HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG CARI BENDA NI

6.6.16 Suria Lekatlekit 2 Comments

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG CARI BENDA NI. Hari ni seluruh umat Islam memulakan ibadah puasa. Amacam? Ok ke? hari pertama confirm ramai yang excited & bersemangat bangun sahur. Juadah bersahur pun mesti meriah karipapusing kan? Kemain penuh meja depa punya lauk pauk. Aku takde la.. ikan goreng, sayur campur, ikan masak asam asam telur masin je. Nak beriya masak sapa yang nak habiskan nanti. Korang nak tolong datang habiskan ke? hahahaha.. Aku memang tak excited sangat la bab makanan ni. Sahur atau berbuka aku trick macam biasa. Cuma beza waktu makan tu je. Kau nak membazir sangat dah kenapa katanya.

Sumber Google

Bila tiba bulan puasa blog aku mesti tersangkut keywords2 ni. Time puasa je mula la orang cari benda ni. Depa ni tak tau la hanya mampu puasa makan minum je kot.. Yang lain2 tak tahan nak puasa katanya. Antara keywords yang melekat lekit di pagi 1 ramadan yang mulia ini adalah...

1. hukum memegang kemaluan di bulan puasa
2. apa boleh pegang kamaluan saat puasa
3. bercium pada bulan puasa bukan muhrim
4. boleh ke suami sentuh isteri punye ketika bulan puase
5. bergesel kemaluan di bulan puasa
entri : HUKUM MENYENTUH KEMALUAN PASANGAN & BERCIUM KETIKA BERPUASA
6. Boleh puasa sekiranya kena ambil darah
entri : SUNTIKAN,AMBIL DARAH & MIMPI BASAH TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Ni la keywords paling popular kat blog aku di pagi hari pertama puasa. Entri yang aku letak tu adalah entri yang duduk kat first page carian google dari keywords2 tersebut. Depa dok cari hat tu jugak. Tang tu maybe depa tak mampu nak puasa kot hahaha. Tapi yang ambil darah tu mungkin ibu2 yang tengah mengandung & ada check bulanan. So memang kena ambil darah. Yang tu boleh la berbaik sangka. Yang lain2 tu hahaha... Tak tau la depa nak buat apa.

Ni la keywords blog aku di hari pertama puasa tahun 2016

Walaupun Syaitan semua bercuti bulan puasa ni tapi nafsu manusia ni kadang2 mengatasi bisikan syaitan. Buktinya bulan puasa pun orang tak mampu mengawal nafsu serakah walaupun kita sedia maklum setan iblis semua kena jail time ni. Jadi tak ada alasan nak salahkan makhluk tu lagi.

Banyak perkara kita boleh manafaatkan di bulan puasa ni untuk menyekat nafsu kita dari buat perkara perkara yang membatalkan puasa. Jangan dok fikir sangat la benda2 yang berahi time2 puasa ni. Selain memperbanyakan ibadah & baca al Quran sesekali nak rehatkan minda boleh la window shopping raya kat sini >> Ini cara Anda Nak Dapat Diskaun Semasa Membeli Belah Di Zalora << Manatau ada yang berkenan boleh la shopping raya terus kan. Dah tak payah nak berlanggar bontot kat luar sana nak shopping baju raya. Duduk depan pc/smartphone/tab clik2 bayar je. Nanti dia hantar depan hidung korang.

Moral of the story.. Tak salah kita nak cari info ia juga satu ilmu cuma bulan puasa ni elak la dari dok buat benda2 yang boleh menaikkan nafsu syahwat takut satgi puasa lapar & dahaga jer. Bila terfikir sesuatu yang boleh membatalkan puasa cepat2 la istighfar yer. Insya Allah.. nafsu2 jahat tu dapat di kawal.

2 comments:

  1. macam-macam..huhu..ada ustaz kata syaitan yg ketua2 je yg kena ikat..wallahualam

    ReplyDelete
  2. Niat puasa, cara solat tarawikh, takda pulak orang cari time puasa ni ya!

    Akak rasakan Suria yang mencari guna keywords macam tu mesti pengantin baru. Yalah, baru kali pertama sambut puasa bersama. Kahwinnya baru tahun lepas lepas raya, tak pun bulan lepas, tak pun beberapa hari lepas ^_^ Mestilah nak tahu hukum-hakamkan! Orang macam kita ni yang dah 'senior' tak mungkinlah tak tahu hukum sentuh menyentuh ni kan ~_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!