UNSTOPPABLE

11/18/2010 03:41:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Hubby tipu!! Dia cakap nak pegi beli barang dapur kat Aladin (Pasar mini dekat dengan umah aku) jer.. Aku pun pakai T-Shirt jer la.. Alih - alih sampai the curve. Tengok wayang time.. Wayang berbayar bukan menang contest nuffnang yer.. Itu Hari Rabu ni. Rapunzel..

Korang suka naik train?? Suka kan.. Lebih2 lagi kat KL ni.. Menyampah nak tersangkut dalam jam haruslah train, lrt, monorail menjadi pilihan sebab pengangkutan awam tu je tak terlibat dalam sebarang jam. Kalau Uolls sukakan train harus la tengok cerita UNSTOPPABLE.

Cerita memang banyak suspen. 100% berkisahkan keretapi. Dari starting sampai ending. Not Bad cerita nya.. Bleh buat kita turut rasa suspen tu. Bukan nak angkat filem luar tapi yelah.. dah filem luar jer mampu memberi kualiti yang baik & rasa berbaloi bayar harga tiket tu.

Sinopsis cerita ni adalah.. kisah keretapi kargo yang terlepas tanpa pemandu. Alkisahnya.. sorang mamat ni bawak ketapi tu.. sampai kat landasan ntah apa masalahnya.. lupa lak aku kekekeke.. dia turun dari ketapi cuba membrek dari landasan namun ntah apa padel dia silap tekan keretapi tak berhenti. Terus je berjalan.. Jadual perjalanan jadi kelam kabut sebab landasan yang sama keretapi lain akan lalu. So, berkisahkan macam mana dorang nak hentikan keretapi yang laju & semakin laju.. Nak mengelak dari terbabas di selekoh sebab keretapi tu membawa bahan kimia yang mudah terbakar melalui bandar & penempatan awam. Memang suspen giler.. So, kalau Uolls nak tahu pasal cerita ni sila ke pawagam berhampiran yer.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com