CUACA SEJUK PUN JADI ISU POLITIK

1/24/2014 04:10:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Kadang2 nak gelak pun ada.. nak nangis pun yer jugak. Dulu kita boleh dengar orang tua2 je berdebat pasal politik atau cerita pasal politik kat kedai2 kopi.. sekarang ni bukan takat yang tua nak jadi pakar yang muda rumaja pun pakat2 tunjuk skill jadi penganalisis.. atau pakar politik kat laman sosial.

Sekarang ni kecoh pasal kekonon salji turun kat indonesia alih2.. tak betul pun. Entah video mana depa share pun tak tau.. lepas tu kecoh suhu kat Malaysia ni turun sama turut & menyebabkan cuaca jadi sejuk yang katanya agak luar biasa. Memang even den dok kat sg buloh ni pun terasa sejuk nak2 lagi time malam.. siang2 hari takde la sejuk mana cuma cuaca takde la panas seperti sebelum2 ni. Walau tak hujan & cuaca cerah namun tak panas.

Fenomena tu dah pun di jelaskan oleh jabatan meteorologi Malaysia. Nak tau boleh rujuk entri ni SALJI TURUN KAT INDONESIA TU BERITA MENGARUT JE

Tapi yang kelakar ni bila cuaca sejuk di jadikan isu politik. Aduhai... kelakar baca beb!! Kreatif betul la depa dok kaitkan cuaca dengan politik kat Malaysia ni.

Sumber FB

Yang best bila terbaca status seorang adik ni kat FB.. tak kisahlah dia sarcasm ke hapa... tapi memang den rasa kelakar sebab benda ni di politikkan. Aduhai... Cuaca ni bukan kerja kita tapi Allah tapi yang menyebabkan cuaca jadi pelik & tak menentu adalah dari tangan2 manusia jugak yang melakukan kemusnahan dalam bumi Allah ni. Benda ni tak perlu di politikkan tapi memerlukan kesedaran dari semua manusia.

Tak tau la ni sarcasm ke hapa tapi rasa kelakar bila isu cuaca sejuk jadi bahan politik.. aduhai, takde isu lain ke guna. Tak sesuai ok!

Aduhai.. orang2 yang taksub politik ni memang kadang2 ketaksuban mereka tu membuatkan mereka jadi pelawak tanpa mereka buat lawak tapi tetap orang tergelak bila mereka bagi hujah atau kenyataan. Sama2 lah kita berdoa agar cuaca sejuk sekarang tak memudaratkan kesihatan kita & moga Allah melindungi kita dari sebarang malapetaka & bencana.

P/s : memang tiada apa yang mustahil boleh berlaku even salji turun kat Malaysia sekalipun sekiranya di izinkan Allah tapi jangan la kita dok ghairah sebar info @ berita yang tak sahih ni. Bukan apa kadang2 benda remeh yang kita pandang tak memudaratkan boleh jadi kemudaratan bila situasi menjadi panik. Gosip harga minyak naik pun orang macam semut jumpa gula punya dok serang stesen minyak.. bayangkan tetiba keluar gosip salji bakal turun kat m'sia pada sekian tarikh & waktu.. takde ke orang panik cari baju selimut tebal bagai, kan??

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


3 comments:

  1. saya pun nak gelaklah..hehe
    tapi setuju apa yang cik lekit kata
    bila DIA kata JADILAH
    maka JADILAH ye
    ALLAH MAHA BERKUASA
    siapa kita untuk menentukannya, ye dak

    p/s-selamat berhujung minggu. ke mana kali ni? =)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com