3 ORANG YANG PALING MEMBERI MOTIVASI DI FACEBOOK

27.1.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

3 ORANG YANG PALING MEMBERI MOTIVASI DI FACEBOOK. Untuk menjadi seseorang yang bermotivasi kepada orang lain kita tak perlu nak cari publisiti untuk dapatkan populariti. Orang yang popular sekarang ni kadang2 nothing pun.. Kadang2 dia popular sebab kebodohan dia sendiri atau bijak mengambil kesempatan & peluang padahal apa yang ada dalam diri dia tu biasa - biasa jer kan.. Yang betul2 patut di angkat menjadi bermotivasi tu kadang2 tenggelam sebab mereka sangat low profile & terus positif menjalani hidup.


Kat Facebook ada beberapa orang kawan yang aku suka sangat tengok aktiviti & membaca cerita2 mereka.. Sangat memberi motivasi & inspirasi pada aku. Bagi aku mereka antara orang2 yang positif aku kagumi walaupun mereka bukan la dok up kata2 peransang atau motivasi tapi dengan membaca cerita tentang hidup & aktiviti mereka walau tidak terlalu peribadi.. Yelah.. walaupun aku di label negative person manjang.. Tapi aku pun manusia.. Tak semua orang aku pandang negative je kan. 

Orang yang positif tak memandang orang lain negatif.. Kalau kita asyik dok mencebik dengan orang tu ni.. Tak suka orang tu ni.. Kita pun ada sikap negatif jugak jadi tak payah bajet positif & semulia mulia manusia sangat la kat media sosial.


Kat Facebook aku orang2 yang konon acah2 depa la paling positif bukan nak sangat berkawan dengan aku.. Kalau pun depa friend.. depa unfollow kan ataupun depa unfriend & blocked je aku.. Tapi sebenarnya masih lagi kawan2 yang tak acah2 orang positif namun masih melihat aku ada positif & negatifnya & masih sudi berkawan dan beramah mesra di facebook.. cuma nak letak kat sini semua sekali memang tak cukup space la hahahahaha.. Jadi aku pilih 3 orang yang aku rasa situasi yang mereka hadapi tu boleh memberi motivasi pada kita yang mungkin tidak di hadapkan dengan ujian hidup macam mereka tapi mereka still positif dengan apa yang di takdirkan pada mereka & berusaha untuk menyebarkan sesuatu yang baik sebagai peransang kepada orang lain yang mungkin senasib dengan mereka... Kalau kita baru di uji dengan tak dapat nak makan sedap pun dah penuh wall mengadu maka malulah dengan mereka2 yang di uji lebih hebat dari tak dapat makanan sedap...


Dayang Deno


Nor Atikah Norbaki

Shahada Fauzi.

Kalau korang nak berkenalan dengan mereka boleh la terus ke FB mereka. Insya Allah mereka antara kawan2 yang post2 mereka jarang nak buat orang lain sakit hati. Hahahaha...

Selalu aku dok baca caption pengamal media sosial yang acah2 positif.. konon nak jadi seorang yang positif kena berkawan & bergaul dengan orang2 positif. Tapi bagi aku yang sama banyak positif & negatif ni, mustahil la kita mampu jadi sentiasa positif setiap masa. Kadang2 kita akan jadi negatif pada sesuatu perkara atau seseorang yang kita tidak suka. Orang yang kita nampak sentiasa positif tu pun ada hari dia negatif jugak...



Tapi kebanyakkan aku dok nampak orang yang konon tak suka di kelilingi orang2 yang beraura negatif katanya.. dia sendiri pun penuh aura negatif. Contoh dia konon tak suka orang yang suka menyindir so dia keluarkan status menyindir golongan tersebut.. Tanpa sedar dia sendiri buat perkara yang konon dia anggap negafif & dia tak suka. Jadi kesimpulannya.. Perbuatan dia tu negatif ke positif? Jawab sendiri lah yer... hahahahaha. Kalau dalam diri sendiri pun asyik pandang negatif kat orang lain tak payah salahkan orang2 sekeliling kau sangat la kan yang menyebabkan kau jadi tak berapa positif.. hahahaha

Moral of the story.. Manusia normal la ada positif & negatif. Selagi kita ada hati & hati kita masih mampu merasa selagi tu kita ada emosi yang up & down. Tapi ada cara kita nak ubah emosi yang sendu. Nak tau macam mana tengok kat sini >> Ubah Cara Ekspresikan Emosi, Keluarga Sendu Kini Bertukar Riuh… Macam Ni Baru Best! << Apapun cara kita ekpresi & kawal emosi tu membezakan kita dengan orang lain.Ada orang jenis apa dia rasa semua dia nak orang tahu kat media sosial.. Tu ada yang marah kat laki, marah kat anak, marah kat mak bapak semua dia tulis... So belajar mengawal apa yang kita nak tulis terutama ketika dalam keadaan beremosi.

2 comments:

  1. salam tuan rumah. selalu juga singgah sini, komen aje tak tinggal. haha

    anyway, positif atau negative adalah energik yang ada pada semua orang
    ada orang akan lebih kepada energy positif dan ada sebaliknya
    nak tahu orang tu lebih dikuasai aura positif atau sebaliknya
    cuma tengok time dia drive...haha

    ReplyDelete
  2. Cuba cerita hanya yang menarik je, kalau yang tak best pun olahan cerita tu biar nampak lucu baru orang tak perasan sangat.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!