INILAH LOSYEN PALING SENANG NAK PAKAI

22.8.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

INILAH LOSYEN PALING SENANG NAK PAKAI. Aku antara manusia malas jugak nak pakai losyen kadang kadang. Kalau setakat kat tangan tu rajin la jugak tapi kalau banyak sangat tempat nak sapu losyen tu memang Ya Allah rasa macam nak angkat beban berkilo kilo.. Kalau datang mood malas jangankan nak pakai losyen kalau boleh mandi pun rasa nak macam carwash auto tu.. masuk mesin gosok2.. lepas tu keluar orang ada lap. Tapi hari ni aku nak cerita pasal kenapa orang malas pakai losyen even semua orang tahu losyen ni banyak fungsi untuk kulit.

Antara sebab orang Malas pakai losyen
1. Melekit. Ada jenis losyen memang melekit. Dia kering masa kita pakai tapi bila kena air jadi belengas atau kalau panas campur dengan peluh memang melekat lekit jadinya.
2. Rumit - yelah... nak tuang atas tangan/kulit kemudian nak kena sapu @ usap2 keseluruh tempat yang kita nak sapu. Perlu masa jugak. Tu yang kadang kadang orang malas nak pakai losyen.
3.Malas. Yang ni jangankan losyen apapun dia takkan pakai sebab malas.


Tapi tak payah risau sebab zaman sekarang ramai orang malas maka ada kaedah lebih senang nak pakai losyen. tak payah nak sapu2 @ usap2 keseluruh badan dah... spray je katanya macam perfume tu dah siap. Nak tau losyen apa boleh spray2 jer meh tengok kat sini >> Body Lotion Dalam bentuk spray << Bukan takat senang nak pakai malah yang mana ada masalah kulit kering.. kalau kat betis tu dah macam ikan bersisik katanya. kering kontang macam padang pasir, elok la try losyen badan ni. Spray je seluruh badan settle. Selain tu jugak dia ada fungsi mencerahkan kulit.

So,takde alasan lagi malas pakai losyen lepas ni. Kalau malas jugak elok tak payah jadi manusia. hahahaha

4 comments:

  1. Akk la tu yg malas nk tepek losyen. Klu ada yg spray kena cuba ni sbb memudahkan sgt sgt bg org malas ni.

    ReplyDelete
  2. kena cuba ni.. sok g cari kat store lah
    ada masa meh singgah http://comot-pink.blogspot.com/2015/08/teknik-contouring-dan-highlight-by-sdtkc.html

    ReplyDelete
  3. owh ada plak losyen pakai spray...mesti menarik

    ReplyDelete
  4. Kathy memang wajib pakai losyen.. Tak sah rasanya pas mndi tak apply losyen kat badan. Heheheh.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com