CARA PALING BERKESAN TINGKATKAN PV & UV BLOG

17.8.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

CARA PALING BERKESAN TINGKATKAN PV & UV BLOG. Atas permintaan aku buat jugak la entri ni. Yelah.. lagipun dah janji pada entri lepas aku nak bongkarkan siapa yang bertanggungjawab blog aku jadi macam sekarang ni. So aku kena hebahkan pada semua jugak siapa penyebab semua ni berlaku. Supaya semua orang tahu & tak tertanya tanya lagi macam mana aku buat sehingga traffic di blog aku meningkat sehingga 50% dari kebiasannya.

Tiada motif gambar ini di letakkan dalam entri ni hahahaha

Sejak 2 minggu lalu blog aku dah berubah wajah.. erkk.. 2 minggu ke? entahlah tak pasti tapi tempoh masa lebih kurang macam tu la. Bukan la sebab aku dah pandai mengedit blog sendiri.. aku sampai sekarang pandai buat header blog aku jer.. lain2 aku ada sedikit kemalasan untuk belajar. Bukan la sebab aku memang jenis suka orang suap je tapi nak belajar mengedit blog ni perlu masa.yang banyak sedangkan masa aku banyak habis update entri jer... hahahaha. So korang boleh nampak kan? blog aku dah kemas & tersusun sekarang nak tahu siapa yang punya angkara?? Meh sini aku bongkar segala rahsia.

Takpe la bagi peluang orang lain cari rezeki pulak kan? So aku ambil service dari Abang Kamil Salleh untuk tukar template yang mesra SEO even aku bukan reti sangat pasal SEO yang aku tau aku nak blog aku ramai pengunjung. Kalau tak sesia la aku tertunggang tonggeng update entri hari2 kalau takde orang yang baca. Aku memang pentingkan pembaca bila aku menulis. Serius aku bukan tulis blog untuk aku sendiri baca. kekekeke

Konsep abang Kamil Salleh.. edit sampai kita puas hati. Senang berkerjasama dengan beliau sebab even aku kategori cerewet jugak.. kejab tu kejab ni.. Ya Allah.. orang sangat penyabar & cuba buat seperti yang kita minta kecuali benda tu memang tak boleh je. Dia akan bagitau kita. Sampai sekarang pun aku masih refer dia kalau blog ada masalah setting apa2. Dia tak kisah. Baik sangat orangnya.

Kesan dari tukar template ni memang traffic ke blog aku meningkat sebanyak 50% selepas 3 hari template di tukar.  Boleh refer entri ni >>INI YANG BERLAKU SELEPAS TUKAR TEMPLATE BLOG <<

Seminit jer dah masuk google index. Aku dah perna test tapi dengan tunjuk ajar ku sifu la.. Abang Kamil Salleh. Takpe kalau hangpa tak faham.. Kalau cukup la hangpa faham tukar template mesra SEO ni boleh buat traffic blog meningkat dari kebiasaannya. Yang lain2 nanti kalau korang ambil servis dengan abang Kamil Salleh dia akan ajar la sikit2 pasal SEO. Yang basic supaya kita faham & tahu.

Jadi yang mana2 rasa nak tukar template mesra seo boleh contact abang Kamil Salleh yer.. PM je kat FB beliau pun takpe.

Moral of the story.. Apapun kalau kau setahun sekali update blog tak payah la berangan blog kau hari2 dapat views yang tinggi even tukar template mesra SEO. Kena rajin jugak. Macam aku hahahaha

P/S : walau header blog aku berwajah hantu baru tapi bukan dalam pakej tukar template blog tau. Tu aku create sendiri hahaha

Iklan
Sesiapa berminat untuk beriklan di bawah entri lekatlekitstory. Email ke lekatlekitgurl@yahoo.com. Tawaran istimewa untuk anda sempena bulan kelahiran admin blog

4 comments:

  1. I luv u lah Suria..Saya tau entry ni khas atas permintaan daku.hahaha perasan

    ReplyDelete
  2. memang template blog bagi kesan besar pada uv blog kita..dulu akak pakai jugak template mesra seo ni..lepas tu gatal tangan tukar sana sini last2 balik semula pada template blogger..heheheh...tengok la tahun depan ke boleh tukar template yang lain pulak..selalu nya yang rajin menggodek blog akak ni blogger yang dah tak blogger tu..fariq jalil..time susah je akak cari dia..hahahh..nasib la..

    ReplyDelete
  3. Tahniah blog lekatlekitgurl dah berubah wajah... saya suka theme blog anda.... sedap mata memandang.

    P/S- Siapa yang berminat nak tukar template SEO bolehlah....dgn saya. he...he...

    ReplyDelete
  4. Oh, ni kira mencanak-canaklah readers yerk! 'Abang Kamil, Abang Kamil... nak tukar template gak boleh?' Hehehe....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com