DOSA YANG SEMUA ORANG BUAT DI LAMAN SOSIAL

10.1.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

 Walaupun kita rasa macam kita dah cukup baik bila berada di laman sosial.. selalu share pasal keagamaan, kemanusiaan & berkata2 perkara2 yang baik tapi kadang2 dalam kita menyebarkan perkara baik pun.. terselit jugak sesuatu yang tak baik.Iatu mengata pasal orang lain.. Kita share ilmu yang baik sambil menyindir orang lain tu perkara biasa berlaku di laman sosial. Cuma antara kita nak mengaku kita buat atau tak jer.

 Sumber google

Ada ke orang yang tak pernah langsung cakap pasal orang lain.. nak2 lagi kat laman sosial macam FB. Memang rare la kalau ada pengguna laman sosial yang macam tu? secuit pun tak pernah cakap pasal orang lain kecuali diri sendiri. Majoriti yang dok post gud gud pun kadang terselit jugak post tak puas hati, post sarcasm atau post kritik2 manja. Even pendakwah pun.. tak terlepas dari melakukan benda tu bila berada di laman sosial.

Kita manusia yang banyak kekurangan.. kita kadang2 kalah dengan hati & nafsu. Kadang2 emosi kita buat kita terbabas dalam perkataan mahupun tindakkan. Sebab kita hanya manusia. Tak payah dabik dada sangat la anggap diri tu macam tak pernah langsung mengata atau bercakap pasal orang lain di laman sosial. Aku sendiri pun memang ada buat.. Tapi aku mula control dah kelantangan aku dalam mengeluarkan pendapat aku tentang apa2 atau sesiapa. Nak kata 100% bebas dari tak cakap pasal orang lain tu memang menipu sangat la.

Sebab kita tak boleh lari dari terbabas bercakap tentang orang lain di laman sosial.. Hope kita gunakan la bahasa yang elok bila kita nak bagi pandangan tentang sesuatu atau seseorang. At least kita tak boleh jadi perfect suci murni pun, kita control jugak perkataan yang kita guna. Ye betul.. Guna perkataan atau ayat2 yang sopan pun tak membolehkan kita mengata sesapa saja.. Tapi tu la kadang2 sebab kita pun terbabas jadi biasa kan diri guna perkataan yang elok2 sikit. Garang takpe jangan kurang ajar. Lantang tak bermakna biadap.

Moral of the story dalam realiti kehidupan kita seharian pun kita tak mampu nak mengelak bercakap tentang orang lain apatah lagi di laman sosial yang tiada sempadan untuk kita meluahkan perasaan. Itulah dosa yang semua orang akan buat bila berada di laman sosial.  Orang yang pemalu kat luar pun boleh jadi outspoken di laman sosial.. betapa laman sosial buat orang selesa untuk berkata kata jadi dia boleh menulis apa saja tanpa ragu ragu berbanding diluar berdepan dia jadi malu malu. So, di medan yang penuh keselesaan & keberanian kita untuk berkata kata ni.. Moga kita mempratikkan bahasa yang elok sikit. Peringatan ni untuk diri aku sendiri jugak sebab aku cuma manusia kadang2 emosi mempengaruhi apa yang aku kata.

P/S : Mesti ada yang cebik dah tau dosa buat jugak.. Bukan buat jugak kadang2 tak dapat nak elak. Peace!

6 comments:

  1. hihi... aku langsung tak nafikan... adakala, hari2 ! apa je yang boleh bataskan kita dari tidak mengata? lelagi terpampang gosip, dan cerita penganiayaan sebagainya... adatlah kak suria, selagi bernama manusia, tak boleh larik...

    ReplyDelete
  2. Saya pun pernah buat benda yang sama. Pokok pangkalnya semua orang pernah buat sama ada dia sedar atau tidak.

    ReplyDelete
  3. kadang2 kita sendiri tak sedar dengan kelakuan kita.. sebab tue kita perlu beristighar untuk memperbetulkan kembali niat kita..

    ReplyDelete
  4. tau takpe..setuju..kadang2 tu baca komen2 mereka yang panjang berjela pon kita dah cakap macam2 dalam hati..

    ReplyDelete
  5. Adat manusialah ya. Mana ada yang seperfect-perfectnya. Kadang tu kita tak sedar kita pun buat dosa 'kecil-kecilan' bila hati tak suka. Dosa memanglah tetap dosa tapi macam Suria cakap, kadang-kala tak sengaja terlepas kata dan perbuatan sehingga menambah berat dosa!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!