PONTIANAK PUN BOLEH JADI HILANG SERAM KALAU PAKAI BOTANECO GARDEN HAIR SERUM NI

22.5.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

PONTIANAK PUN BOLEH JADI HILANG SERAM KALAU PAKAI BOTANECO GARDEN HAIR SERUM NI. Hang ni lekatlekit.. Tetap tu nak sebut nama nama menyeramkan. Hang nak cerita apa sebenarnya ni? Nak share cerita seram ke nak review produk penjagaan rambut. Sampai pontianak bagai terlibat dalam entri ni dah apa kes wei??


Alah hangpa ni.. Kami tak mau la hilang identiti puaka tu even kami nak review produk pun. Apa salahnya  kami tumpang nama pontianak sat katanya. Selagi makhluk tu berambut selagi tu masih relevan nak di kaitkan katanya. Bukan apa baru ni kami mengalami masalah rambut berminyak. Rambut berminyak ni dia akan effect sekali dengan muka. Normally kalau kami hadapi masalah rambut berminyak secara auto muka kami akan mengalami kesan berminyak jugak. kalau perah2 gamaknya dapat sekilo minyak. Nasib baik la tak dak orang guna minyak2 yang keluar kat rambut & muka ni buat minyak2 pengasih ke hapa.. Kalau tak mesti kami di buru oleh bomoh2 siam nak dapatkan minyak tu kan.. Nasib baik depa cuma cari minyak dagu orang yang dah mati je. hehehehe

Bila rambut berminyak memang kena tukar syampoo rambut. Selalunya kalau rambut jadi berminyak kami guna Sebamed Oily hair syampoo. Mesti masalah rambut berminyak tu akan solve cuma nanti rambut akan jadi kering sikit. Jadi untuk mengatasi masalah kekeringan rambut tu kena la guna serum. Sebab kami try guna hair elixir rambut jadi semakin berminyak so tak berapa sesuai. Jadi terpaksa bertukar ke hair serum. Tu yang terberkenalan dengan Botaneco Garden hair serum ni.. Untuk jenama botaneco garden ni memang tak pernah try lagi hair serum dia. Sebelum ni pakai yang brand lain. Ni kira gamble je beli sebab produk organik tu yang tertarik. Lagipun dalam rumah ni memang dah banyak guna produk dari botaneco garden. Hair syampoo, body wash & hair elixir. Sekarang tambah lagi satu hair serum

Hair serum dia Alhamdulillah.. sangat membantu masalah rambut jadi kering lepas guna oliy hair syampoo & tak menyebabkan rambut kembali berminyak. Dia bagi kesan on the spot lepas guna... Maksudnya. Kau sapu je kat rambut terus rambut jadi licin, lembut & tidak kusut. Bau dia sederhana & sedap. Yang mana rambut kusut masai macam pontianak memang sangat rekemen guna botaneco garden hair serum. Kami cerita sebab kami guna. Menyelesaikan masalah rambut kering & rambut kusut dengan sekali sapuan jer.. Serius tak tipu. Kelembaban dia tahan 1 hari selagi hangpa tak cuci rambut tu. Tidak meninggalkan kesan minyak cuma dia merapi, melembutkan & rambut nampak bersinar macam lembab jer. Cantik ok rambut hangpa kalau pakai serum ni. Lagipun kat botol dah tulis anti frizz kan. Yang mana rambut nampak kusut masai jangan biarkan hidup orang lain di selubungi misteri kerana rambut anda yang menyeramkan tu.. Cepat - cepat beli botaneco hair serum ni. Kalau pontianak pakai pun boleh hilang seram katanya. Dari rambut tak terurus terus lurus & rapi. Kalau rambut dah rapi.. hilang la keseramannya. Sebab salah satu part seram kat pontianak ni adalah rambut dia kan. hehehehe

Botaneco hair serum, Warna dia jernih tapi tak cair macam air la. Dia pekat sikit macam minyak rambut. Cara guna dia Pump atas tapak tangan kemudian sapu pada rambut

Produk botaneco garden ni selalu aku beli kat guardian malaysia jer.. Watson memang takde jual tapi tempat lain tak sure kat mana lagi jual selain guardian. Harga Hair serum ni RM15.78. tapi kadang2 guardian ni ada sale boleh jadi masa sale tu lebih murah dari harga ni. kandungan 95ml. Tapi bukan pakai macam pomade ke minyak rambut tu.. 1 pump tu jer sekali guna. Hair serum ni aku guna sehari sekali je lepas mandi. Masa rambut tengah basah tu. Serum ni tak payah bilas.

Yang best produk Botaneco Garden adalah organic product.. So, yang rasa tak nak ambil risiko guna produk bukan bukan boleh la bertukar kepada Botanecoo Garden. Harga dia pun tak mahal sangat. Mampu milik je. Nak beli pun senang tak payah nak order online. Menapak je kat guardian sana tu.. Ada je jual. Produk drugstore ni kurang risiko produk tu mengandungi bahan terlarang. Nak masuk drugstore bukan pakai air liur je untuk di sahkan selamat atau tak. Bukan macam produk tettttttttt... tu yang main tulis tulis je statement sendiri kononnya produk depa masih selamat even KKM dah sahkan mengandungi racun berjadual. Botaneco Garden ni bukan spesis produk macam tu. Produk macam tu memang tak lepas untuk di jual kat drugstore. hehehehe


Jadi pada yang anda masalah rambut tidak terurus.. buka tudung jer mengerbang mengalahkan kak limah bukan kak rosmah yer.. Kak rosmah rambut kembang sebab dia pergi set kat salon kalau kak limah rambut kusut masai mengerbang tu sebab dia maybe tak pernah syampoo & sikat. Sekali nak dandan maybe 5 sikat di perlukan untuk backup. Yelah.. risau jugak sementara nak rapi, patah riuk sikat jadinya so penyelesaian mudah gunalah botaneco garden hair serum. hehehehe

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *