KERANA KPOP, ZUMBA PUN HARUS DI SEKAT KAT MALAYSIA

19.1.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Wah... mesti peminat kpop & senaman zumba rasa nak marah kan? Mesti keluar perumpamaan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Mesti ramai akan menyenaraikan kebaikkan depa menyukai atau meminati kedua dua perkara yang di cadangkan untuk di sekat aktivitinya dari menjadi sebahagian dari budaya hidup masyarakat Malaysia terutama yang beragama Islam.

Zumba atau kpop kalau keterlaluan & terlalu kebaratan memang tak elok di jadikan budaya kat Malaysia

Tapi jangan nak maki aku pulak.. Bukan aku yang cadangkan. Kalau aku cadangkan sapa nak heran.. Astro Awani pun tak highlight dalam berita depa apatah lagi kerajaan Malaysia. Umpama taik hidung di hujung kuku jer cadangan aku ni.. Sekali jentik hilang dari pandangan yang tak memberi apa2 kesan pun. Yang aku petik ni dari artikel akhbar Astro Awani. kenyataan tu di keluarkan oleh Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.

 Untuk artikel penuh sila baca di Astro Awani

Bagi pendapat aku la.. Macam selalu aku cakap la. Benda ni kalau keterlaluan akan bawak kemudaratan. Nak suka.. nak minat atau nak buat... Biarlah berpada pada. Biarlah ada garis panduan yang ketat supaya dapat elak perkara perkara yang berunsur negatif dari berlaku. Nak minat kpop tu hak individu.. Nak bersenam Zumba pun hak individu tapi semuanya perlu berpada pada & ikut garis panduan yang di tetapkan. Tapi orang sekarang ni macam kita sedia tahu.. sebelah pihak nak untung & sebelah pihak nak kepuasan diri. Bila kedua2nya bergabung yang nak untung biarkan gejala tak elok berlaku asalkan untung.. yang nak kepuasan diri merelakan diri diperlaku atau melakukannya.

4 comments:

  1. senang citer...kalau suka skali pun xnyh la smpai over sgt...jgn terlalu taksub

    ReplyDelete
  2. Saya setuju...apa pun yang kita buat mesti berpada pada...mesti bersederhana...bila melampau sangat tu yang jadi langa tu.

    ReplyDelete
  3. baru haritu kt tv ada buat zumba kat dataran merdeka..

    ReplyDelete
  4. Akak malas nak komen bab ni sebab ilmu tak cukup di dada. Tapikan, kalau pun minat biarlah berpada-pada. Cuba tengok akak ni, minat gila kat drama Korea tapi takdalah sampai berimaginasi nak terpeluk-peluk heronya. Setakat mimpi tu okey lagi sebab drama korea dalam mimpi akak hero-heroin dah diambil alih oleh akak dan suami :)

    Setakat ni kan kalau akak nak terkinja-kinja, akak buat dalam bilik kat rumah jerk. Opppss... terlepas cakap pulak!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!