RANCANGAN REALITI PEMBUNUHAN MISTERI PELAJAR UNIVERSITI

27.1.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

Kalau misteri2 ni memang ada kaitan dengan seram la kan.. Tak seram la kalau tak misteri ye dak. Tapi pelajar Universiti manakah yang dibunuh seorang demi seorang dalam satu rancangan realiti tv? Ada jugak ke rancangan realiti tv membunuh macam ni?? nak tau sila baca tanpa banyak soal..

Sumber google

Alkisahnya.. sekumpulan pelajar universiti ni buat kerja tak masuk akal sikit. Nak buat orientasi kat dalam hutan. Even masa dalam perjalanan mereka menuju ke hutan tu pun dah di halang oleh seseorang atas alasan jalan ke hutan tu di tutup & tak sesuai untuk di kunjungi. Sebab degil kan.. depa tetap meneruskan perjalanan bila ada seseorang menawarkan bantuan untuk menunjuk arah jalan lain untuk ke hutan tersebut.

Dalam perjalanan menaiki bas yang di sewa khas untuk aktiviti depa tu.. depa terpaksa melalui satu jambatan kayu yang panjang, nak di jadikan cerita di pertengahan jambatan tu.. jambatan putus & bas jatuh dalam sungai.. Pemandu bas mati tertikan kayu kat muka dia.. Ada ada seorang pelajar mati tertikam kayu. Yang selamat terpaksa berenang menyelamatkan diri ke tebing sungai seterusnya terpaksa meredah hutan untuk cari jalan keluar.

Sumber google

Semasa dalam hutan tu la mereka seorang demi seorang di bunuh dengan kejam oleh seorang pemunuh misteri. Pembunuhan tu memang tersangat sangat la kejam.. Rasa macam bukan manusia je orang yang buat tu. Tiada seorang pun yang terselamat.. tapi sebelum semuanya terbunuh ada 3 daripada pelajar tu sempat membunuh pembunuh yang salah seorang pembunuh tu adalah yang menjadi petunjuk arah mereka sebelum kesemuanya di bunuh oleh seorang lagi pembunuh misteri.

Itulah kisah pembunuhan misteri dalam filem scared yang aku beli hari minggu haritu. Filem ni sesuai untuk pesakit jantung sebab effect bunyi dia tak gempak sangat even banyak babak2 suspend.. sebab yelah.. filem pembunuhan macam ni bila kita kusyuk tengok kita jadi berdebar2 jugak. Yelah.. dok fikir apa yang pembunuh tu nak buat & macam mana cara dia muncul lagi & lagi. Tapi aku tak berapa tahan babak2 pembunuhan ngeri dia.. ngeri jugak la. Ending dia macam tak best.. macam last tu filem ni seolah2 apa yang berlaku adalah dari satu rancangan realiti yang setiap nasib pelajar tu di undi oleh penonton samada mereka hidup atau mati.


Yang paling aku perasan filem ni banyak persamaan dengan filem mat saleh Friday The 13th. Macam filem copypaste jer.. cuma edit sikit2 jer...

Apapun aku enjoy jugak tengok filem ni.. Even bukan filem hantu hahahaha. Kalau nak tengok kat youtube ada kot tapi tak jamin ada subtitle atau cari je dvd macam aku ni boleh buat koleksi.

5 comments:

  1. Assalamualaikum kak, alaaa cerita copy paste ni yang malas nak tengok. ekekeee last week tengok Villa Nabila. boleh tahan berdebar dalam panggung wayang tu. hahahhahaa

    ReplyDelete
  2. Filem pembunuhan akak tak berapa suka tengok sebab nampak kejam tu.. video mati,eksiden,kena pukul bagai pun akak elak kan tengok..kalau hantu ok la..anak2 akak ni macam suka pulak cerita hantu..Risau pulak tengok Mikhail sikit2 suruh buka siaran 729 sebab siaran tu banyak citer hantu..

    ReplyDelete
  3. Akak rasa selepas tengok cerita NangNak dulu, terus minat gila tengok cerita hantu Siam. Ini pun dah pernah tengok. Sampai lupa tajuk. Bila baca review ni, barulah teringat especially gambar bas atas jambatan kayu tu. Dua bulan sudah, masa akak asyik tengok cerita seram, ada terjumpa filem ni dalam youtube. Adalah subtitle tapi dalam English tak silap.

    ReplyDelete
  4. Filem ni saya rasa tiru filem mat saleh yanf macam akak cakap tu.

    ReplyDelete
  5. Laaa ingat kisah benar... cerita rupanya... macam best je sinopsis cerita.... Suka sangat tengok kes pembunuhan kejam, lepas tu aku trauma... rasa diri sendiri yang jadi mangsa... sobs

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!