BUDAK TERSEPIT CELAH KERUSI HIDUP LAGI JADI TAK SALAH KITA GELAK

1/03/2014 12:07:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Alah tersepit celah kerusi je pun.. tak mati. Bukan je tak mati tak calar sikit pun kat mana2 anggota badan dia. Alah tersepit je pun. Nampak kelakar.. snap pic, upload.. sure orang share punya. Yelah.. gambar tu comel & kelakar sangat.

Amboi senyum sakan cikgu pose tepi budak yang dok nangis tersepit tu. Yelah.. kelakar kan mesti amik gambar & share

Memang kelakar sebab budak tu hidup.. budak tu tak alami apa2 kecederaan.. budak tu tak cacat kat mana2.. Tapi tak sedetik pun korang semua terfikir.. Benda tu tak mustahil boleh menyebabkan kecederaan. Korang rasa mustahil ke tersepit celah kerusi macam tu bakal menyebabkan kecederaan serius atau menyebabkan kematian. Hello... tersepit ok! silap langkah.. silap pergerakkan.. boleh mengakibatkan kecederaan malah tak mustahil kematian.

Bila aku cakap camni.. orang kata hidup aku ni serius & stress sangat.. tak enjoy langsung. Aku enjoy kalau benda tu aku rasa tak berisiko. Mula2 aku tengok orang dok share budak tersepit kepala celah kerusi.. Benda pertama terlintas dalam hati aku.. anak aku. Kalau tu anak aku.. aku nak snap pic dulu sambil gelak2 ke atau aku nak tolong cari jalan keluarkan anak aku dari tersepit. Aku mampu ke gelak2 sambil snap pic sedangkan anak aku tengah nangis takut & malu? Aku sanggup ke? Tak sanggup ok!! Abis tu kalau anak orang.. boleh pulak buat?? Anak orang pun aku tak gamak..

Anak aku demam pun aku mengelabah dah.. Inikan pulak tengok anak tersepit macam tu. Aku memang jenis suka fikir kemungkinan yang berlaku dari tunggu berlaku baru nak bertindak. Kebanyakkan manusia zaman teknologi dengan smartphone bercamera memang macam tu. Jumpa kemalangan.. yang pertama dorang buat snap gambar dulu. Gila rating.. gila glemer & semua kejar popular. Sapa dulu update dapat banyak share... Mengaku atau tak itulah fenomena yang berlaku. Jangan anggap benda yang kelakar & kemalangan simple macam tu tak boleh memudaratkan.. selagi ia melibatkan anggota badan manusia terutama kanak2 yang masih tak pandai protect diri sendiri.. semuanya masih berisiko. Untuk apa bila berlaku sesuatu baru nak melalak salahkan orang tu salahkan orang ni.. nak ambil tindakkan.. nak saman tu.. saman ni sedang masa kejadian kita boleh gelak2 snap pic. tetiba berlaku perkara tak di ingini baru nak mengelabah. Sebab tu ada pepatah yang kata.. cegah sebelum parah.. bukan gelak selagi tak parah.

Sumber sinar harian

Please la.. yang bergelar mak bapak.. anak korang calar sikit pun korang bising.. hantar nursery balik2 tengok berbintil badan kena gigit serangga pun korang rasa nak amuk satu taska.. tapi bila time anak orang tersepit celah kerusi korang boleh pulak share buat bahan gelak2. Sebab... anak orang kan.. Selagi bukan anak aku. ye dak??

Terpulang la pada korang kalau rasa moment tu lawak sangat teruskan gelak.. ia akan jadi kelakar kalau tak berlaku perkara buruk tapi cuba fikir kalau tetiba budak tu panik tarik kepala dia.. patah leher ke, apa jadi?? lawak jugak ke?? takpe... selagi tak jadi kan.. boleh la gelak. Nak panik tunggu la jadi dulu.. ye tak??

P/s : Bila benda macam ni di angkat sebagai lawak tak mustahil akan di tiru budak2 lain dengan tujuan lawak atau sekadar nak mencuba. Bayangkan masa dorang buat tu takde sapa2 di sisi dorang.. bayangkan je... Tak ke bahaya?? So terpulang la pada yang positif berhati bersih suci murni bagai minyak masak yang melalui pemeringkatan dua kali untuk terus positif sampai tak rasa nak ambil pencegahan awal untuk langkah keselamatan.

10 comments:

  1. Seriusly, ramai yg update n3 tersepit kerusi today..

    ReplyDelete
  2. aii..cikgu kt sebelah bole dok senyum je??!
    aiseeyy..

    ReplyDelete
  3. x agree. awk tgk dr segi negative je mmg nmpk negative je.

    ReplyDelete
  4. sara.. kalau positif sangat jangan menyesal kemudian hari. Kena jugak pandang sudut negatif supaya boleh ambil langkah keselamatan untuk elakkan benda yg buruk tak berlaku. Contoh awak positif.. awak terer memandu.. awak memandu laju.. sebab awak psoitif & yakin tak accident... adakah benda tu menjamin awak takkan accident walau awak tak memandu dengan selamat? Kalau dah accident patah riuk time tu baru nak fikir negatif.. tak berbaloi

    ReplyDelete
  5. tak share pun.. tapi heran.. tetiba banyak pulak kes lekat kerusi tahun ni..

    ReplyDelete
  6. yang paling sadis bila ada troll gambar Rosmah tersepit kerusi...adeh..mcm2 hal la..

    ReplyDelete
  7. saya bila tengok memula tu
    terjerit juga sebab rasa ngeri

    kelakau juga rasanya bila tengok untuk ke sekian kalinya
    tapi lepas tu fikir pula, budak
    tu dah jadi mangsa eksploitasi
    mereka yang giler glamour

    bukan anak korang, bolehlah kan

    ReplyDelete
  8. Macam banggang je ayat...tak payah lah ko nak ckp budak tu tak mati hidup lagi..macam haram je bunyi nak buat blog pun agak2 lah ayat tu jgn ingat org bodoh sgt sampai nak perjelaskan mcm tu..lenkali masuk belajar darjah 1 balik sebelum buat blog org tak ada agama ni...nampak jelas kebodohan engkau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon ni giler ke ape???baca smpai habis la bru komen...ni la kes tau awl cite tp xtau akhir cite..bangang punya org...

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com