INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE

11.1.17 Suria Lekatlekit 7 Comments

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE. Ni tetiba buat entri pasal pengasas Tati Skin Care kau pun terjebak guna produk yang katanya berkesan dalam masa 3 hari & jerawat settle dalam masa 7 hari. Bukan kau shopping skincare kat guardian je ke? Rasanya guardian takde jual produk Tati Skincare ni kan.. Yer betul. aku guna skincare yang jual kat Guardian je. Aku bukan salah seorang pengguna Produk Tati Skincare pun & aku sesungguhnya tidak berani nak ambil risiko guna produk ni.. hahahaha. Hanya yang berkulit kental & kenyal je boleh guna produk ni. Yang berkulit lemah semangat macam kulit aku tak payah la nak cuba - cuba hahahaha


Produk ni sesungguhnya feedback pengguna yang aku baca ada Pro & contra. Ada yang kata kesan dia memang sangat memuaskan hati & ada yang komen sangat mengecewakan.. Sebab aku tak pernah guna komen aku cuma menakutkan je baca feedback dari bekas bekas pengguna produk ni.


Mungkin ramai yang tak kenal siapa pengasas produk yang tengan 'In trend' sepanjang 2016 ni & bakal jadi kontroversi untuk tahun 2017 katanya hehehehe... Pengasasnya bukan seorang lelaki berpewatakkan lembut tapi perempuan original yang bertudung. Perempuan melayu jugak. Nama pengasas produk ni adalah Nurhayati Hashima. Mengikut hasil siasatan aku melaui Facebook.. Beliau berasal dari Pasir Mas Kelantan & menetap di sana jugak. Katanya belajar kat UM Kelantan.


Tu je la yang aku tahu. Bila dia mula mengeluarkan produk Tati skincare ke hapa tak jumpa pulak info pasal tu. Jadi pada mereka mereka yang tertanya tanya siapa gamaknya pengasas produk yang meletop bagaikan pop corn baru masak ni hope dah berkenal kenalan yer. Putih gebu orangnya. Padan la jadi pengasas produk kecantikkan pun. takde la orang pertikai dia keluarkan produk skincare pun hahahaha. Macam aku kalau jadi pengasas produk kecantikkan mungkin kena kecam. Almaklum.. even bebas jerawat pun takde la gebu gebas lagi. Masih banyak perlu di repair kat muka aku ni hahahahaha.. Jadi sapa nak berkolabrasi untuk review kat blog lekatlekit.com ni & ada produk best nak suruh aku test, manatau aku boleh jadi testimoni berjaya kalau betul2 produk korang tu berkesan kan. Jadi boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com. Syarat produk korang bukan produk yang banyak chemical & mercury, ada pengesahan KKM, GMP, Halal (kalau ada salah satu daripada 3 tu pun ok. Tapi paling penting KKM & Halal la) yang sah bukan setakat print sticker kat kotak produk bila di semak tak pernah pun dapat pengesahan atau kelulusan KKM, GMP atau Halal JAKIM.

Pengasas Produk Tati Skincare Nurhayati Hashima

Kalau korang nak share untuk orang lain mengenali siapa pengasas produk Tati skincare ni pun boleh.. share je pada button2 social media yang ada kat sebelah kiri & bawah artikel ni. Manalah tau ramai lagi yang masih tercari cari siapa sebenarnya pengasas produk ni. Mungkin depa ada urusan nak di selesaikan dengan dia kan.. hehehehe

P/S : Ramai kan orang kelantan yang jadi pengasas produk kecantikkan ni. Senang dapat stok kot hehehehe

7 comments:

  1. baru je teringin nak cuba tapi bila dah terdengar khabar angin tak menyenangkan, cancel lah hihihi

    ReplyDelete
  2. Ena pernah cuba sekali.. lepas tu rasa pelik sebab berubah mendadak.. terus ena buang..

    ReplyDelete
  3. Ada member office guna pencuci muka jenama ni tak sempat interview lagiks!

    ReplyDelete
  4. produk tanpa kajian klinikal memang berisikolah kalau ambil

    ReplyDelete
  5. Kenal pengasas ni ore kelate hihihihi

    ReplyDelete
  6. hmmm kat kedah ngan kelantan je byk jd pengasas produk sejak dari dulu2

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!