AWAS! JANGAN BAGI ANAK ANAK GOOGLE NENAS

15.8.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

AWAS! JANGAN BAGI ANAK ANAK GOOGLE NENAS. pagi pagi lagi dah baca status sifu Hasrul Hassan pasal NENAS. Bagi kita nenas.. biasa jer buah buahan tempatan yang kalau silap kupas kulit boleh bergaru lidah lepas makan. Sebab tu aku tak suka makan nenas.. Aku macam jadi seriau nak makan nenas terbayang lidah gatal gatal.. Sama macam sayur batang keladi. Rasa nyilu bila terbayang kegatalan tu. hahahaha

Sumber Google

Tapi apa yang bahaya sangat Nenas di Google ni?? Kalau korang Google dengan ejaan NANAS maybe takde bahaya sangat tapi kalau dengan ejaan NENAS.. risau pulak kalau anak anak kita yang google nak cari gambar buah tu kan? Bunyi macam sama jer NENAS & NANAS tapi ketahuilah kalau anda google NANAS dia akan keluar gambar buah nanas tapi kalau NENAS yang keluar buah lain pulak... Bukan kategori buah buahan tempatan dah... Nak tau try Google

So, perlu kita tahu & memberitahu anak anak kita ejaan buah NANAS adalah N.A.N.A.S bukan N.E.N.A.S.

Moral of the story.. pentingnya kita tahu ejaan yang betul setiap benda tu. Even dengar bunyi sama.. Kalau silap eja macam Nanas & Nenas tu tapi bila google jawapan dia mungkin mengejutkan anda. Jadi.. Sila rujuk kamus dewan bahasa & pustaka bagi memastikan kita mengeja perkataan yang kita nak cari di google tu dengan betul.

P/S : confirm ramai yang sedang google nenas sekarang ni kan? hahaha sama la aku lepas baca status hasrul hassan. yelah kita manusia penuh dengan sikap ingin tahu & kadang2 menyibuk jugak. hahahaha

6 comments:

  1. Aduhai.. Memang dahsyat 'nenas' ni. Hehehehe.

    ReplyDelete
  2. ahdoi...dah warning lagi nak tahu.saboo jelah.

    ReplyDelete
  3. Tak sangka perasaan ingin tahu akak pun dah jadikan akak penyibuk juga. Belum habis baca entri ni dah sibuk menggoogle katanya... Hehehe....

    Oh, kalau kita tengok nenas takdalah hairan mana! Kalau bapak-bapak dan anak-anak yang baru nak kenal dunia, memang ler...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com