SUKA SELFIE TANDA SESEORANG TU ATTENTION SEEKER

1/14/2015 02:41:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Semalam sesambil buat kerja surirumah ni sesambil la dengar perbincangan pasal selfie kat Wanita Hari ni tv3. Dengar pun dengar gitu jer.. sesambil buat kerja kan. Yang aku ingat pakar yang di jemput kata.. orang yang suka berselfie kurang keyakinan diri & attention seeker. Wah! kau... marah kaki2 selfie. Bukan setakat di gelar sakit mental.. dah kena tuduh attention seeker.

Sumber google

Tapi kan bagi aku tak semua kaki selfie tu attention seeker sebabnya memang ramai suka selfie bukan semua orang suka upload gambar selfie dia kat laman sosial. Yelah sekarang zaman smartphone bukan zaman kamera filem macam dulu. So, semudah ABC nak snap pic sendiri. Jadi kadang2 nak tengok muka sendiri dalam gambar kita selfie la. Macam aku dulu zaman myspace memang kaki selfie setiap hari update gambar muka aku sendiri. hahahaha.. sebelum pi kerja tu mesti selfie dulu lepas tu sampai opis mesti upload. Tapi sekarang aku selfie la jugak tapi tak berapa suka upload sangat dah.. Nak2 muka sendiri ni. Adakah aku di kira sebagai attention seeker sebab aku suka selfie tapi aku tak berapa suka nak upload sangat semua gambar selfie aku? Kalau aku attention seeker dah tentu aku tunjuk gambar aku untuk meraih perhatian orang lain, ye dak??

Sebab tu aku rasa ramai yang suka selfie tapi bukan semua suka upload gambar jadi tak semua kaki selfie tu attention seeker. Selfie ni kadang2 banyak sebab... ada yang sekadar untuk simpanan peribadi, ada yang untuk tengok hasil dari penggunaan sesuatu produk nak2 lagi blogger yang selalu ambil upah buat review produk & tak dapat di nafikan ramai yang suka selfie untuk menunjuk @ berkongsi semua aktiviti dia setiap hari. Banyak sebab.. salah satu mungkin jugak nak meraih perhatian atau mungkin berkaitan kerjaya dia so dia kena buat.

Nak judge semua kaki selfie attention seeker pun tak boleh.. Kita sendiri tahu kenapa kita suka selfie. Samada kita nak jujur pada diri sendiri atau tak jer.. Tapi kadang2 orang boleh nampak niat kita di sebalik selfie kita even kita menafikan, so moral of the story selfie bukan sesuatu yang salah cuma kalau berlebihan mungkin memudaratkan.

6 comments:

  1. depends pada individu tu sendiri, kekadang untuk suker-suker je tak de niat lain pun

    ReplyDelete
  2. hahah. xde la sampai attention seeker. skdr suke. xpun ade job yg kene buat

    ReplyDelete
  3. Suka jgk selfie...tp nk boh byk2 kt fb ke kt blog ke segan.tp saje2 nk selfie tu mmg xla.klu selfie sllunya bila ada apa2 event utk dikenang

    ReplyDelete
  4. akak pun banyak gambar selfie..tapi tak de la nak upload semua..

    ReplyDelete
  5. Nasib baik akak tak suka selfie dan akak memang obviously bukan attention seeker. Akak ni perempuan Melayu terakhir gamaknya :) Bermacam sebab orang suka selfie ni. Ada tu nak tengoklah jeragat dan kedut di muka dah makin banyak ke, dan ada tu memang gila perhatian. Terpulanglah pada niat masing-masing asal tak menyusahkan mulut orang asyik mengumpat jerk :)

    ReplyDelete
  6. Kalau dh berpunya tp suka sgt selfie nk tunjuk kat sape?? Itu yg maybe perlu dikawal tu.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com