INILAH VIRAL YANG DI SEBARKAN DENGAN INFO YANG SALAH

13.1.15 Suria Lekatlekit 8 Comments

Aku kadang2 malas nak share apa saja yang menjadi viral sebab semakin banyak ending cerita dia tak seperti yang di sebarkan. Orang suka buat spekulasi dari sekeping gambar atau satu video kemudian men viral kan seolah2 maklumat yang di sebarkan tu betul menyebabkan orang lain terpedaya & terpercaya walhal cerita sebenar jauh beza dari spekulasi yang menjadi viral.

Carian google

Antara contoh yang menjadi viral baru2 ni video seoarang budak yang di dodoikan oleh Ayah dia dalam kotak polisterin atas air banjir sehingga lena. Jadi viral yang mengundangkan simpati & sebak dari ramai orang yang anggap mungkin budak ni & family dia hilang rumah akibat banjir terpaksa tidur dalam kotak polisterin padahal Ayah dia saja jer cari idea nak tidurkan anak dia bukan sebab hilang rumah sebab banjir. Banjir mungkin la banjir tapi tak teruk sangat kot. Itu yang aku baca pendedahan sebenar tentang video yang jadi viral. Tujuan orang yang upload video ni bukan nak minta simpati tapi sekadar nak share kreatif seorang Ayah tidurkan anak je.

Video ni kalau caption dia happy nampak sweet tapi orang terlebih kreatif buat caption sedih jadi menyedihkan la video ni

Yang kedua.. pasal budak yang galas kotak macam beg kat sekolah. Ramai yang simpati katanya budak ni tak mampu beli beg sekolah akibat kemiskinan padahal budak tu kreatif dia buat kotak tu macam beg sebab nak memudahkan dia bawak balik susu kotak yang di beri pihak sekolah.

Gambar ni kalau capton dia kreatifnya budak ni orang rasa budak ni bijak tapi yang sebarkan buat caption sedih konon budak ni tak mampu beli beg sekolah so jadi sedih la gambar ni

Sebab ramai sangat nak jadi Sharifah sofea yang pakar membuat teori & spekulasi maka apa yang di sebarkan sampai jadi viral kadang dengan info yang salah. Orang tu elok je hidupnya.. kita yang lebih2 create cerita sedih. Orang yang di viralkan tu takde apa2.. orang yang mem viral tu pulak lebih2. Sebab tu hati2.. tak payah jadi pakar copy paste & share sangat kalau kita sendiri tak tau info yang sahih. Jangan orang nampak kita macam senang di tipu & tertipu.

P/S : Jadikan button like & share tu mahal sikit.. Agar kita tak nampak macam bodoh sangat.

8 comments:

  1. Macam macam sangat dah sekarang ni kak. T_T

    ReplyDelete
  2. baru je sedih dengan beg kotak tu. Ilang terus sedih bila baca entri ni. Cissss

    ReplyDelete
  3. sy xbace pn pasal budak bwk kotak tu hehe sbb dh agk mesti cete2 yg nth ape2

    ReplyDelete
  4. hhahah..tu la...Azwan ali siap nak jumpa budak yang beg kotak tu..kesian punya pasal..kalau akak memang tak rajin nak tekan butang share kat fb bila ada berita2 macam ni..Kesian2 jugak.. tapi entah la..cuma tak suka kot nak share status dan video yang menyentuh hati ni..alih2 sebenarnya ada cerita lain disebalik nya...

    ReplyDelete
  5. Oo..psl yg gmbr k2 tu akk br tahu tau sis..huhu..
    Mmg akk ingat dia ssh sgt..mng nmpk xlogikla kan beg byk je yg murah2..huhu

    ReplyDelete
  6. La...saya ingatkan betul la budak yang bawak beg kotak tu susah gilerrr...papa kedana sampai.beg sekolah pun tak boleh beli. Rupanya sebab nak bawak susu.1Malaysia je. Nasib baik.baca entri ni. Kalau tak tertipulah saya sampai bila2. Betul kata kak Suria,.diaorang ni suka sgt viralkan perkara2 yang tak sahih sampai ramai yang tertipu.

    ReplyDelete
  7. dua2 saya ada tengok tapi takde la buat apa2 spekulasi,,

    ReplyDelete
  8. Sebab itu malas nak aktif kat media sosial ni. Akak biasanya orang terakhir yang tahu pasal apa-apa yang jadi viral. Kalau tengok pun sekadar tengok ajelah, nak sebarkan tak tahu hujung pangkal nak buat apa!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!