BLOGGER PALING POPULAR KAT KOTAK KOMEN ENTRI ORANG

21.1.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

Even blog dia bukan la setaraf Denaihati & namanya tak segah Ben Ashaari atau sepopularkan Hanis Zalikha mahupun Yuyu Zulaikha jauh sekali setanding Cik Epal tapi blogger ni agak popular di kotak2 komen entri blog ramai jugak blogger termasuk blog aku. Mesti tak sabar kan hangpa nak tau blogger mana gamaknya tu.. Nak tau kena la terus baca entri ni.

Sumber google

Rasanya ramai geng2 blogger level2 aku ni perasan dengan sorang blogger ni.. Kalau dia karang entri takde pendek2.. dengan size tulisan besar gedabak dengan gaya penulisan santai tapi menghiburkan. Banyak cerita kisah berkisar dengan kehidupan dia jer even dia cerita pasal anak anak dia je pun tapi penulisan dia yang kelakar tu memang menghiburkan... Apa yang aku pernah baca katanya dia rabun dekat. Maybe sebab tu la tulisan kat entri dia gajah2 belaka.

Tapi sekali dia serang blog hangpa.. mau semput baca komen. Selagi tak abis dia mentelaah semua entri hangpa yang dia masih belum baca.. selagi tu dia terus istiqomah baca & komen. Komen dia takde la..  thanks for info, nice entri.. bla2... yang ala2 saja tinggal komen tanda kunjungan tapi komen2 dia kadang2 boleh buat satu entri pendek dah. Orangnya aku anggap mesti jenis happy go lucky. Kalau rasa lama tak nampak dia serang blog aku.. mula la aku rasa macam ada buat salah dengan dia walaupun orang bz dengan urusan duniawi dia. hahahaha

Itulah mummydearie... Kalau sebut ni ramai jugak blogger kenal sebab dia rajin sangat berkomen di blog2 blogger lain. Sangat tulus,telus & ikhlas komen dia. Rugi korang tak berkenalan dengan dia... Kalau dia menghantui blog korang confirm hidup korang jadi ceria. Even blog dia simple je tapi Insya Allah korang enjoy baca penulisan dia yang santai & kelakar tu. Jom la terjah blog Mummydearie.

Hope mummydiarie tak terharu sangat yer review pasal dia.. Tanda terima kasih kerana extra rajin datang mentelaah entri kat blog melekit even entri2 kita ni panjang2 tapi kagum la dengan mummydearie ni dia boleh mentelaah kadang2 sampai 10 entri dalam satu masa. kekekekeke

6 comments:

  1. Okaylah nak follow sekarang juga. Now now now now. :D

    ReplyDelete
  2. Hahaha.... terkesima sekejap *_*

    Ni yang akak malas ni. Lately ni kalau 'bom' kotak komen orang je, mesti masuk paper Metro :) Bukan populariti yang kucari macam Dato' Bedah tu. Oppsss....

    Anyway, thanks lah Suria sampai buat entri lagi. Lenkali approve senyap-senyap je selori komen tu sambil gigil-gigil tangan tekan keyboard. Tak buat special entry pun akak tetap datang. Akak ni terlebih genius kot, otak tak berhenti berfikir. Tapikan kalau orang asyik review je sampai akak lagi glamor dari Che Ta tu, akak nak tukar hobilah. Susah nanti, asal keluar rumah je orang minta sign autograph ^_^

    Eh, hobi kumpul setem hari tu Suria dah give upkan? Akak ambil ek :)

    ReplyDelete
  3. Betul..MD kalau sekali datang memang kita dapat komen pukal la jawab nya...panjang2 pulak tu...rasa cam bersembang depan mata je kalau baca entry2 dia..lawak pulak tu..hehehhe

    ReplyDelete
  4. Ahaaa bila dia busy esok 2 dia baca semua berderet komen

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!