DAH TAK RARE SANGAT LETAK NAMA ANAK PANJANG PANJANG

1/14/2015 10:47:00 AM suria lekatlekit 12 Comments

Budak2 sekarang berapa kerat sangat mak bapak dia bagi nama satu perkataan jer.. Susah nak cari dah nama anak2 sekarang yang pendek2. Majoriti paling pendek pun 2 perkataan jugak. Tu paling pendek kalau paling panjang ikut suka hati mak bapak dia je la nak karang nama anak macam cerpen hahahaha

Bila baca senarai nama anak anak sekarang rasa semput jugak nak sebut.. Dah la panjang sebutan pulak kadang2 yang susah lidah melayu nak sebut. Kalau orang tua2 makan sireh confirm bunyi lain nak2 lagi sebut nama budak2 yang bunyi ala2 western sikit even ada maksud yang baik dalam bahasa arab sekalipun. Kadang2 aku dok baca nama anak orang kat online ni pun aku terfikir kalau jumpa kat luar betui ka aku sebut ni.. Kang salah sebut mak bapak dia terasa pulak. Paling2 gelak kat aku. hahahahaha

Tapi bila trend nama panjang2 & bunyi western ni dah ramai sangat orang buat jadi biasa pulak kita tengok. Takde special dah sebab hampir semua budak sekarang nama panjang2.. kalau sorang dua budak zaman sekarang yang nama satu perkataan contoh macam Ali ka... Shila ka.. jadi rare pulak. Tak caya korang tengok senarai nama kat bawah ni... berapa kerat yang letak nama anak dengan satu perkataan jer?? Takde langsung...


Tetiba je aku rasa aku ada rezeki yang 2nd nanti tetap aku nak kekalkan nama dengan satu perkataan macam anak aku sekarang. Aku rasa zaman sekarang nama satu patah perkataan tu lebih rare kot hahahahahah

P/S : Tak salah nak letak nama anak panjang2... ikut suka hati mak bapak dia la kan cuma sesaja je aku buat entri bila terjumpa senarai nama budak2 sekarang maybe cikgu yang upload kot. Semua panjang2... Yang terpanjang pun ada. hehehehehe

12 comments:

  1. rsnya nama ni yg kuar kt sokkabar, JPN yg kuarkan.. nama anak sy 3patah perkataan, rs menyesal pulak..

    ReplyDelete
  2. wow panjang-panjang nama.. last skali panggil tinggal 1 huruf je.. B.. hahahah

    ReplyDelete
  3. Nak nikah nanti terbelit lidah tok imam pengantin lelaki nak menyebut nama pengantin prmpuan. Hehehehe. Kalau budak lelaki namanya pnjg pulak kalau dah ada anak esok tentu panjang nak mnyebut nama penuh anak berbinkan bapa yg namanya lebih dari satu.

    ReplyDelete
  4. sedih oo nak tulis nama anak murid panjang2 camni kat dalam register... letih plus ruangan pun kecik je.. aduii.. takat 2 3 patah perkataan takpa lagi..mau macam nama last tu haihhh....

    ReplyDelete
  5. Betul sis.dh tak rare klu nma anak panjang.nama pendek mmg xd.pyh nk jmpa.hahaahha

    ReplyDelete
  6. menangis nka isi borang apa apa heheheh
    http://enyyusnizar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. jgn la panjang sangat. macam xde anak lain nak bg nama.. ihihi.. kecian la laki budak tu nanti.
    Simple je. panggil pendek gak.

    ReplyDelete
  8. kalau pergi luar negara, lagi haru orang nak sebut namanya. at last, panggil surname T_T Miss Abdul. :)

    ReplyDelete
  9. Maisara dan Mikhail..mudah je nak ingat..kan??tapi kalau nama panjang2 anak dua je pun akak memang tak ingat namanya..jangan la siapa2 kecik hati sebab nama anak saudara sendiri pun akak tak tau nama penuh diaorang.apa lagi anak orang lain..

    ReplyDelete
  10. Yang last tu nama yang terpanjangkan? Nama anak akak walau pun dua patah perkataan tapi pendek je. Senang jugalah nanti kalau teringin nak jadi romeo :) Kalau nama panjang sangat pun nak buat apa, sampai terbelit lidah Melayu kita ni nak menyebutnya. Last-last bagi nama nickname yang terpendek sekali orang pernah dengar. Hubbydearie selalu tanya kat akak kenapalah orang Melayu suka betul letak nama anak-anak ala-ala nama omputih. Anak-anak abang dan adik ipar akak (belah Hubbydearie) punya nama lagi senang - Yahya, Soleha, Umairah, Abu Bakir :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com