PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAGI PENJELASAN TENTANG VIRAL PRODUK MEREKA YANG DI KATAKAN TIDAK SELAMAT

1/12/2017 09:09:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAGI PENJELASAN TENTANG VIRAL PRODUK MEREKA YANG DI KATAKAN TIDAK SELAMAT. Sebagai blogger kena la adil. Kita tak boleh post untuk sebelah pihak.. Kena post untuk kedua dua belah pihak katanya. Semua rasanya sedia maklum kan dua hari ni hangat di perkatakan tentang local produk yang tengah popular ni. Walau tak di mention oleh bekas pengguna tapi sebab mungkin ramai yang mengalami perkara yang sama bila berhenti atau skip menggunakan produk tu untuk tempoh lebih kurang seminggu maka ramai yang dapat meneka produk apa.

Jadi di sebabkan benda tu dah jadi viral serata alam maya.. Maka pengasas produk tu tampil memberi penjelasan di laman facebook beliau. Menurut Puan Nurhayati Hashima pengasas produk Tati Skincare.. dia kata ia salah satu konspirasi untuk menjatuhkan perniagaan beliau. Bab2 konspirasi ni aku tak mau buat spekulasi apa apa la.. Sebab benda tu kena ada siasatan dalaman. Yang aku tau bekas pengguna produk ni tidak membayar aku menulis tentang apa yang berlaku kepada dia selepas berhenti guna produk tu. Aku sendiri yang minta nak kongsi kat blog. So, antara dia dengan aku memang tak ada sebarang konspirasi berbayar untuk menjatuh sesiapa.


Pasal katanya ada produk lain cuba mengambil kesempatan mempromosikan produk mereka dari viral tersebut.. Biasa la kan. Strategi marketing katanya. Masa ni la nak membuktikan produk siapa paling bagus mampu menyelesaikan masalah kulit pengguna yang terkesan dari penggunaan produk yang mungkin tidak selamat untuk kulit.

Pada pandangan peribadi aku la.. Aku tak nampak apa yang jadi viral ni satu konspirasi menjatuhkan pihak yang di tuduh tu sebabnya aku sendiri try google & cuba baca semua pendedahan dari pihak pengguna. yer.. ada yang berpuas hati dengan kesan selepas penggunaannya.. Tapi ramai jugak yang memberi feedback yang negatif bila berhenti menggunakan produk tersebut. Aku ni memang suka tukar2 produk.. Sebab aku banyak guna produk jual kat farmasi je sekarang.. Memang kalau aku stop guna apa2 produk yang aku guna sebelum tu memang tak bagi apa2 kesan buruk kepada kulit aku. Yelah.. aku kalau datang musim malas aku pakai cleanser jer... Yang lain2 aku skip. Aku jarang pakai 1 set produk dari brand yang sama.. Skincare aku sekarang ada 2 3 brand. Sebab produk tu kebanyak natural produk memang tak bagi apa2 kesan buruk walau aku mempunyai kulit yang sensitif & silap pakai produk memang akan berjerawat.

Tapi tak tau la kan.. Sebab katanya ada fake Tati Skincare ni.. mungkin boleh terima alasan sebab produk tiruan cuma yang musykil ada yang cakap beli direct HQ pun sama juga. Bila stop muka terus jadi bukan bukan. Entah la.. Mungkin pihak Tati Skincare boleh membuktikan produk mereka selamat dengan lampiran pengesahan dari pihak2 yang pernah membuat ujikaji terhadap produk mereka. Mungkin dengan cara tu dapat mengembalikan kepercayaan pengguna.

Apapun... Semoga ada penyelesaian yang baik. Jika terbukti produk tu selamat hope ada la lampiran bukti yang sahih.

8 comments:

  1. produk tanpa kajian klinikal mmg bergantung dengan nasib. kalau nasib baik, kulit ok. kalau nasib tak baik, hmm

    ReplyDelete
  2. Mohon pihak tati tunjuk kilang . buktikan tati bukan produk timbang kilo. Bila dilihat blik feedback negative dan respon pihak tati kepada cust yg ada prob. ni sgt mencurigakan.mcm lepas tgn. mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  3. I pun pkai Tati dah for 3months dah.. tapi muke makin banyak tumbuh biji-biji kecik mcm ruam gitu byk sangat pat pipi.. now da stop and pergi facial and ubat doctor. Kadang-kadang pkai cleanser tati muke pedih sangat.. kadang-kadang gatal sangat mcm rashes gitu.. tapi tati bagus muke jadi lembut and putih cerah.. cume tulah biji-biji ruam tumbuh smpai muke gatal and pedih sei.. sygnye.. so maybe tati ni khas untuk muke yg tak sensitive... mcm kite ni muke sensitive sangat lah.. hurhurhur..

    ReplyDelete
  4. byk² skincare aku pakai, tati plg lame & bole dikatakan mampu menyelesaikan masalah jerawat tegar aku nih. aku stop sbb putih amat la. ngeee muke putih, tgn itam mcm dayang senandung. kikiki. kulit aku elegik ngan produk ade aloevera. confirm kuar jerawat gajah pakej gatai bengkak². huhuhu

    ReplyDelete
  5. Baru nk try guna tati

    ReplyDelete
  6. aku dah pakai tati ni dekat 6 bulan
    3 bulan pertama pakai muka jadi halus tak de sebiji pon jerawat...then aku stop
    sebulan....dah tak pakai tuu naik lah pulak jerawat halus2 kat muka jadi kasar je kalau pegang
    pastu aku beli balik
    satu set siap serum kauuu...,!!!
    tak smapai seminggu kuar berita tak bole pakai tati....
    kecwa juga tapi kerana takut ada kesan jangka masa panjang aku tukar g produk farmasi himalayaa

    ReplyDelete
  7. aku dah pakai tati ni dekat 6 bulan
    3 bulan pertama pakai muka jadi halus tak de sebiji pon jerawat...then aku stop
    sebulan....dah tak pakai tuu naik lah pulak jerawat halus2 kat muka jadi kasar je kalau pegang
    pastu aku beli balik
    satu set siap serum kauuu...,!!!
    tak smapai seminggu kuar berita tak bole pakai tati....
    kecwa juga tapi kerana takut ada kesan jangka masa panjang aku tukar g produk farmasi himalayaa

    ReplyDelete
  8. blog awak ni dari tahun 2009 kan...tetiber tati keluar jamu nama jamu lekatlekit....mesti depa tiru nama blog awak,sbb awak ada buat write up pasar owner dia...and agaknya dia ada terbaca dlm blog awak,lepastu copy nama blog awak ni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com