DAH JUMPA KEDAI BERHANTU DI E@CURVE

16.1.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

 Yang selalu lepak kat e@curve tu mesti cuak kan nak2 lagi yang penakut. Mesti mula refresh otak fikir yang mana satu gamaknya kedai berhantu. Sabar ok.. segala misteri akan terungkai kalau korang terus membaca entri ni tanpa was was...

Kalau yang ikuti blog melekit ni mesti ada baca kisah kedai berhantu di selayang Mall yang tetiba di tutup. Di tutup atau di arahkan tutup tak sure la pulak.. Sampai sekarang masih jadi misteri yang tak terjawab. Tak sempat nak nak siasat pulak. Jadi kemurungan la sekejab
Boleh refer entri ni pasal Kedai Berhantu Di Selayang Mall tu bagi yang terlepas membaca.

Sumber google

Tapi di sebab kan hati ni tak puas hati. Takkan ada satu cawangan je kedai berhantu tu kan? Gunakan khidmat Detective google la cari. Yer ternyata tekaan ku tak meleset. Kedai berhantu tu rupanya ada cawangan dia kat e@curve & kat Avenue Ampang. Yang paling dekat dengan aku e@curve la kan.. Jadi nanti free2 nak ajak asben pi siasat seterusnya memburu hantu kat situ kalau betul ada kedainya kat situ.

Antara cawangan kedai berhantu tu. Selain Selayang Mall memang aku tak pernah pergi kat mana2 cawangan lain lagi

Jika betullah penempatan kedai berhantu tu kat situ... Maka tak jadi la aku nak tukar hobi mengumpul setem.. Aku akan terus istiqomah mengumpul dvd filem seram kalau kat cawangan lain pun harga dvd dia sama macam kat selayang mall. akhirnya kecewa aku dah terubat... Lepas ni maybe akan rasa terpanggil2 nak pergi the curve pulak. Bagai ada suara halus menyeru datang katanya.. hahahahaha. Sejak ada anak memang jarang jenjalan atau lepak kat the curve. Dulu rajin la jugak.. balik keja kekadang singgah lepak2 tengok live band kat restoran asam pedas. Pun macam tu aku tak pernah makan meatball kat Ikea. Takat karipap telur jer... hahahahha

My hantu's collection katanya hehehehe

2 comments:

  1. Eh, jangan tukar hobi dulu! Teruskan kisah-kisah berhantu tu. Akak pun suka baca. Kalau setakat cerita kumpul setem ni, tak 'in' lah dengan akak yang muda belia ni. Hobi kilauan emas je tu *_*

    Tak pernah makan meatball kat Ikea? Sekarang ni dah ada kedai berhantu dekat-dekat situ, bolehlah ajak cik abang singgah merasa meatball Ikea yang marbeles tu. Okey, akak over jerk tapi akak pun tak minat meatball tu sebenarnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. asben bukan pemakan daging lagipun dia x yakin sebab kat situ pernah jadi kontroversi status halal kan.. tu yg tak pernah makan dari bujang sampai sekarang. Lagipun keinginan tu tak tahap melampau lagi.. hahahaha

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!