TAK BERKAT BELI BARANG LEBIH MURAH DARI HARGA YANG DI TETAPKAN

2/22/2016 01:59:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

TAK BERKAT BELI BARANG LEBIH MURAH DARI HARGA YANG DI TETAPKAN. Mesti ramai panik baca tajuk entri ni kan? Aku pun mula2 jadi confuse jugak bila seorang pengedar Jus Caliph keluarkan kenyataan macam tu kat salah satu group yang aku share kebaikkan Jus Caliph ni. Sebab Harga Jus Caliph ni serius ada macam macam harga tapi Harga Jualan Yang pihak HQ Caliph tetapkan adalah RM75. Mula2 aku beli Jus Caliph ni memang la dengan harga RM75. Aku tak rasa rugi pun.. Rezeki pengedar dia. So, pengedar yang jual harga mengikut HQ tetapkan tak payah risau.. Rezeki tu dari Allah. Insya Allah ada rezeki untuk korang.


Tapi yelah.. nama pun pembeli kalau ada orang jual produk yang sama dengan harga yang berganda murah, confirm la dia pilih yang lagi murah. Tapi bila ada yang menjatuhkan hukum berkat tak berkat ni kita pun mula jadi cuak & was was la jugak. Supplement ni nak bagi kat anak.. Untuk memastikan dia berkembang dengan baik & sihat. Yelah.. tu la tujuan kita bagi supplement untuk anak anak kan? Takde orang bagi makanan tambahan untuk pastikan anak dia besar nanti jadi gangster paling ganas & terkenal, ye dak?? Atau nak bagi anak dia sakit & cepat mati. Kalau depa tak peduli.. jangankan supplement, makan pun maybe depa tak bagi.

Sebab statement tu sedikit buat aku rasa macam tak confident maka aku merujuk kepada seorang kawan aku yang sekarang ni bergelar seorang ustaz. Tapi bukan ustaz yang mengajar kat sekolah tu.. Dia banyak bagi ceramah2 agama atau buat program motivasi. Memang aktif sekitar kedah & luar kedah pun kadang2 ada jugak jemputan. Mujur la ada kawan dengan ustaz hensem kan.. Jadi senang la nak tanya apa2 berkaitan Hukum hakam ni.

Menurut beliau.. Urusan jual beli tu sah. Tak salah pun kita beli dengan harga yang murah. Kecuali la kita dah buat perjanjian urusan jual beli dengan satu pengedar ni, tapi tetiba kita nampak ada orang yang jual lebih murah kita terus pergi beli kat orang yang jual lagi murah tu. Yang tu salah la.. Sebab kita dah deal. Nak2 lagi dah siap buat tawar menawar. Tu secara ringkas la yang aku faham dari penjelasan kawan aku tu.

Pada pengedar caliph.. Yang berurusniaga dengan amanah & jujur tak payah rasa tergugat dengan pengedar2 yang main harga ni. Asalkan anda berniaga dengan jujur Insya Allah.. ada rezeki & rezeki yang anda dapat pun berkat. tapi jangan la sampai keluar hukum sendiri.. orang beli harga murah tak berkat. Berbaik sangka.. mungkin ada orang yang tak mampu memerlukan supplement tu.. At least ada harga yang lebih murah di pasaran mereka ada pilihan untuk beli.

Kalau ikutkan persaingan harga ni bukan je produk caliph malah macam2 produk pun ada persaingan harga macam ni. Even pakaian, gadget, perabot,peralatan elektrik pun ada yang barang sama tapi harga berbeza. Jadi tak ada istilah tak berkat bila pembeli memilih beli barang yang sama tapi dengan harga yang lebih murah.

Moral of the story.. Semoga Allah permudahkan & melimpah ruahkan rezeki buat kita semua. Amin...

8 comments:

  1. sy rasa kan org tu bukan tuju kepada pembeli tp kepada yg tukang jual tu..sebab epa main harga..sepatutnya memang x elok la main harga,kalo rsa nk jual murah sila buat produk sendiri, so blh ltk hrga ikut suka ko je kan..tp bila kita dh guna produk org, kita kena ikut la harga yg dh org tu tetapkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana la awak confident cakap dia tuju pada penjual sedangkan komen tu saya yang baca di bawah post saya. dia memang cakap.. orang yang beli dengan harga murah tak berkat. Nak cari balik post tu maybe dah tenggelaman dengan banyak post lain kat group tu tapi saya yakin saya baca dengan jelas.

      Delete
    2. Sebagai pengguna mestilah kita nak harga murah, tapi kalau melampau sangat berbeza dengan harga pasaran, something wrong somewhere.

      Delete
  2. Haram hukumnya main harga macam tu.. sepatutnya kena jual dengan harga pasaran tak kiralah berapa modal kita. Kecuali jualan penghabisan stok sebab dia nak tutup kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang meniaga saya tak berani komen la halal ke haram.. yang saya tulis cuma bagi pihak pembeli.

      Delete
  3. habis kalau dia dah jual harga rm50 tak kan kita nak kata "tak mau..saya nak beli dengan harga 80.." nampak macM GILA PULAK..KAN??HAHAHAH

    ReplyDelete
  4. Biasalah kalau dah namanya pembeli. Siapa jual paling murah, itulah yang kita cari. Inilah baru tahu kalau beli dengan harga yang lebih murah daripada yang ditetapkan tak berapa nak berkat katanya.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com