BIAR BETUL! DENGAN RM20 BOLEH DAPAT BENDA NI. JANGAN BERGURAU OK!

4/05/2016 02:32:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

BIAR BETUL! DENGAN RM20 BOLEH DAPAT BENDA NI. JANGAN BERGURAU OK!. RM20 zaman GST ni belanja satu hari pun tak cukup. Nak2 lagi orang yang bekerja. Beli barang basah nak masak untuk 1 hari makan pun kadang2 cecah RM30 jugak. Yelah.. beli tu ni sikit pergi cashier kira tetiba jumlah semua puluhan ringgit. Jimat cara ahmad maselan pun belum tentu RM20 boleh tahan 3 hari. Iskk.. mustahil sangat la bagi yang dah berkeluarga nak jimat sampai RM20 cukup untuk 3 hari. Memang sangat sangat mustahil kecuali makan nasi telur mata & kicap je.


Kos hidup sekarang ni memang mahal.. Selangkah keluar rumah semua kena bayar. Tak ada yang percuma. Nak tak nak kena struggle jugak la cari sumber pendapatan tambahan walau duduk kat rumah. Nak harap duit suami je kena tengok jugak kemampuan suami tu macam mana. Mungkin dia mampu sediakan makan pakai yang cukup tapi kalau nak extra 'duit shopping' kena pandai pandai sendiri la. Yelah.. kita golongan berpendapatan sederhana ni kena la sedar diri. Sebab tu la sampai kontot jari aku tulis blog. Selain memuaskan diri sendiri sebab aku memang minat menulis dari dulu lagi.. di samping tu boleh la cari sikit2 duit poket. Boleh la buat tampung beli supplement untuk anak, kosmetik & skincare untuk diri sendiri.

Bila kita hidup di zaman serba mahal kita pun terpaksa perah otak untuk jadi lebih kreatif. Bila kreatif mungkin dengan RM20 kita takkan sangka apa yang kita boleh beli macam ni >> Wow! RM20 korang boleh beli benda benda ni? Memang Awesome! << Paling tak caya aku baca kat situ berbelanja RM20 boleh dapat perodua Alza. Biar betul.. perodua Alza pun cecah puluhan ribu jugak nak beli. Macam mana gamaknya dengan RM20 ni boleh dapat perodua Alza. Sebelum tu nak tegur sikit penulis artikel tu sebab dia tulis proton Alza.. proton tak keluarkan Alza hokay. MPV proton adalah ezora bukan alza. hahaha

Tu la kan.. hidup di zaman GST semuanya kena rajin & ambil langkah bijak untuk memiliki sesuatu yang kita inginkan. Kalau kita masih dok jadi mat jenin zaman GST ni.. memang atas pokok kelapa je kau hidup selamanya.

1 comment:

  1. Tak dapat la kalau beli proton exora dengan rm20 je kan, kecuali la ada cabutan bertuah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com