PENONTON HISTERIA SEMASA TONTON FILEM VILLA NABILA

16.1.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

Tadi terbaca post kat Oh!Media share video orang terjerit2 dalam panggung wayang dengan caption Amboi penonton sampai kena histeria sebab tengok Villa Nabila? Kejadian dikatakan berlaku di Aeon Tebrau. Wah gitu sekali penangan tengok filem seram melayu era 2015 ni? Masalahnya seram sangat ke?

Sumber google

Kalau betul filem tu betul2 seram sampai mampu buat orang histeria memang aku kagum la sebab sekarang ni memang takde lagi filem seram melayu yang betul2 seram. Kebanyakkan filem seram cuma ada makhluk seram yang bagi aku tak seram sangat pun. Tapi tak tau filem hasil air tangan pengarah muda anak Dato Yusof kali ni menjadi seramnya.. Manalah tahu kan? Aku tak boleh nak judge apa2 sebab belum tengok even tahap confident aku terhadap filem ni memang tak banyak tapi tetap tak adil aku buat penilaian sebelum tengok. Kena tengok dulu baru boleh bagi pendapat.

Sumber google

Tapi Dahsyat jugak la kalau betul ada penonton wanita histeria masa tengok filem ni... Tak tau la macam mana tahap feel dia tengok filem ni sampai boleh jadi histeria ni. Apapun aku memang nak tengok jugak macam mana kisah2 mulut ke mulut tentang keseraman Villa Nabila ni di filemkan adakah seseram cerita yang menjadi buah mulut orang atau sehampeh filem Banglo RM50.. Cerita asal punya seram alih2 buat filem rasa macam tak seperti yang kisah sebenar & ada unsur ciplak filem seram lama mat saleh, tak ingat pulak aku tajuk apa filem tu.

Apapun aku masih lagi cari kedai berhantu yang pernah bertapak kat selayang Mall tu berpindah kat mana. Supaya aku boleh terus mengumpul koleksi filem seram dengan banyaknya. Hahahahaha


Lazada Malaysia

6 comments:

  1. Akak x kan pi tgok de...akak dh la penakut...

    ReplyDelete
  2. tunggu kat astro nih..nak tengok jugak la..

    ReplyDelete
  3. cerita seram yang sering diperkatakan...mana taknya kisah benar vila nabila..selalu lalu lalang kawasan tu dulu

    ReplyDelete
  4. Akak pun ada tengok komen si sapa tu pengarahnya, adik si Syamsul tu... katanya itu bukan gimik nak melariskan filemnya. Akak pun tak sabar nak dengar review dari Suria. Kalau Suria kata seramnya ala-ala hampagas, maknanya histeria mengada-ngadalah tu :)

    ReplyDelete
  5. jgnlh taksub sangat dgn benda2 mengarut... nie cuma berlakon jer... bkn realiti.. lihatlah dunia sebenar diluar sana yg penuh kehancuran...itu baru betul2 seram..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!