RANCANGAN REALITI YANG MENGKANTOIKAN SI PENIPU ONLINE

21.1.15 Suria Lekatlekit 17 Comments

Semalam secara tak sengaja aku tertengok satu rancangan realiti tv.. Dah tengah malam, aku bukan pelanggan astro so dok tukar2 la channel percuma yang ada cari2 kot ada cerita best2 kat tv tetengah malam sementara menanti mata nak mengantuk. Ter picit a channel 8tv. Macam best jer tv show ni maka aku pun bantai layan je la..

sumber google

Even Rancangan realiti TV mat saleh ni dah wujud dah lama tapi baru semalam aku tertengok. Bagi aku memang giler babas la rancangan realiti ni. Gila beb! Yang aku tengok episod seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan di laman sosial tanpa pernah berjumpa tapi dia dah habis beribu US dollar jugak la kat perempuan. Sebab nak kepastian.. Maka dia & geng terjah rancangan realiti tu pi terjah pompuan ni. Apa lagi terkantoi la identiti sebenar perempuan tu. Rupanya dia tipu identiti & tak berterus terang tentang bentuk fizikal dia yang agak gemuk. Yang paling tak boleh tahan perempuan ni sanggup menipu mak dia sendiri yang lelaki ni hadiahkan dia cincin walhal cincin tu dia beli sendiri dengan duit yang lelaki tu bagi.

Bila di pertemukan dalam keadaan macam tu banyak la benda terkantoi. Gamaknya kalau kita minta geng terjah rancangan Catfish ni terjah Lavender mummy agaknya gempak tak? hahahahaha.. Memanng giler la bagi aku rancangan tu. Ada baik & tak baik jugak.. yang baik penipu online dapat pengajaran.. Yang tak berapa elok mungkin aib yang di terima tu tak setimpal kesalahan dia. Bukan semua orang menipu dengan niat menipu. Macam yang episod semalam aku tengok.. Dia bukan sengaja nak permainkan lelaki tu tapi dia tahu kalau dia berterus terang mungkin lelaki tu tak dapat terima dia seadanya.. Yelah, semua manusia ada hati yang rasa nak di sayangi tapi kadang2 yelah.. macam kita sedia tahu. Tak semua orang bernasib baik dalam cinta, kan?

Sumber google

Apapun bagi aku rancangan ni memang gempak giler.. Nak tunggu next episod pulak apa lagi yang di kantoikan. hahahhaa

17 comments:

  1. inlah masalah yang paling ditakuti pada masa kini.

    ReplyDelete
  2. Laaa...x lama lagi sure ada kat malaysia jugak...eh...tv bape citer tu...

    ReplyDelete
  3. Aiseh. Memang cadang nak tgk tapi semalam tido awal la plak.

    ReplyDelete
  4. wah..nak tengok jugak..hari apa..macam best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam saya tengok kat 8tv pukul 12 hari selasa

      Delete
  5. agak2 org kita ada ke yang sanggup berhabisan wang utk orang yg tak kenal, or yang tak pernah berjumpa. mihmih kau aku, TAK AKAN! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jer... kalau tak, takde yg buat report kena tipu bagai.. golongan profesional pun ada yg sanggup berhabis duit kat org yg dorang kenal kt online jer. terlepas baca ke kes2 camtu?

      Delete
  6. Wah
    Elok gak kalau yang menipu didedahkan agar tak bertambah bilangan mangsanya
    Tapi takut kalau terlebih buat, ada natijah tak elok plak pada penipu tu kan

    ReplyDelete
  7. xpernah lg tengok rancangan ni..cambest je.. tp jarang laa bukak chanel 8..huhu..compem malu gileee kot pompuan tu kan

    ReplyDelete
  8. Apa nama rancangan ni, Catfish? Pukul berapa kat 8TV tu?

    Tapikan akak rasa macam simpati pulak kat perempuan yang kena terjah tu. Mesti aibnya muka. Yalah mungkin dia menipu dengan sebab yang Suria katakan tu. Kalau tidak, mana lelaki yang sudi. Mungkin itu fikirnyalahkan... Terdesak pun ya. Kalau dah terdesak ni apapun sanggup buat kadang-kadang!

    Oh, ni nak habaq kat Suria... Pasai Lavendermummy nilah akak terjah blog Suria tau. Akak baca kat blog siapa ek, tetiba nampak entri ni kat blog Suria teruslah akak terjah. Lepas tu tak balik-balik, asyik singgah je dok buat macam rumah sendiri tau! Terima kasihlah kat Lavendermummy kerana penipuannya itu akak kenal kat geng ghostbuster tau. Hahaha.....

    Gurau jerk...jangan nak marah nanti akak majuks kang *_*

    ReplyDelete
  9. Hari apa ye show ni? Haritu tgok penyamar tu guna profile girl hot gler last2 jumpa org hitam laki gemuk and gayyy!!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!