DIA SEORANG PELAKON, PENULIS SKRIP, PENGARAH JUGA PENERBIT KISAH MISTERI

11/05/2010 02:40:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Amik kau! Lisa surihani pun tabik spingg dengan minah ni?? Apa lagi takat fasha sandha.. kan?? Fasha sandha nak di kenali dengan kontroversi2 nya tu amik masa lama jugak tapi minah amik masa 1 bulan je untuk mencipta kontroversi & sekaligus memperlihatkan bakat terpendamnya sebagai pelakon, merangkul penulis skrip, pengarah & penerbit sekali dengan kisah misterinya di larikan jin. kau bleh???

Sapa lagi kalau minah sengal - sengal taik kucing ni.. Siti Balqis anak dara Besut Terengganu yang mewujudkan satu kisah misteri yang telah menyusahkan banyak pihak termasuk keluarga, bomoh - bomoh, pengamal perubatan,dan orang ramai. Yang peliknya, jika kisah Siti Balqis ni cuma satu rekaannya, mana bomoh - bomoh tu tangkap Jin pastu letak dalam botol lagi. Kesian Jin yang di tangkap.. maybe time tu dia pun datang nak tengok anak dara yang di katakan di culik kaum kerabat dia kan?? Alih - alih kena fitnah, pastu siap kena penjara dalam botol. Entah betul entah tidak Jin yang di tangkap tu tak tau la.

Last - last sekali masalah Jin yang di kontroversikan Siti Balqis ni di selesaikan dengan cara moden juga iatu dengan khidmat & kecekapan pihak polis yang berjaya menangkap Jin sebenar iatu Siti Balqis sendiri. Sorotan dari kes Siti Balqis ni pasti bomoh - bomoh tu rasa malu yang amat sebabnya.. ternyata ilmu kebomohan mereka blom grade. Family Siti Balqis juga menanggung malu dengan perangai anak dorang yang kaki penipu sehingga menyusahkan orang lain. Dan yang paling penting dia sendiri.. Lepas ni ko pegi la menyorok dalam kubur yer.. Sebabnya ko bakal di cemuh sesedap rasa oleh orang - orang yang prihatin pada ko dulu.

Kenapa tiba - tiba aku buat entry pasal minah sengal ni lagi padahal aku dah buat entry kesudahan cerita dia aritu.. Sebabnya aku baru terbaca artikel minah ni lagi kat Sinar Harian tadi. So, aku amik kesempatan la untuk sama - sama mengkritik perbuatan anak dara bengong seko ni. Buat Malu orang terengganu jer.. Pasni apa lagi drama ko?? Nak buat cerita ko di larikan raksasa kemudian di selamatkan ultraman lalu dia bawa bersiar - siar kat negara Jepun & makan sushi lak ker?? Hope benda ni jadi pengajaran berguna pada Siti Balqis & keluarganya.. Jangan mudah mempercayai benda - benda ghaib, sampai tertipu dengan imaginasi sendiri. Kena bawak lari dengan Jin kat hutan, bukit, gunung.. ntah mana- mana lagi tapi bleh sms mak dia lak time tu. hurmm.. Sungguh aneh. Sempat juga dia capai Handphone masa nak di culik. Macam penculikkan terancang lak. Kita pun hampir tertipu sampai jadi pendek akal hingga percaya dengan cerita - cerita dogeng Siti Balqis ni kan?? Apapun.. Inilah tahyul alaf baru. Aku rasa Siti Balqis kena di rujuk dengan pakar jiwa la sebab orang yang waras & normal takkan terfikir benda - benda bengong camni. So, pada Uolls yang masih ada minat nak baca kisah minah sewel ni bleh la klik kat : Drama separuh seram Siti Balqis

Lagi kisah mister minah ni kat sini >>  APARAH JIN NI.. BURUK SIKU
                                                            >> JIN KENA FITNAH

P/s : Kak Ida (skrip writter drama & film) kata nak pakai ramai pelakon kan untuk filem Anak tu.. Ni ha sorang dah ada. Apakata bagi dia watak penting skit. Bleh ajak dia sama - sama join untuk skrip filem seram nanti.


** ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com