HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI

8/26/2015 11:59:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI. Ada orang jenis gila selfie setiap hari tak kurang dari 100 gambar dia snap. tak kurang dari 10 gambar dia upload. Maybe dia confident gambar dia menarik.. Tipu sangat la orang suka tunjuk gambar hodoh dia kalau dia sendiri jijik tengok kan? hahahaha... Kebanyakkan dari kita memang akan upload gambar yang kita nampak rupa kita elok je even ada muka orang lain dalam gambar kita dalam keadaan yang sangat memalukan.. kita dah tak kisah. Spesis jaga muka sendiri memang macam tu.. Tak fikir aib orang lain yang penting dia nampak cantik & menyerlah dalam gambar tu. Orang lain nampak buruk lagi bagus...

Gambar sekadar hiasan. Carian Google

Kadang2 pergi tag pulak gambar kawan yang dalam keadaan dia tak bersedia, muka nampak buruk.. Malu sang kawan tu tetiba gambar hodoh muncul kat wall dia & orang lain boleh tengok. Nak Untag kang terasa.. Tapi dia sendiri rasa malu dengan gambar tu. Kadang2 terpaksa biar jugak benda tu menjadi kemaluan paling besar sebab nak jaga hati kawan. Sebab tu aku setting gambar2 yang di tag tak appear kat timelines aku. Tapi even tak appear kat timelines pun bila tag rasa tetap keaiban tu ada sebab tetap appear kat timeline orang lain kan.

Wahai kawan..jangan terlalu selfish sampai tak jaga maruah & aib orang lain semata mata untuk nampak diri lebih menyerlah & cantik berbanding kawan kawan lain. Sebelum upload tu fikirkan la perasaan tuan punya gambar. Letak sekejab diri anda dalam diri dia.. Kalau hangpa pun tak sanggup nak tayang gambar buruk macam tu apatah lagi orang lain. Kadang2 lucu bagi kita tapi mengaibkan bagi orang lain.

Tapi Walaupun macam2 persepsi masyarakat & pakar pada mereka yang suka berselfie & welfie ni tapi kita tak boleh nak nafikan selfie sekarang bukan benda yang sia2 atau sebab mental problem kalau selfie/welfie di salurkan di tempat & cara yang betul. Kalau dah sampai dalam jamban nak selfie tu memang betul2 mental la.. Tapi kalau selfie untuk memberi pulangan pada diri sendiri tu namanya bijak mengambil kesempatan.

Moral of the story.. Nak selfie.. welfie tak salah. Cuma jangan sampai kita terlalu obses sehingga benda tu memudaratkan mengundang persepsi buruk orang pada kita. Buat apapun biarlah berpada pada. Nak upload gambar yang ada orang lain pun perlu fikir banyak perkara. Hormati privacy & hak orang lain walau gambar tu milik kita tapi kalau ada muka orang lain tetap muka depa tu hak depa jugak. Maruah orang adalah milik tuan punya badan walau dalam gambar orang lain punya.

5 comments:

  1. Setuju tu.. sebab tu tak banyak gambar yang ai upload.. cuma dari segi pihak orang lain kita tak boleh nak sekat cuma apa yang boleh buat.. berdoa moga takde gambar yang mengaibkan atau tak lawa appear pada wall orang lain.. ;)

    ReplyDelete
  2. nak tau satu resia tak??akak kan,tak suka kalau bergambar ramai2..tak tahu la kenapa tapi ianya macam fobia.kalau bleh mengelak memang akak mengelak..

    ReplyDelete
  3. ni kes yg terbaru ni doktor selfie dgn pesakit yg tengah nak bersalin sampai nampak "anu" orang tu lagi kes naya...bonggok tang mana pon tak tau la

    ReplyDelete
  4. Hahhaaaa... opppsss sorry ketawa la pulak.
    Teringat kisah gambar member kena upload kat portal company tengah games bawa bola kat lutut buruk habis mengamuk la member yang kena tu..
    Setuju nak upload gambar beramai atau orang lain biarlah yang elok dan molek. Kalau gambar sendiri suka hati kaulah!!!

    ReplyDelete
  5. hmmmm hahaha aku mmg tgk muka aku je selalunye .... hahahha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com