SENARAI PEMENANG & KOMEN PERSEMBAHAN ARTIS DI ANUGERAH JUARA LAGU KE 31

1/22/2017 11:40:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

SENARAI PEMENANG & KOMEN PERSEMBAHAN ARTIS DI ANUGERAH JUARA LAGU KE 31. Aku jarang sangat tengok anugerah anugerah hiburan macam ni sekarang. Tapi kalau ada kesempatan aku menonton tengok jugak la. Malam ni kebetulan tertengok Anugerah Juara Lagu ke 31 AJL31.. Pengacara AJL malam ni nampak happening jugak la. Tak la lawak sangat tapi tak la hambar sangat kan.. Gandingan Sarimah, Farah Fauzana, Awal Ashaari & Fizi HotFM.. ok la semua pun memang ada kepakaran masing2 mengawal pentas kan. Tema persembahan AJL tahun ni adalah cerita dalam lagu. So boleh la tengok drama sekali atas pentas AJL tu


Tapi Sampai sekarang aku tertanya tanya layakkah Aiman Tino tu di pentas AJL.. tengok persembahan dia tadi.. suara level2 budak2 kat karaoke jamban ja..  Tapi dah rezeki dia la kot ramai peminat. Mungkin peminat dia di kalangan hadik2 la.. Kalau hakak2 & habang2.. lagu ala2 zaman new boys tu.. Tomok pun dah rasa malu nak nyanyi dengan style suara sengau melentok liuk macam tu sekarang hahahaha

Black Hanifah.. tema dia ala2 drama Sayangku Kapten Mukriz juga almaklum la lagu dia kan menjadi lagu tema drama tu..

Simple persembahan Mawi & Syamsul Yusof la.. takde pelakon2 atas pentas depa guna skrin besar belakang stage tu jer. Tapi nampak meriah pentas tu bila mereka guna warna api lepas tu hujung2 persembahan ada pancutan api keluar dari pentas tu. Tapi vokal nampak kedua2nya memang mantap..


Untuk Kumpulan Khalifah lagu hang pi mana.. Attractive jugak sebab dia pembukaan persembahan tu dia buat tema ala2 orang kampung kan dengan ayam bagai naik pentas.. Siap dengan kumpulan dikir barat, budak sekolah bagai. Teringat pulak Noraniza Idris dulu selalu dapat persembahan terbaik sebab persembahan dia pentas memang meriah karipapusing tiap2 tahun. Vokal tak payah pertikai la..  Setakat ni nampak Khalifah ada peluang menang persembahan terbaik.


Persembahan paling gersang (kering) sufian suhaimi... dia ranting2 pokok kering atas pentas. Kat skrin cuma memaparkan artis2 yang telah pergi. Kira persembahan dia tribute kepada mereka yang telah pergi la. Tak ada pelakon ke hapa dia je sorang2 atas pentas dengan ranting2 kayu tu..


Persembahan Hazama ni ala2 macam ahli silap mata. Memang hazama ni pandai berlakon.. so tak kekok nampak dia berlakon atas pentas AJL malam ni. Memek2 muka dia pun nampak memang menjadi.. Dia sekadar gunakan pemain muzik di atas pentas yang memakai kostum english style ni. Not bad sangat persembahan hazama.


Dayang Nurfaizah.. Hampir setiap tahun ke final jadi vokal dia memang tak ada sapa boleh cakap tak sedap. Untuk lagu lelaki teragung ni persembahan dia nampak simple. Just ada pemuzik di atas pentas & dia berdiri tegak menyanyi.. Yang nampak cuma expresi muka dia jer yang ada drama. Yelah.. feel lagu yang dia bawa kan. hehehe


Persembahan Misha Omar & Hafiz malam ni.. drama cuma depa dua jer atas pentas. Jimat tak payah bayar pelakon beriya macam Aiman Tino tu hehehe. Nak ulas pun aku tak ada apa nak kritik. Vokal kedua2 penyanyi tu memang mantap. Nampak persaingan agak sengit.


Untuk persembahan Projector Band memang drama habis. Siap drama ada dialog lagi atas pentas masa permulaan persembahan. Kisah pasal perempuan curang. Tapi lagu depa macam bukan taste aku jer.. Tapi tak di nafikan lagu ni agak popular.

Persembahan yang aku tunggu tunggu shila Amzah & aliff Satar.. selamanya cinta. Nampak banyak tulisan cina terapung sebagai tanda sokongan untuk shila.. walau yang angkat sepanduk bertulisan cina tu dari peminat melayu. Dengan gaun merah menyala shila memang nampak anggun sangat.. Alif Satar cuma dalam tuxedo hitam.. Persembahan depa pun nampak tak fokus untuk persembahan terbaik tapi lebih mempertaruhkan vokal jugak.

Nampaknya kebanyakkan artis untuk Final AJL 31 ni mempertaruhkan vokal. Macam Aiman Tino lain la.. Vokal tahap karaoke jamban kena la buat drama2 sikit kot2 menang persembahan terbaik ke kan..hahaha. Aku komen persembahan artis2 yang aku sempat tengok je bukan semua. Yang mana tak ada aku komen mungkin aku terlepas tengok atau aku tak minat nak komen hahahaha

Meh kita tengok sapa yang menang untuk Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31).. Adakah Aiman Tino? Kalau Aiman Tino Menang aku rasa semua juri kena buat ujian pendengaran.. Aiman Tino tu nampak di gunakan untuk pancing rating.. Even suara dia takat layak enjoy2 nyanyi kat karaoke & lagu dia zaman tomok dengan new boys dulu.. Tapi tak di nafikan dia ramai followers & Fans. Justin Bieber Malaysia katanya... hehehe

Persembahan Terbaik  - Khalifah (Hang Pi Mana)
Vokal Terbaik - Dayang Nurfaizah ( Lelaki Teragung)
Pemenang Ketiga - Projector Band (Sudah Ku Tahu)
Naib Juara - Misha Omar & Hafiz (terima ku seadanya)
Juara - Dayang Nur Faizah (lelaki Teragung)

So, esok kita akan dengar bunyi2 pahat yang mungkin tak puas hati dengan keputusan AJL 31 ni. Bagi aku.. kalau bukan Aiman Tino ok la retis lain yang menang. Sebab persaingan AJL31 ni memang sengit & selain Aiman Tino yang lain2 memang mempunyai vokal yang mantap. hahaha. Jadi jom la tidur... hehehehe

P/S : komen2 persembahan tu aku tulis semasa menonton.. Kira sebelum di umumkan pemenang la.. hehehe

3 comments:

  1. Justin Bieber konon... Jbu jer lebih... Hehehe...

    ReplyDelete
  2. aku tido ... hahaha jarang layan anugerah2 mcm ni ... hahaha
    so memang tunggu entry korang2 pasal ajl .. klu nk tau sape menang

    aiman tino tu pun tak kenal sape ... aku ingat hermantino hat rambut kerinting tu ... bila dok dgr org sebut2 ...hahhaha

    ReplyDelete
  3. Hehe.. Jangan salahkan Aiman Tino yang buat persembahan tu suria. Sebab yang dipilih untuk ke final ni bukan penyanyinya tetapi lagu.. Pencipta lirik dan komposer nya.. Klu lagu tu best n ramai orang minat sebab tu Aiman Tino ada di situ.. Huhuhu.. Memang sora tahap karaoke pun.. Hi3.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com