INI SEMUA SALAH TANAKA WHITE NIGHT CREAM BIO ESSENCE

1/26/2015 02:32:00 PM suria lekatlekit 45 Comments

Inilah akibat kulit dayang senandung berangan nak jadi kulit macam emma maembong.. Angan2 sampai ke langit ke tujuh padahal tinggi hanya 140cm katanya. Takpe even tak tinggi angan2 kena tinggi baru boleh terbang ke langit biru katanya even tak boleh cecah sampai langit ke tujuh sekalipun.

Akibat berangan tahap minah jenin ni maka aku pun obses nak putih.. nak kulit licin.. nak gebu gebas macam cik mat gebu dapur tanpa sempadan. So apa yang boleh bantu masalah kulit aku yang subur dengan bunga2 cinta ni.. Aku try la. Sebab aku pernah guna bird nest night cream bio essence & tak bagi effect ngeri sangat kat kulit muka aku.. maka dengan yakinnya aku beli Tanaka White double whitening renewal night cream bio essence walhal mula2 tu sekadar nak cari pelembab jer. Dasar perempuan kan.. pantang nampak perkataan sales terus tergugat Iman. hahahaha

kalau gambar yang ada watermark aku tu aku snap sendiri yer bukan ambil dari google

Maka beli la sebekas Tanaka White double whitening renewal night cream bio essence ni dengan harga selepas diskaun RM48++ tanpa rasa bersalah atau curiga walau sebesar taik hidung pun.. balik tu dengan rakus ku tenyeh muka aku dengan tanaka white sambil berangan muka aku seputih pengasas produk Qu puteh. Hasilnya selepas seminggu menyemai impian bersama Tanaka White double whitening renewal night cream bio essence...
 terpaksa tutup mata sebab aku taknak rasa bersalah kalau ada yang histeria tengok rupa makhluk separa misteri & seram ni hahahaha... alasan sangat tau! Walau takde la seputih putih melati tapi ada perbezaan la selepas seminggu guna. Tak kusam sangat la kulit aku yang pernah menjadi mangsa produk ni hahahaha. Baru aku perasan aku semakin hitam berbanding dulu.. kenapa ekk? sebab main laut kat PD ke? kekekeke

Aku rasa aku sekarang bukan lagi aku yang dulu. Dulu ku rentung sekarang dah terang. Semua ni salah Tanaka White double whitening renewal night cream bio essence. Hahahaha... dasar tak kenang budi. Bagi hasil yang baik pun tetap nak salahkan produk jugak.

Memang aku perasan kecerahan even tak sampai level emma maembong lagi tapi putih sikit la berbanding bontot kuali kan? Aku pun kulit bukan la putih sangat kan. Ok la tu baru seminggu guna dah nampak hasil.. ni kalau istiqomah habiskan sebekas mana tau tetiba jenjalan kat luar orang panggil emma maembong pulak kan. kekekekeke

Cream ni tak berminyak.. tak mengeringkan kulit & berfungsi sebagai pelembab jugak selain mencerahkan kulit & merawat kulit semasa tidur. Sapa nak try boleh la try.. harga tengah sales ni rembat la sampai gol sebelum harga kembali kepangkal jalan. kekekekeke

P/s : siang aku pakai aloe vera gel untuk merawat masalah jerawat seketoi dua ni..  kulit aku sensitif jiran renovate rumah pun aku effect bukan muka je tangan pun jadi gatal2.

45 comments:

  1. wow... bio essence product dia mmg bgus...

    ReplyDelete
  2. Tunggu produk yang akak guna sekarang habis dulu..nanti akak cari mendalah ni pulak..heheh

    ReplyDelete
  3. waaa...kira berjaya dah ni kan...so kena setia ngan tanaka ni eh Suria...jangan tukar2 dah....

    ReplyDelete
  4. Ooohhh...boleh tahan produk nie....

    ReplyDelete
  5. moisturiser sedia ada ni dh nak abis.. gedik nak tukar produk lain plak ni.. ahhahaa

    ReplyDelete
  6. Apa? Bird Nest Bio Essence tu tak bagus? Habis akak nak buat apa dengan hasil rembatan semalam tu? Satu set Suria akak beli..... takkan akak nak sembunyi baling belakang dalam kereta sport akak tu jerk? Huaaaaa.....

    Nanti esok akak pi Watson lagi, akak beli Tanaka White pulak. Kalau dengan Emma Maembong pun akak kalah, akak cari Suria dulu. Hahaha!

    ReplyDelete
  7. erkk.. saya silap tulis ke akak silap baca ni. saya pernah guna bird nest memang elok je kulit xde effect ngeri pun.. malah puas hati. Mummydearie sila guna jgn campak belakang almari yer

    ReplyDelete
  8. Oh alah.... silap pemahaman. Itulah baca lagi laju-laju MD....

    Ingatkan 'tak bagi effect ngeri' tu maksudnya effectnya biasa-biasa jerk. Takdalah hari ni pakai esok kulit terus jadi macam Emma Maembong. Rupanya tak mendatangkan keburukan pada kulit ya.... Hahaha...Huhuhu..... Okeylah, nanti akak keluarkan set tu dari dalam kereta :)

    ReplyDelete
  9. sy nk tumpang mencelah....sbnarnya bio essence ni ok sgt..tpi sy ni jnis yg cepat sgt TERPENGARUH dengan muka2 testimoni skin care yg melambak giler kt psran skrg...mnyesal bli..pdhl bio essence tanaka white still ada lg..lpas ni sy akn truskn guna bio essence tanaka white...cewwaahhh...wlpon mahal..sgt jimat!! berbanding skincare yg boleh crhkan kulit dlm masa 1 mnggu...tp lpas 1 bulan...bad effect..

    ReplyDelete
  10. banyak sangat review bio-essence kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sememangnya saya guna produk ni & sememangnya produk ni sangat serasi dengan kulit saya.. apa yang baik kita share dengan orang lain

      Delete
  11. Sis boleh share x gmbr aloe vera gel yg sis guna? Terlalu byk jenis..

    ReplyDelete
  12. Salam. Hi smua yg ada di dini. Sy sgt teruja dgn feedback smua tntg bio essence ni. Kbtln tgh memikir apa prdk nk try tuk kulit, basically xde lh mslh sgt. Tp risau ngk jrgat yg dh mula aktif membiak di muka ni. Adakah rangkaian bio essence snail repair tu sesuai tuk mslh jrgt? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i penah kerja dengan bio essence... snail tu untuk hilangkan parut dan and untuk hilangkan muka berminyak dan parut2 jerawat. Klo u nak hilangkan jeragat baik pakai snail anti reckles cream, untuk sin care baik u pakai mostuirzer dan serum tanaka tu bagus untuk kulit yang kusam, dan boleh kurangkan jeragat tu

      Delete
  13. saya nak let go bio essence snail repair..serum n krim..dah pkai sikit

    ReplyDelete
  14. Nursyaidatul akmal,awk.nk.letgo berapa? Wasap sy 0146260654

    ReplyDelete
  15. bru nk try beli..dh guna bio gold..biasa jer jd lembap jerrr..

    ReplyDelete
  16. kite pon nk komen gak aci x.. hehe.. memang puas hati sangat2 dengan bio-essence tanaka white.. za pakai cleanser + serum je.. now nk try day cream + night cream pulak.. sbb rasanye, night cream paling penting kan.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa saya pakai kulit jadi semakin gelap ye? Saya taktahu kenapa

      Delete
  17. hi..saya pun dulu pakai bio essence tanaka white..pakai trial je pun nampak perubahan..tapi bila serum, krim siang n malam abis..menggatal try produk lain..pastu menyesal..haha..skang ni try balik tanaka white..

    ReplyDelete
  18. antara bio essence tanaka white dgn bird's nest...mana lagi yang paling bagus? sbb kulit saya dah putih...cuma saya nak hilangakn bintik2 hitam di muka ni...

    ReplyDelete
  19. Meskipun lelaki saya jugak pengguna bio essence gold dan night cream tanaka white😊..
    Memang terbaik..

    ReplyDelete
  20. Cleanser dan advancer bio esssence bird nest mmg superb... pakai utk jangkamasa pjg, wajahku dr kaler koko dah bertukar koko muda... hahahaha.. soon nk try tanaka night cream pulak..

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Sis suria...akak nak advice sikit from u..akak baru guna facial cream bio essence yg 24k gold...kulit akak jenis kusam n ada parut2..kadang2 jerawat tumbuh sebiji2...pmdpt awak produk bio essence yg mane akak ptt cube dulu...tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try guna siri Bio Snail dulu. sebab yang masalah jerawat & parut memang lebih sesuai guna snail repair

      Delete
  23. Mksd suria..utk facial cream pun guna produk snail juga? Sekarang ni utk krim n serum akak guna product malaysia je..so stop dulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu guna snail cream. tapi kalau nak lebih cepat kesan guna serum & cream.. lagi bagus. sekarang ni pun Bio Essence ada scar serum tak silap. Haritu saya nampak ada jual kat Guardian. Maybe baru lagi. Setakat ni produk bio essence saya guna campur dengan produk lain. macam cleanser saya tak pakai bio essence tapi cream, serum memang dari produk bio essence

      Delete
  24. Facial cream tu continue dulu ke? Tq sis

    ReplyDelete
  25. Mcm sy dah try pakai bio essence snail tu.tp br 4 hari.yg pelik makin bnyk pulak naik jerawat.apa tak sesuai ngan sy atau dia bersihkan dulu muka tu.tolong sy

    ReplyDelete
  26. Aslm.....sy nak letgo 1set bio essence snail.minat wassap sy 0122808820

    ReplyDelete
  27. Saya pun nk cuba pkai produk ni stu set sbb skrg ni I just pkai toner dia n night cream je and kesan dia yup cerah skit dh kulit tk kusam brbndg dlu dhla glp plus kusam haih tk llu tgk diri sndiri kt crmin..mak pun tgur kulit dh tk kusam and bila blik skola tk brapa gelap mcm dlu.. now road to sve money nk bli stu set pulak.. nk try cleanser dia!! Cnt wait

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam...sy nk letgo day cream+night cream tanaka white..belom buka pun lagi.still dlm kotak..harga boleh runding lagi..sbb nk letgo kulit x sesuai..wassap sy 0122744854

      Delete
  28. assalammualaikum.. saya nk tya,, sya bru stop TATI, then kemarin bru sya try Bio essence ni.. tapi mcm naik bintik2 byk laa.. kenapa ea? sbb dy nk buang kimia2 kat kulit muka ka cmna.. huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon pernah pakai TATI.. lps stop 3weeks xpakai apa2.. muka still ok.. lps tu pkai mary kay.. trus naik bintik2 halus kat tepi mulut.. tp xde ketara.. 5bln pkai cmtu jer.. xda apa2 perubahan.. skrg sy bru try guna bio essence bird nest +peptides seminggu.. guna 1 set yg starter kit tu.. bintik2 tepi mulut tu jd kering2.. nk tggu lg 1 week tgk cmne..

      Delete
  29. Waaa... bestnye baca testimoni2... I skrg pakai 1 set bio essence bird nest... sbb sebelum ni muka kering sgt2... masalah jerawat and parut mmg xde... tgh usyar2 kt farmasi... ada sales girl bio essence... dia yg suggest bird nest utk kulit muka kering... mmg best... skrg muka lembab and shiny2 ^^

    ReplyDelete
  30. Sy ade nk letgo birdnest set new!xpnh guna..,cleanser+toner+cream+essence rm100

    ReplyDelete
  31. Nak tanya sususan apply produk saya betul ke tidak:
    1. Hada labo lotion
    2. Tanaka white 4x intensive white serum
    3. Tanaka 2x Whitening Renewal Night Cream
    Boleh ke kalau saya apply ikut sususan ini?

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. Salam nadzimatul, saya pun tgh pakai bio essence tanakha, tgh dlm proses gatal2... tapi bersabar tau sebb itu healing krisis kecuali sebulan mcm tu kita kena stop..saya teruja pakai tanakha bio essc ini sebb ada bukti kat tempat ofis, junior pakai, xcomplete sebb xpakai toner tp mmg comeyy kulit dia..

    ReplyDelete
  35. Salam, sy nak let go day cream + night cream tanaka, murah2 je, rm55, baru pakai sekali, minat boleh wasap 0176691837

    ReplyDelete
  36. salam, sy nak let go day cream + night cream tanaka, murah2 je, rm55, minat boleh wassap 0176691837

    ReplyDelete
  37. boleh share utk kulit muka berjeragat,kusam dan berminyak ..produk bio essence yg mna ok ..

    ReplyDelete
  38. Hi, boleh share tak skrg kulit mcm mne ye? Terjebak jugak ni nk try bio essence tanaka white

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com