MISTERI KEDAI BERHANTU DI SELAYANG MALL DI TUTUP TELAH TERBONGKAR

18.1.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Dah episod ketiga cerita kedai berhantu ni. Bagi yang mengikuti blog den ni mesti dah tahu kedai berhantu yang den maksud kan. Rasa tak puas hati pulak tak cerita misteri di sebalik kedai berhantu tu di tutup selepas siasatan di jalankan. Kena jugak bagitau kenapa kedai berhantu tu tetiba je di tutup.. kalau tak bagitau rasa macam kencing tak lawas jer.kekekeke

Sumber google

Alkisahnya sebab tak puas hati kedai berhantu di selayang Mall tu tutup aku try google cawangan lain. Ternyata memang ada beberapa cawangan lain & paling dekat dengan aku e@curve la... Masa google tu jugak aku jumpa fanpage kedai berhantu tu. Sebab aku suka kedai depa so takde sebab aku tak LIKE kan? Dan kerana ketidakpuasan hati aku tanya la kat fanpage tu kenapa kedai di selayang Mall tutup.... Nak tau apa jawapanya....

Rupanya sewa kedai kat situ di naikkan, mungkin dengan harga yang penyewa kedai tu rasa tak berbaloi maka cawangan di situ terpaksa tutup la kot. Disebabkan Aku taknak di beri harapan kosong dari siasatan detective google yang katanya di e@curve ada cawangan kedai berhantu tu.. tanya jugak sebagai kepastian. Alhamdulillah.. memang masih beroperasi kat situ. Maka aku rasa bersemangat nak teruskan hobi seram aku ni... hahahahaha

Semalam keluar tapi haluan tak kesitu maka takde pertambahan koleksi seram aku untuk minggu ni. Maybe kalau berjodoh minggu2 akan datang aku pergi la menjenguk hantu2 yang di jual kat situ. Kalau ada hantu2 yang best.. Insya Allah kalau ada rezeki aku rembat la seberapa yang boleh. hahahaha. HANTU TUNGGU AKU DATANG. hikhikhik...

Nak baca entri2 pasal kedai berhantu ni boleh baca kat sini..
Kisah Kedai berhantu episod pertama
Kisah kedai berhantu episod kedua

4 comments:

  1. hahaha tajuk bkn men suspen..ekeke

    ReplyDelete
  2. Insha Allah...akan ada banyak lagi hantu yang boleh kak suria rembat kat situ. haha

    ReplyDelete
  3. ooo dah jumpa ye..lepas ni banyak la kisah2 seram cik suria keluarkan ye

    ReplyDelete
  4. Alahai, ni yang tak best kalau tertinggal flight nih! Kedai berhantu mana ni? Port tempat cari DVD seram ya?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!