GANGGUAN MISTIK & SERAM DI LEVEL 78 KLCC

8/11/2015 09:05:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

GANGGUAN MISTIK & SERAM DI LEVEL 78 KLCC. Dulu aku pernah tulis entri cerita seram pasal KLCC ni tapi kesian sebab cerita tu prank semata mata. Tapi untuk malam ni segmen seram serik lekat lekit tak prank lagi pasal cerita seram KLCC hokay.. yang ni betul2 seram kalau korang memang jenis penakut la. Alkisah.. tersebutlah kisah...

Sumber Google

Kejadian seram di berlaku di level 78.. Dari cerita kejadian ni berlaku di sebuah pejabat. Alkisah yang pertama..

Berlaku kat sorang akak ni. Dia memang suka datang kerja awal. 6.45 dia dah terpacak kat opis. Pada satu pagi ni..kira2 pukul 7 pagi datang seorang manager kat situ lalu menyapa si akak ni dengan greeting good morning. Lepas tu dia beredar. Tak sampai 2 3 minit akak ni baru teringat nak minta signature si manager tu dia terus ke tempat manager tu tapi takde pulak. Magic of the ring sungguh. Baru kejab tadi tegur dia.. cepat betul hilang... Nak kata david co datang perform kat opis dorang takde pulak. Dia tak terfikir yang bukan2 just anggap maybe mangkuk tu ke tandas gamaknya. Almaklum la pepagi sistem penghadaman ni laju sikit memproses katanya. Dalam pukul 7.30 gitu la tetiba.. manager masuk siap berbeg bagai & bagi salam kat akak ni. Terkejut si akak ni... meremang segala bulu yang ada. Apa lagi takde nak fikir, timbang, tapis bagai dah.. terus tukar tempat. Katanya sebelum ni cuma dapat gangguan bunyi bunyian laci dihempas n keyboard diketuk je je takde la sampai gangguan jelmaan & penyaraman macam tu. Hantu raya gamaknya kan..

Story kedua pulak
Ni kisah seorang insan yang tak keluar lunch pada haru Jumaat even break time panjang. 2 jam katanya.. dia suka buat kerja sebab katanya boleh balik awal 2 jam tolak break time tu. Pada hari tersebut normally ada jugak orang lain yang macam dia tak keluar lunch tapi haritu tetiba semua keluar tinggal dia secara solo kat opis. Yang lain pakat nak pi shopping.. ada sales katanya.. Almaklum la sales ni perkataan yang agak keramat bagi kaum wanita. Tengah kusyuk menaip tetiba terdengar bunyi orang menaip dari atas. Kat atas katanya manager dia.. lelaki. Takkan tak pergi solat Jumaat. Dia malas nak jadi detective conan sangat so dia biarkan je la.. Tiap kali dia menaip.. dengar bunyi taipan dari arah yang sama dia dengar. Macam copypaste je apa dia buat.. dia taip laju, bunyi menaip tu pun laju.. dia taip slow bunyi menaip tu pun slow.. Main kasar nampak. Macam mengejek jer.. nanti kau! Dia pun pergi ke arah meja yang dok mengejek dia menaip tu tapi memang confirm takde orang. Dia tau 'benda tu' saja nak menyakat dia so dia pun bersuara la minta jangan kacau dia ada kerja urgent nak di siapkan. Lepas tu diam la sekejab.. tapi sekejab je lepas tu ada balik. Sebab geram dia macam cabar benda tu.. konon sapa abis kerja dulu. tetiba dengar bunyi keyborad kena hempap. Terkejut beruk mak yeh dia... kalau organ manusia ni macam kompenen kereta rasa luruh abis dah punya la terkejut. Dia pun rasa tak tahan dah... ambil wallet terus turun. Dari kena sakat macam tu kang histeria sorang2 terjun bangunan adalah lebih baik dia pun pi menjebakkan diri dengan saka sales katanya..

Hantu opis style dia menyakat pun gaya gaya officer jugak kan?? Main keyboard.. menyamar jadi manager.. takdenya nak sakat dengan gaya hantu kampung uniform baju kelawar putih bergayut atas pokok.. Yelah dalam opis mana nak cari pokok nak bergayut. Takkan nak bergayut atas pokok bonzai pulak kan.. kekeke

Aku tak tau opis apa & siapa yang kena kacau kat level 78 tu.. Aku baca cerita ni dari satu page Jom kongsi kisah seram je.

6 comments:

  1. kalau kat ofis ni suka bertukang..bulan puasa pun bertukang nk sambut raya..

    ReplyDelete
  2. Mungkin mainan perasaan je kot.. kikiki

    ReplyDelete
  3. Mungkin mainan perasaan je kot.. kikiki

    ReplyDelete
  4. Pejabat petronas kat melaka ni pon ada kes kene kacau camtu...memula ingat betol2 la mamat tu rupe2nye bukan....pandai benda ala tu menyamar kan....kikiki

    ReplyDelete
  5. Hantu sekarang bukan macam hantu dulu-dulu. Yang dulu malu nak keluar. Sekarang ni memang cari glamour habislah. Asal ada peluang aje nak menonjolkan diri. Kalau akak pun lebih baik kena saka sales daripada kena sakat hantu. Kalau kena saka sales tu terduduk lamalah juga lepas tu mengenang nasib diri ini. Kalau kena sakat hantu ni, eleh....nanti-nanti hilang ler keseramannya!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com