KISAH SERAM! MISTERI KELIBAT BUDAK DI VISTA ANGKASA, KAMPUNG KERINCHI

8.5.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

KISAH SERAM! MISTERI KELIBAT BUDAK DI VISTA ANGKASA, KAMPUNG KERINCHI. Salam seram satu Malaysia. Malam ni ada lagi segmen seram serik lekatlekit. Mesti peminat cerita seram excited kan blog lekatlekit kerap update cerita seram balik. Pasti anda semua dah bersedia untuk di selubungi misteri, kan? tanpa membuang banyak patah perkataan yang tak penting moh ler kita ke berselubung dalam selimut sambil baca kisah seram serik lekatlekit ni.


Alkisah bermula tersebut la kisah.. Sang kancil datang beramai ramai mengadap sultan Firaun... hehehehe.. ok ok jangan marah. Sapa marah cepat tua.. Time tu jangan menyesal. Ni ha.. aku terbaca satu kisah seram yang berlaku di sebuah tempat bernama Vista Angkasa nun di kampung kerinchi sana nu. Kisah seram ni bermula bila ada seorang budak katanya main basikal kat tingkat atas tapi tak sure tingkat berapa.. Cuma atas yang di sebut tu pepaham je la. Nak mengambarkan tempat tinggi la. Kemudian budak tu terjatuh & Innalillahiwainnalillahhirojiun.. Selepas jatuh tu dia kembali kerahmatullah..

Tapi menurut cerita.. Katanya semasa budak tu jatuh sempat di sambut oleh penghulu alam ghaib.. Orang kata bunian. Apa yang orang tak nampak dengan mata kasar.. budak ni sebenarnya tak jatuh kebawah. Kononnya roh dia di jadikan anak angkat oleh penghulu bunian.. Tapi jangan risau dia tak jadi orang minyak macam cerita P.Ramlee yer. Kisah dia ni berbeza dari filem orang minyak tu ok! So, hangpa tak payah buat spekulasi.. teruskan membaca jer.

Ntah macam mana katanya.. budak ni terlepas dari jagaan orang kampung bunian tu dia kembali kerumah lama dia kat Vista Angkasa tu & menyebabkan dia menjadi jin liar sebab dah tak boleh balik ke perkampungan bunian tu.. Maka kekal lah budak tu kat situ. Terus merayap kat kawasan sekitar

Nak di jadikan kisah seramnya.. Pada satu hari ada seorang gadis ni buat parti hari jadi katanya. Masa dia nak tiup lilin tetiba dia nampak kelibat budak tu main kat luar & time tu budak tu sedang panjat tembok & berdiri seolah olah nak terjun ke bawah. Apa lagi mengelabah awek ni lari nak selamatkan budak tu. Habis di langgarnya meja.. berterabur kek hari jadi dia. Kempunan tetamu yang datang nak makan kek birthday tu.

Nasib baik dalam tindakkan drastik tu kawan2 dia sempat kejar dia dari belakang & sempat paut kaki dia dari jatuh kebawah. Tapi posisi dia masa tu kepala dah terjuntai ke bawah la. Lepas tu depa tarik dia keatas balik. Kalau tidak memang tak sempat nak berumahtangga awek tu. Majlis hari jadi jadi majlis tahlil la untuk tahun2 seterusnya. Lepas di selamatkan kawan2 dia.. Gadis tu terus pengsan. Sedar je dari pengsan.. dia nampak lagi budak tu berjalan & berlari dalam rumah dia. Awek ni maybe dia sendiri pun tak tahu budak tu sebenarnya bukan seperti apa dia nampak so dia bercakap dengan budak tu. Budak tu cuma respond dengan pandang & senyum lepas tu dia terus main macam biasa.

Akhirnya awek tu di rawat oleh someone.. Kat situlah dorang tahu kisah budak tu yang di selamatkan penghulu jin bunian & di jadikan anak angkat. Oleh sebab penghulu bunian tak mahu budak tu jadi mangsa syaitan maka penghulu bunian dah pasang pagar berupa tirai besi di sepanjang blok tu. Di sebabkan dia terlepas dari jagaan orang bunian.. tu yang dia jadi jin terbiar kot.

Yang merawat awek tu katanya pujuk budak tu supaya tidak ganggu awek ni. Maka kenduri arwah di adakan. So parti birthday tadi tu dah bertukar tema la kan. Selepas semua upacara di buat awek tu katanya nampak budak ni lambai tangan & berjalan menuju ke satu cahaya & hilang...

Kesimpulannya cerita ni macam cerita filem cina pasal roh orang dah mati & merayap di dunia. Sapa suka tengok filem seram hongkong maybe pernah tertengok filem macam ni. Ending.. roh akan berjalan menuju ke satu cahaya & hilang.. hehehehe

Kesahihan cerita ni.. Memang aku sendiri tak tahu. Aku kongsi sekadar untuk hiburan. Depa kata kejadian tu kat Vista Angkasa, aku pun ikut je skrip depa. Cerita ni aku dapat dari sebuah forum. Cerita ni di ceritakan semula oleh seseorang yang dapat cerita ni pun dari orang lain. Kira ni cerita dari mulut ke mulut la bukan cerita dari pengalaman orang yang mengalami. 

Moral of the story.. cerita ni agak kedengaran seperti dogeng tapi kebenarannya hanya Allah swt sahaja yang tahu. so tak perlu buat spekulasi.. habis baca pergi tido!

1 comment:

  1. Walaupun hanya spekulasi, cerita dari mulut ke mulut, tapi boleh tahan juga tahap keseramannya tau.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *