TREND MENUNJUK STERENG KERETA JADI VIRAL

19.2.16 Suria Lekatlekit 7 Comments

TREND MENUNJUK STERENG KERETA JADI VIRAL. Manusia tagih perhatian ni macam macam cara dia buat. Jenis kaki menunjuk ni ramai kat Laman sosial. Aku pun kaki menunjuk jugak.. Tapi menunjuk makanan aku masak atau produk untuk aku review. Semua tu ada relate dengan blog jugak. Dulu aku tak berapa tau kepentingan menunjuk semua tu.. Sekarang aku dah faham kenapa blogger menunjuk jadi aku pun terpaksa menunjuk demi kelangsungan blog katanya. So ada beza blogger yang menunjuk dengan yang bukan blogger.

Ni la salah satu cara nak show off kat media sosial hahahhaa

Sebenar trend menunjuk stereng kereta ni bukan baru2 ni je berlaku.. Dah lama jugak benda ni jadi  fenomena. Yelah.. kat stereng tu la orang boleh tau kau pakai kereta cap apa. Cap kuda ke cap kancil ke.. cap huruf ke hapa. Sebab tu la orang nak habaq pasai jam kat jalan pun attach gambar stereng.. Nak habaq nak pi supermarket pun upload gambar stereng. Nak2 yang pakai kereta cap 'ABC' yang mahai tu. hahahahaha.. Kita yang pakai kereta sorong ni memang tak ada stereng la nak tunjuk katanya. Tapi kereta sorong baby pun ada cap mahal2 jugak tau. Cuma tak jadi trend lagi la orang menunjuk cap kereta sorong baby. Mungkin tak lama lagi akan ada la.

Bila dah kantaoi nak menunjuk cap kat stereng kereta mula la nak cover line konon tak ada niat pun nak menunjuk. Kebetulan jer.. Tapi yang lagi best kes yang tengah viral semalam. Dia nak sarcasm post orang lain.. alih2 dia yang jadi viral. Padahal dia nak perli sipolan yang menunjuk cap kereta dia dengan upload gambar stereng tu. Memang betul2 trajedi febuari sungguh. Tergelak aku baca.

Tapi cap apa pun kereta hangpa.. Kalau suka buat perkara karut ni pun tak guna >> Kebanyakkan Dari Kita Memang Buat Perkara Karut Ni Pada Kereta. Tak Caya Meh Tengok << Tapi hakikatnya pakai cap apa pun kereta tetap tak terlepas dari buat perkara perkara karut ni. Jadi cap kereta memang tak mampu mengubah rutin yang biasa pemilik kereta ni buat. Kita semua tetap sama jer walau berbeza cap kereta katanya. Mungkin cara tu dah menjadi warisan turun temurun kot. hahaha

Moral of the story... Macam2 cara orang nak show off kat media sosial. Ada melalui gambar aset2 dia. Ada yang melalui cerita2. Tapi yang best ada sorang pengasas produk ke pengedar ke aku tak sure tapi cara dia dok show off kat media sosial memang spesis kaya raya la tapi duit upah review aku sampai sekarang dia tak ada sebut nak bayar. hahahahaha

7 comments:

  1. nak orang tahu kereta diorg kereta mahal kut hihi

    ReplyDelete
  2. hahaha...akak pon terguling2 gelak semalam bila kawan2 ada share kat whatsap...ada tu troll siap pakai tali tap jadi jam...hahaha...yolah pakai kete beso mesti la sesekali nak tunjuk2 gak kan...lain la cam akak ni hah mampu tunggang belalang itam je :p

    ReplyDelete
  3. yg ni mmg kelakar.. last2 jd parodi LOL

    ReplyDelete
  4. Perenggan yang last tu yang bahaya...takut tu...hihi..

    ReplyDelete
  5. Macam-macam cara rupanya orang nak menunjukkan. Kita ni nak menunjuk sikit-sikit pun takut nanti orang kata apa pulak. Kang tak pasal-pasal kena jumpa kat... Arghhh, malas pulak nak sebut duplohlapankali. Kang tak pasal-pasal jadi viral!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!