ENTRI PALING SERAM

1/06/2015 11:24:00 AM suria lekatlekit 11 Comments

Minggu ni kita buat entri semua bergenre seram jer sudah. Sebab banyak sangat cerita berkaitan 'Seram'. Jangan muntah darah pulak bagi sesapa yang selalu follow entri2 kat blog melekit ni. Biar seram jangan suram katanya...

Sumber google

Semalam aku ada up pengalaman bermalam di hotel Baba house & berlaku kejadian tak di ingini kat anak aku (Boleh rujuk entri ni bagi yang belum baca PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA ) . Bila baca komen2 tu majoriti cakap tengok gambar hotel tu pun memang nampak suram & seram. Semua pelik macam mana la kami boleh pilih hotel tu. Ada akak dari Melaka katanya kat situ memang bangunan dia dah berusia beratus tahun.. So, next time jangan pilih hotel kat situ la. Yelah.. benda lama kan kadang2 ada yang menghuni kat situ beratus tahun lamanya tapi kita je tak nampak. Sebenarnya orang yang survey hotel tu refer dari website jer & terus book secara online. Aku ni ngekor jer.. Jadi next time sila baca dulu review2 dari blog sebelum book mana2 hotel @ tempat penginapan. Kalau refer dari official website depa semuanya cantik & indah2 belaka.. kekekeke

Tapi yang paling aku rasa sedikit kelakar... Ada yang terus terang tak berani nak baca entri just baca tajuk & komen je. Sampai macam tu depa takut padahal penulisan aku ni takde la seram mana tapi aku faham sesetengah orang yang penakut ni dia punya Imaginasi tu cepat sangat terbayang benda2 yang menyeramkan. Ada antara kawan2 aku yang borak2 kosong cerita pasal ni pun terasa aura seramnya. Memang kisah berkaitan hotel tu ada aura seram kot.

Apapun even depa takut tetap depa clik blog melekit & tinggalkan komen. Maknanya takut tapi mahu. Boleh gitu?? hahahahaha Moral of the story.. Kita semua termasuk 'Dia tu' pun makhluk Allah.. Masing2 ada kekuatan & kelemahan sendiri. Tiada yang lebih berkuasa selain Allah, jadi mohonlah perlindungan dari Allah.

11 comments:

  1. Saya suka baca kisah² seram ni ☺

    Nak baca n3 seram tu jap.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. baik.. sheila nak baca link dulu tu hehehhe takut tapi suka baca untuk pengetahuan am ahhahaha

    ReplyDelete
  3. Akak kalau tengok tajuk seram sikit memang tunggu siang la baca nya..malam2 tak berani..lagi2 kalau time ayah diaorang ni kerja malam..hehehehe..ingat akak ni berani sangt ke??hahahah

    ReplyDelete
  4. Kathy suka yg seram² ni sis..tapi baca dan nonton jelah,kalau alami sendiri tak cukup tanah nak lari.huhuhu

    ReplyDelete
  5. suka baca entry seram tp x nk alami bend tu. . hehehe

    ReplyDelete
  6. Akk punya fav suka sgt tgk cerita seram.tp tula..citer filem malaysia ni kurang menyengat sikit la sis..huhu

    ReplyDelete
  7. Citer seram kalau ramai2 best tgk...kalau sorang2 lebih baik jangan....

    ReplyDelete
  8. citer seram boleh meremang bulu roma ni....

    ReplyDelete
  9. Sejak ada anak kecik ni memang tak berani tengok cerita seram or hantu. Takut anak ngigau hihi...

    Bestnya Main Pasir Di Rumah

    ReplyDelete
  10. Best apa baca kisah seram. Alah, kalau takut baca masa tengahari. Hantu tak keluar siang-siang macam ni. Merekakan puteri lilin, tak tahan panas. Akak kalau baca memang sampai habislah. Kalau akak takut akak tutup mata, itu yang tak tinggal komen. Tak cukup tangan. Hahaha!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com