BILA TERMAKAN KFC AYAM MASAK MERAH RICE WRAP

8/22/2015 02:49:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

BILA TERMAKAN KFC AYAM MASAK MERAH RICE WRAP. Alkisah pasal hari Rabu, 20 aug 2015 dalam perjalanan nak ke Port Dickson. Masa bertolak tu memang lunch time ler. Perut pun bukan je tak boleh bawak berunding dah malah.. kemain dia berdemo lagi minta di isi. Dah la agak lewat bertolak nak ke PD kalau dok berhenti makan bagai makin lewat pulak nanti sampai maka.. mai haseben just drive thru kat KFC mana ntah aku pun tak sure. dasar buta jalan ni.. Kalau orang culik pun dapat peluang call pasukan penyelamat pun aku susah nak bagitau lokasi aku.


Setiba kat drive thru order tu.. Memang tak decide lagi pun nak makan apa. Tengok je kat papan menu tu.. tengah lapar sangat ni. Perut Melayu la katakan.. tengahari minta nasi la jugak. Yang paling senang nak makan dalam kereta ni adalah KFC ayam Masak Merah Rice Wrap tu je la. Selain dia tak mengotorkan tangan secara maksima... dia senang nak gigit jugak. Tu faktor pertama.. faktor kedua sebab benda baru. Excited la sikit nak try. takde la bila orang cerita kita takde point nak menyampuk.. ye dak??
mai haseben lupa dia order apa... tapi aku minta dia order set KFC ayam masak merah rice wrap. Bila buka nak makan.. Alahai.. portion dia. Ni baru diet katanya. Memang rasanya nasi tu size segengam je la. Even aku ni tengok je tak berapa membesar tapi selera tengah lapar boleh tahan besar dengan jayanya. Tapi rasa dia not bad sangat buat aku takde la bad mood. Nak kata sedap macam masakan ibu tu takde la.. sedap cara fastfood je. Tapi ok la,kategori sedap. kalau portion macam tu 2 set pun boleh habis gamaknya. hahahaha. Aku kalau lapar pun tapi rasa makanan tu puaka sangat memang tak tertelan jugak. Macam Mee rebus Cafe tet.. (clik kalau nak tau cafe mana).. tu.. walau tengah lapar tahap kritikal tetap aku tak mampu nak habiskan walau separuh. Memang azab sangat rasanya bagi aku. hahahaha.

Tapi kalau aku tau rasa masakan kat Cafe tet.. macam tu.. Aku lebih rela makan KFC Ayam Masak Merah Rice Wrap. Aku rasa 2 kali ganda sedap KFC Ayam Masak Merah Rice Wrap ni dari menu2 yang kami order kat Cafe tet... Murah pun murah banding harga makanan2 kat Cafe tet.. pun.

Kesimpulannya.. KFC Ayam Masak Merah Rice Wrap ni kategori sedap la jugak. Kira tak nyesal la termakan dengan sengaja KFC Ayam Masak Merah Rice Wrap ni.Cara mudah & cepat nak makan nasi.. So yang mana rushing nak travel kemana mana tak sempat singgah makan boleh je makan dalam perjalanan KFC Ayam Masak Merah Rice Wrap ni

2 comments:

  1. Nampak mcm sedap tapi selalu bila kt pic nampak cantik in real penyek n kecik je haha
    papepun nk kene try gak ni :)

    ReplyDelete
  2. harituh..sja2 try cuba..rasanya..biasa2 jer..and rupa x seperti gambar..mula2 teruja juga nak mkn..tapi bila tngk..indah khabar dari rupa....anyway,still sedap..buat yang teringin nak cuba tuh..jngn lupa cuba..persepsi orang lain2..^^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com