AWAS! JANGAN KUMPUL EARNING 8SHARE LEBIH DARI RM50

8/17/2015 08:18:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

AWAS! JANGAN KUMPUL EARNING 8SHARE LEBIH DARI RM50. Tu dia tajuk entri memang warning kaw kaw punya. Memang bahaya sangat katanya. Sebelum 8sharer lain terkena adalah lebih baik aku bagitau kat hangpa siap2 sebelum hangpa menanggung rugi & sakit hati yang tiada sempadan. Permainan 8share memang licik, hokay! Dua kali aku terkena memang rasa nak menyumpah seranah je tapi kali kedua ni rasa lebih tenang sikit berbanding kali pertama kena. Sebab rasanya aku dah boleh baca trick 8share so bukan sesuatu yang mengejutkan sangat la.


Dulu earning aku pernah kena reject & hampir2 di rampas 8share dengan alasan fraud. cara perkongsian aku katanya melanggar syarat & peraturan 8share biarpun tak di beritahu secara jelas kat ruangan do & don't. Aku fight jugak la.. penat2 aku kumpul earning 8share tetiba kau nak ambil camtu je. Pantang berundur kecuali mak panggil balik katanya.. Aku tetap pertikaikan semua tuduhan 8share dan akhirnya 8share mengalah mengaku kelemahan mereka & bagi balik earning aku yang kena hold sekejab tu.



Lepas tu aku pun share la macam yang di bolehkan. Aku ni gigih la buat post iklan 8share.. alih2 nak cashout reject alasan fraud buat kali kedua. Bukan aku sorang je kena macam ni malah ada blogger lain yang kena perkara yang sama. Normally yang earning beratus la. Bawah pada seratus kebanyakkan selamat.


8share punya term & condition.. dorang akan bagitau cara perkongsian korang salah bila korang request cashout je. Sebelum tu memang dia buat rilex.. wat peace kata bebudak zaman sekarang. berbanding chrup2.. dia detect korang salah terus email bagitau. 8share memang dia punya trick paling keji bagi aku.. Sebabnya dia tunggu je kita kumpul sebanyak yang boleh dah request cashout masa tu la kita akan tahu samada cara perkongsian kita salah atau tidak pada mereka. Selagi kau tak tekan butang cashout selagi tu kau takkan tahu cara kau berkongsi iklan tu salah atau betul. earning kau terus naik & naik sampai kepuncak lepas tu hati kau akan hancur bila tahu cashout kau kena reject.

Jadi pada korang yang masih nak mencuba cari side income dengan 8share jangan kumpul banyak2 sangat earning korang. Cukup RM50 cashout. Kalau korang tengok earning korang dah cukup RM50 tapi belum sampai tarikh cashout stop la dulu share iklan 8share. Takut nasib tak baik tetiba cashout 8share cakap reject sebab fraud clik. At least kalau reject setakat RM50 tu tak la rasa meraung sangat. Tunggu cashout dah verify baru share balik iklan. 8share memang dok target golongan earning yang lebih dari RM100 sekarang. 8share buat duit topup je. Tak payah berangan sangat nak kumpul banyak2 nanti ada je alasan depa nak reject.

Moral of the story.. ambil langkah selamat jangan jadi macam aku hanya dapat penat.

P/S : Zaman ringgit jatuh nilai ni semua orang nak save budget. Even kena reject tapi earning still naik. Yelah.. kan aku buat post entri iklan 8share. Selagi orang baca & clik link iklan tu selagi tu la 8share dapat benefit aku dapat tengok je la. Habis tu je cara yang di bolehkan berkongsi iklan 8share kat blog tapi tetap la kena reject dengan alasan fraud. Macam review produk @ service jugak la orang bayar sekali tapi post kekal dalam blog. Untung tak? So sesapa berminat nak beriklan,review di blog lekat lekit mai PM kat FB atau email je.

6 comments:

  1. jadi kalau cashout hari ni boleh dak??esok ke??boleh..??risau pulak sebab earning dah 100 lebih..malas dah la nak share kalau gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia proses untuk tarikh cashout bulan depan kalau cashout sekarang. sampai tarikh bulan depan je baru dapat tahu earning kita tu selamat atau tak.. hehehe

      Delete
  2. Perkongsian yang menarik. Mana-mana yang buat income sampingan di 8share kena selalu beringat pasal hal ini.

    ReplyDelete
  3. kena before raya hari tu juga r alasan yang sama..bengong 8share nie..haha

    ReplyDelete
  4. Oh, kalau dah macam ni takda hatilah nak berkasih-sayang dengan 8share. Takut patah hati di kemudian hari :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com