanpa pengawasan orang yang lebih pakar sebab tu berlaku kejadian kejadian tak di ingini. Konon berani sangat padahal angin tolak pintu jer bersepah lari sampai jatuh patah riuk bagai. Kalau dah keberanian tu sejengkal jangan highland tower nak di jelajah.

1 comment:

  1. Hahaha...villa nabila kat jb yg dikatakan berhantu tu..dah pun dirobohka lepas ada kes budak tido rumah kawan...tp kawan dia kata hilang kat banglo usang tu...lawok budak2 ni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!