KEJAM! PENJUAL SUPPLEMENT HANYA MELIHAT PESAKIT SEBAGAI LUBUK DUIT - USTAZ ABDULLAH BUKHARI

3/02/2019 10:34:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

KEJAM! PENJUAL SUPPLEMENT HANYA MELIHAT PESAKIT SEBAGAI LUBUK DUIT - USTAZ ABDULLAH BUKHARI. Dah 3 minggu rancangan diskusi Analisis TV Alhijrah mendapat sambutan hangat & viral di media sosial kerana membawa topik yang memang hangat menjadi pendepatan di sosial media. Semalam (Jumaat 1 March) membincangkan topik Manipulasi supplement.


Tengok juga semalam selepas menonton bicara pengguna TV1 yang membincangkan topik Vaksin & difteria. Semua topik memang tengah hangat kat social media harus la tengok kalau ada kesempatan kan? Mengutip secebis ilmu yang di kongsikan oleh pakar bertauliah bukan pakar jadian yang guna gelaran freelance bagai tu. Yang nak terima atau menolak vaksin memang pilihan masing masing tapi make sure jika ada penyakit yang boleh di cegah dengan vaksin hinggap pada hangpa & anak anak hangpa yang tak vaksin tu jangan sampai menjangkiti orang & anak orang lain yer..

Berbalik kepada isu yang di bincangkan secara live di pentas Analisis semalam.. Saya share serba sedikit info info penting. Produk Supplement ni bukan ubat yer.. Ia cuma produk makanan tambahan sebab tu kalau selalu ikuti Dr Pakar Buah Pinggan Dr Rafidah kat social media dia tak suggest ambil supplement. Dia lebih prefer mengambil makanan sihat & diet seimbang sebab benda benda tu boleh dapat dari sumber makanan yang kita makan. Terutama orang yang sihat.. Memang tak perlu mengambil apa apa supplement.

Point yang paling best adalah dari Ustaz Abdulllah Bukhari yang menyifatkan segelintir penjual supplement/ubat tradisonal/jus sunah punah ranah bagai ni yang melihat seorang pesakit sebagai lubuk duit bagi mereka. Yer.. saya akui benda tu memang berlaku. Sebab orang yang sakit memang harap dapat sembuh tapi tu la bukan semua orang ada knowledge pasal perubatan, produk & sebagainya. Kena pulak jenis penjual produk yang pandai bercakap.. pandai manipulasikan fakta kesihatan.. Lagi la mudah nak memperdaya golongan yang sakit ni.

Kejam bunyinya tapi itulah realiti yang banyak berlaku. Masing masing kejar nak kaut untung dari penjualan produk tu.. Maka ada sesetengah yang tak beretika sanggup membuat tuntutan yang overclaim & menyalahi peraturan yang KKM tetapkan sehingga merisikokan golongan yang sakit. Paling bahaya mereka yang ada penyakit kronik seperti buah pinggang ni.

tak cukup manipulasi fakta perubatan & kesihatan untuk menyakinkan pembeli dengan produk depa.. Ada satu golongan paling tak guna menggunakan agama aau kita biasa gelar penunggang agama. Jual produk konon dah di rukyah bagai.. di bacakan yassin bla.. bla.. Harga jangan tanya. Tel Aviv punya harga.

Satu lagi yang jenis produk claim menurunkan berat badan.. Kena hati hati. Ni copy dari page PW Community yer..  Weight loss product kebanyakannya mengandungi synephrine yang boleh memberi komplikasi kepada cadiovascular system. Synephrine telah diharamkan di beberapa negara. Selebihnya baca kat bawah point yang di tulis semula oleh PW Community dari rancangan Analisis semalam..

KUPASAN PROGRAM ANALISIS BERSAMA FINAZ 

1. Produk supplement bukan ubat, hanya bahan tambahan makanan. Maka ada cara lain untuk dapatkan zat yang mengcukupi iaitu pemakanan yang seimbang. 
2. Bagi individu yang sihat, tidak perlu apa-apa supplement. mengambil supplement hanya menghasilkan expensive urine. Supplement hanya perlu diambil jika ada indikasi. 
3. Careful dengan fat soluble vitamins (A, D, E, K) kerana pengambilan berlebihan menyebabkan pengumpulan di hati dan adipose tissue. Pengambilan berlebihan dalam jangka panjang boleh menyebabkan liver toxicity. 
4. Penjual supplement khususnya penyamun MLM bukannya nak bantu kita sihat, tetapi hanya untuk jadikan lubuk duit. 
5. Ustaz Abdullah tidak nafi keberkesanan air yang telah diruqyah, tetapi menjual air yang dibaca ayat-ayat Al Quran secara commercial adakah tindakan yang menunggang agama. 
6. Pemakanan Sunnah tidak bertumpu kepada habbatussauda, madu dan kurma sahaja. Apa saja makanan yang sihat dan menepati kaedah kajian saintifik yang tidak bercanggah dalam islam, itu lah makanan Sunnah. 
7. Suntikan vitamin C adalah menyalahi Akta Perubatan kerana bla melibatkan suntikan mestilah dilakukan oleh ahli perubatan bertauliah. 
8. Weight loss product kebanyakannya mengandungi synephrine yang boleh memberi komplikasi kepada cadiovascular system. Synephrine telah diharamkan di beberapa negara. 
9. Sebaiknya dapatkan sumber vitamin C dari buah-buah segar seperti orange, jambu batu dan apple kerana kita juga akan perolehi dietary fibres untuk mengatasai masalah constipation. Vitamin C ialah water soluble, jika diambil berlebihan ianya akan dikumuhkan di kidney. Untuk mencapai optimal concentration of vitamin C in blood plasma hanya perlu mengambil 100 mg per day melalui diet (atau supplement). 
10. Doktor-doktor yang bertauliah dan berdaftar dengan MMC dilarang sama sekali mempromosi atau menjual supplement. Guna gelaran doktor untuk promote supplement boleh lonjakkan jualan, tetaipi ianya adalah tindakan yang tidak beretika dan melanggar akta. Doktor yang menjual supplement boleh dilaporkan kepada MMC. 
11. Terima kasih Puan Finaz atas usaha menyediakan program Analisis untuk memberi pencerahan kepada awam. Terima kasih juga kepada Dr. Rafidah, Tn Dziehan dan Ustaz Abdullah atas perkongsian pandangan dan pengetahuan. Semoga program ini memberi banyak manfaat demi kepentingan awam.
Sumber : PW Community

Sekarang ni banyak sangat produk yang jenis jus jual. Produk di bawah pengkelasan makanan tapi claim yang di buat ada tuntutan perubatan yang tidak di benarkan termasuk menguruskan badan, memutihkan kulit & sebagainya. Ada yang tayang aset dengan bangganya & konon bagi nasihat kat orang nak berniaga kena jujur bla.. bla.. bagai padahal dia jual produk jus yang claim turunkan berat badan @ kuruskan badan. Bagi nombor rujukan surat pengkelasan makanan konon lulus KKM. Jujur celah mana pun tak tau kalau kat situ pun dah terang terang hang menipu cik jambu OOi (Cik Jambu bukan nama sebenar). Produk jus @ supplement yang ada tuntutan turunkan berat badan atau kuruskan badan kena berdaftar sebagai MAL KKM. Dimana produk perlu melalui analisa di lab KKM untuk memastikan kandungan bahan bahan dia ada khasiat seperti yang di tuntut pada produk & produk bebas bahan terlarang yang merbahaya sebelum dapat kelulusan dari KKM untuk di pasarkan. Hope pengasas/penjual/pengedar produk produk macam ni alert sikit pasal claim pada produk ni yer.. Takut yelah.. rezeki kita dapat tu Istidraj. Kena tegur secara general je. Bukan boleh tegur secara personal nanti di katakan dengki dengan rezeki orang.

Satu lagi kena hati hati.. Semalam saya dengar statement dari Panel jemputan rancangan Analisis Dziehan Mustapha, aitu Seorang ketua Penolong Pengarah Farmasi KKM yang bagitahu sesetengah produk supplement, ubat, ubat herba tradisonal yang mendapat kelulusan MAL KKM ni.. masa hantar sampel memang bersih tiada bahan terlarang tapi bila di pasarkan di tambah bahan bahan terlarang untuk melariskan produk. Ada juga tau jenis pengeluar produk macam tu. Bahaya OK! Sepatut produk yang ada MAL KKM tu dah melalui labtest KKM & bebas bahan merbahaya tapi bila di buat macam tu pengguna yang menanggung risiko. Bila KKM dapat aduan & buat test sekali lagi pada sampel produk di pasaran baru tahu produk tu dah di modifikasi dengan bahan terlarang.

Dr Rafidah ada juga berkongsi.. Malaysia ada paling terendah menerima pendaftaran penderma organ seperti buah pinggang jadi please jaga buah pinggang anda dengan baik. Jangan ambil sebarang produk terutama yang banyak di jual secara online, toko toko jamu & di kaki kaki lima tu. Sebab kebanyakkan pesakit buah pinggang ni susah nak dapat penderma buang pinggang termasuk dari ahli keluarga sendiri pun. Yang sedia ada pun mengharap keajaiban ada orang dermakan kan buah pinggang so jangan tambahkan lagi waiting list yang ada. Menurut Dr Rafidah pesakit buah pinggang sekarang semakin ramai.

Kadang kadang dalam diri sendiri pun ada timbul rasa kesal sebab dulu saya pun jahil pasal benda benda ni semua. Memang tak tahu apa boleh & tidak di tulis sebagai tuntutan pada sesuatu produk. Review base on detail yang di beri client. Hope.. blogger blogger lain juga alert pasal perkara ni sebelum membuat apa apa review produk. Takpe la dulu bodoh jangan selamanya bodoh ye dak. Atau saja buat buat bodoh janji masyukkkk..

Moral of the story.. Takpe la kalau orang benci dengan perkongsian yang saya buat niat saya membantu golongan ber autoriti menyampaikan kesedaran sesambil saya sendiri pun boleh belajar walau amat mustahil la mampu jadi pakar setakat belajar secara tak formal macam ni kan? At least mampu protect diri sendiri & keluarga dari terpedaya dengan produk produk berisiko yang ada di pasaran.

1 comment:

  1. Terima kasih perkongsian. Moga lebih ramai yang menyedari seriusnya perkara ini.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com