GELI TENGOK AYDA JEBAT & ZUL ARIFFIN

18.8.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

GELI TENGOK AYDA JEBAT & ZUL ARIFFIN. Tu dia.. sampai lagu tu kan? Alah... mesti ada yang cakap. Kalau dah haters ni serba tak kena la. Apa je buat semua jadi salah.. Buat baik pun nampak buruk, buat salah lagilah di burukkan. Nak kata haters sangat tu tidak la.. Sebab sekarang ni aku memang jenis tak berapa fans sangat la dengan mana2 retis.. Aku suka judge dari performance mereka je. Kalau depa perform bagus time tu aku cakap bagus.. Kalau depa memang tak pernah bagus kat mata aku maka aku cakap tak bagus la.


Tapi gandingan dua retis ni memang aku tak boleh nak terima sangat. Yang lelakinya, Zul Ariffin style macho tak habis2.. Kiranya tengok lakonan dia dalam semua drama pun style lagu tu je. tak versatile langsung. Yang perempuan pulak.. Kalau romantik sambil geli bulu ketiak jadinya. Entah kenapa aku tak nampak sweet tapi serius geli ok! Lagi sweet aku rasa lakonan Izreen Azminda dengan fahrin Ahmad dalam drama eksperimen cinta. Tu baru sweet kita tengok boleh senyum2 & gelak2 dengan watak depa.

Zul Arifin tu aku harap kurangkan muka & gaya cakap.. control macho. Muak pulak aku tengok. Si Ayda Jebat tu.. tak payah buat muka ghairah sangat boleh tak?? Macam perempuan sangap je aku tengok. Sweet tak semestinya sangap, hokay! Dan pada stesten Tv tolong la kurangkan drama gandingan depa berdua ni.. aku dah hilang nafsu nak tengok. potong stim even tengok iklan promo drama depa pun. hahahaha


Moral of the story.. Pembikin drama tak perlu over sangat kalaupun dengan alasan nak bagi nampak watak & cerita tu real. tak payah real sangat romantik tu.. kalau adengan dalam bilik just tunjuk sampai depan pintu bilik pun ok ye dak?? Tak perlu tunjuk adegan warm up untuk berjimak bagai. Tak payah open sangat macam Azalina tu.. hahahaha

Nak tengok Galaxy A8? Nak tahu apa yang best dengan Galaxy A8? Nak tahu harga? Meh tengok kat sini >> Galaxy A8 <<

5 comments:

  1. sokong..dulu ok lagi tgk lakonan zul ariffin ni..tp lama2 perasan tgk..die ckp mcm nk control macho gitu..tgk adegen diorg pon mcm agk melampau jgk

    ReplyDelete
  2. Kan...kalau dulu,sikit-sikit kena gam.Tapi sekarang ni, semuanya dah macam melampau sangat pulak.Dari iklan sampailah drama.Untunglah jadi hero...dapat pegang dan peluk percuma dari anak dara sampailah bini orang.Seolah-olah semua yang bernama artis ni, dah tak layak jadi calon menantu.
    Kita penonton sendiri rasa malu sendiri, apatah lagi kalau anak-anak yang tengok.
    Apakah dah takde siapa yang mampu nak guard semua ni?Semua yang berkenaan dah naik syok belaka sampai dah tak nampak semua ni?Hmm...

    ReplyDelete
  3. Ni yg menteri azalina othman suka. Adegan peluk²...mesra² macam ni. tak suka gak. Macam over acting lah.

    Suka jugak tgk izreen dengan fahrin dlm eksperimen cinta tu. Memang boleh buat kita gelak² & senyum² bila tengok citer tu. Sampai husband tegur lah ☺☺

    ReplyDelete
  4. kita pun meluat hahahaha... kita sendiri xde nk buat.gitu2 pun biasa jah

    ReplyDelete
  5. Kitakan asal drama Melayu aje kita dah meluat siap-siap sebelum tengok lagi. Aha, nampak tak betapa mengada-ngadanya Melayu yang tak sedar diri ni? Tapi okeylah, daripada tengok nak muntah, lebih baik jadi tak sedar diri! Bosanlah tengok mereka berdua ni. Izreen dan Fahrin pun kita bosan. You just name it sapa retisnya, semua pun kita bosan! Tapi kalau Brat Pitt & Angelina Jolie tu takdalah kita bosan. Eh, tu bukan retis Melayu ek?

    Oppsss.....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!