JANGAN TENGOK TRAILER GOODNIGHT MOMMY KALAU PENAKUT

15.8.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

JANGAN TENGOK TRAILER GOODNIGHT MOMMY KALAU PENAKUT. Ni yang buat jiwa puaka aku memberontak ni. Dah la tak habis sesi pemburuan.. Dah datang hantu hantu baru. Tak tercapai tangan & poket nanti. Kiranya trend seram belum lagi habis.. Tak kira di Malaysia mahupun luar negara masing2 berlumba nak buat filem seram. Yang sakit jiwa orang2 macam aku la.. Nak tengok wayang tak boleh.. Dok kuatkan iman je tunggu sampai dvd keluar. Kalau Ah Lang Nun memang cepat tapi tu la.. 2 dvd filem omputih aku beli baru2 ni dua2 ada suara misteri yang tak ada kena mengena dengan filem tu. Nampak sangat kualiti rakam sambil menonton dalam pawagam.


Terbaca pulak kat Astroawani satu filem baru Australia, Goodnight Mommy yang katanya Trailer pun dah seram sangat. Ramai yang tak sabar tunggu filem tu keluar panggung. Aku je tak sabar filem tu keluar dalam bentuk dvd. Yelah.. Nak tengok wayang tak sesuai la nak berangkut anak aku. Malas dah nak explain sebenarnya tapi tu la bosan pulak orang asyik suggest bagi orang tu ni jaga kejab.. Kami laki bini memang takkan tinggalkan anak kami untuk orang lain jaga semata mata nak pergi berseronok.

Sumber Astroawani

Konar balik cerita pasal trailer filem Goodnight Mommy ni.. Dah kata seram sangat aku pun nak tengok jugak la kot2 trailer ni mampu buat aku tutup muka dengan bantal. Ok la not bad suspend jugak la even belum tahap mampu buat tutup muka dengan bantal. Kiranya trailer tu pun berjaya jugak menghasut aku untuk tengok filem tu nanti. Korang nak tengok jugak ke? Meh la tengok kat bawah



Moral of the story... Pada penggemar filem seram macam aku, sapa tengok dulu sila share seram ke tidak. Tapi rilex belum keluar panggung ok apatah lagi astro first.

4 comments:

  1. Sis.. Dah tgk review ye? Macam best la..

    ReplyDelete
  2. Oh, berdiri jugalah bulu roma sikit-sikit tapi tak tegak berdiri sepenuhnya! Jap, jap, jap... ada bulu roma ke tidak nih... Keh3x...

    Ini takdalah seram sangat seseram tunggu keputusan check darah!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com