ZUAN MELODI BIKIN PANAS DENGAN GAMBAR PM KENA GANTUNG TUGAS

8/17/2015 01:39:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

ZUAN MELODI BIKIN PANAS DENGAN GAMBAR PM KENA GANTUNG TUGAS. Dari sejak 2 hari lepas kot aku baca pasal ni. Katanya Zuan wartawan bikin panas rancangan melodi di gantung tugasannya sebab upload sekeping gambar editing yang mengaibkan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak. Rasanya aku ada baca permohonan maaf dari dia di media sosial pasal isu tu. Katanya gambar tu dia cuma share bukan dia yang edit. Perkara biasa berlaku kat laman sosial.. Bukan jer PM yang pernah jadi mangsa malah ramai lagi termasuk Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.


Tapi tu la... Kalau dari kalangan pemimpin pembangkang ni susah sikit la nak kenakan tindakkan.. Tapi kalau kau cuit sikit je pemimpin dari kerajaan pemerintah, siap la ko. Tak see u in court, kena gantung tugas atau kena tukar department katanya. Aku bukanlah sokong mengaibkan orang dengan editing gambar2 yang memalukan.. Malah aku pun tak suka sangat nak share benda2 macam tu tak kira datang dari penyokong parti politik mana2 pun. Kau boleh menentang, membangkang tapi bukan la sampai menghina macam tu.

Cuma keadilan tu nampak macam berat sebelah je la.. jadi salah pada pemimpin dari kerajaan pemerintah tapi kalau kena kat orang lain kena buat cool, buat peace, buat bodo, buat dono.. Isu Zuan tu rasanya cukup sekadar warning tak perlu gantung tugas. TV3 bodek sangat. Tak payah teruk2 sangat menjilat. Dia pun dah buat permohonan maaf secara terbuka.. Terimalah maaf tu.

Moral of the story untuk zuan.. Hang silap bikin panas la bro... hehehehe. Apapun hadapi dengan tenang. Nanti cheq angkat sepanduk "We Love Zuan Bikin Panas" tanda sokongan.

2 comments:

  1. erm..benda2 macam ni la yang menakutkan..ye tak?

    ReplyDelete
  2. Oh, ini puncanya! Inilah masalahnya kalau sempat baca tajuk aje tapi tak baca cerita. Nasib baiklah kita ni bukan spesies suka spread the news padahal tak tahu apa-apa pun.

    Itulah Zuan, yang pi bikin panas kat salah tempat tu buat apa? Kan tak pasal-pasal kena gantung kerja. Takpa, takpa, nanti Suria Lekatlekit dah berjanji nak angkat sepanduk :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com