TENTERA BAWANG MALAYSIA DENGAN TAGLINE 'MAK KAU HIJAU' MAKIN DI KENALI HINGGA LUAR NEGARA

3/18/2019 11:17:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

TENTERA BAWANG MALAYSIA DENGAN TAGLINE 'MAK KAU HIJAU' MAKIN DI KENALI HINGGA LUAR NEGARA. Hari ni kita up cerita tak berilmiah & santai santai sikit yer.. Bukan apa kalau serius manjang pun hidup macam tak ada warna warninya. Kadang kadang kita kena release tension dengan baca kisah kisah santai. Terutama orang macam den ni kan.. Kanan kiri penuh masalah.. Dengan tengah sarat mengandung tinggal tak berapa bulan lagi je nak bersalin. Nak control emosi tu bukan mudah. Apa yang saya boleh buat.. sesekali layan je cerita cerita yang boleh buat kita senyum & ketawa. Salah satu cara saya mengawal tekanan yang saya sedang hadapi sekarang. Sebab tak nak la sampai effect kandungan kan..

Semua orang tahu  & rasanya 1 dunia tahu tentang kejadian pembunuhan kejam yang berlaku di Masjid Christchurch, New Zealand ketika solat Jumaat. Di tembak oleh seorang penganas yang membenci pendatang asing  beragama Islam yang menetap di New Zealand.

Baru baru ni akibat mengeluarkan kenyataan tidak sensitif terhadap kejadian yang berlaku Senator Fraser Anning di baling telur oleh seorang remaja 17 tahun. Apa lagi Viral seluruh alam maya. Maka petition pun di buka untuk menyingkirkan Senator Fraser Anning.. Apa lagi berpusu pusu skuad bawang Malaysia angkat keyboard pergi berjuang..

Dont play play dengan Onion Army From Malaysia katanya.. Mat saleh pun angkat bendera putih. Depa punya peluru.. Habis keluar Mak kau hijau! Sampai jadi fenomena 'Your Mother Is Green' katanya. Terbaca screenshot yang menjadi viral komen dari salah seorang mat saleh pasal ni.. Nak tergelak pun ada. Bukan la nak jadikan Isu pembunuhan kejam ni sebagai bahan jenaka.. Jangan salah faham yer. Yang lawak tu pengamal social media Dari malaysia ni.. Depa kalau mula angkat keyboard.. Boleh down sesuatu page. Sebelum ni Israel dah kena..


Tu kuasa skuad bawang malaysia ok.. Tak kira apapun isu memang skuad bawang la main peranan paling penting. Alah.. dok kata orang geng bawang kadang kadang kita sendiri sebahagian daripadanya.

Apapun.. Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam pembunuhan beramai ramai di Masjid Christchurch, New Zealand. Semoga semua yang terkorban menjadi Syahid. Apa yang berlaku menunjukkan ketakutan sesuatu puak kepada orang orang Islam sebenarnya. Sama sama kita mohon pertolongan & perlindungan dari Allah..

Moral Of the story.. Ramai mengecam tindakkan penganas yang menyerang masjid ketika solat Jumaat.. Kita marah orang bukan Islam bunuh orang Islam tapi cuma kita renung renungkan balik.. Kita membunuh sesama saudara seislam secara halus kita tak rasa kejam pulak. Contoh paling senang.. Yang menjual produk berisiko & beracun.. memudaratkan kesihatan pengguna. Ada yang sampai mati effect dari mengambil produk beracun yang di keluarkan oleh orang Islam sendiri.. Tak rasa berdosa ke? Tanya jer... jangan marah!

1 comment:

  1. pening mat saleh...dah kenapa mak ko hijo? kenapa bukan biru merah kuning?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com