JELMAAN POCONG DALAM LRT TERAKHIR DARI KLCC

18.8.15 Suria Lekatlekit 9 Comments

JELMAAN POCONG DALAM LRT TERAKHIR DARI KLCC. Malam ni segmen seram serik lekat lekit memburu hantu yang suka naik transport awam pulak. Dah tak rare la baca cerita hantu asrama, banglo, tepi highway,atas pokok bagai. Apa ingat hantu sekarang tak up to date ke? tak reti naik LRT.. sorry ok! Kisah ni membuktikan hantu jugak pandai naik public transport berbanding aku yang tak reti nak naik pengangkutan awam kat KL ni.

Gambar rembat Google Punya.. Ada Google kesah???

Dah kawen lagi la susah nak naik publick transport.. Ada la pernah sekali dua bawak anak bagi merasa naik LRT. Erkkk... kenapa aku cerita pasal aku yang tak reti naik publick transport ni?? Seram sangat ke?? hahahaha... Tu la bia MummyDearie datang menyerang aku pun kena penyakit 'konar baring' bila tulis entri. Ok.. ok.. kembali ke mood seram..

Alkisahnya pasal seorang ibu bersama seorang anak yang umur dalam lingkungan 4-5 tahun naik LRT terakhir dalam pukul 11.30 malam gitu la dari KLCC... kemana tak tahu la pulak. Sebab cerita dia camtu je. Alkisah dalam LRT waktu tu ada 3 orang lain wanita yang duduk berasingan. Bila sampai stesen pertama.. ketiga tiga perempuan tu turun tapi sebelum turun salah seorang perempuan tu datang kepada budak yang umur 4-5 tahun tu & bagitau jangan duduk berjauhan dengan mak dia.Jangan biar orang lain duduk dekat dengan mak dia. Lepas di pesan macam tu budak tu pun lari la duduk sebelah mak dia. So, mak dia pun tanya apa yang perempuan tu cakap pada anak dia tapi anak dia tak menjawab cuma sesekali dia menoleh ke sebelah lepas tu pandang mak dia sambil geleng geleng kepala.

Mak si budak tu mula pelik sebab anak dia asyik memerhati je kat dalam train tu walau takde sesapa melainkan depa dua beranak je. Takkan la anak dia teruja dengan bangku2 kosong kot.. Tapi pandangan tu tak macam teruja dengan bangku2 kosong pun. Macam melihat sesuatu.. Mula la mak dia rasa macam tak best je dengan kelakuan pelik anak dia tu.

Lepas sampai ke destinasi mereka dua beranak ni turun.. lepas tu pak guard kat situ pulak dok terjenguk2 dalam train. double pelik jadinya si mak ni. Lepas turun dari LRT sekali lagi si mak ni tanya apa yang makcik tadi cakap pada anaknya tapi soalan mak dia tak di jawab lain pulak di tanya & di ceritakan kat mak dia... Dia tanya mak dia kenapa ada banyak orang pakai jubah putih ikat atas kepala, kat pinggang & kat kaki.. Sebab katanya selalu dia tengok orang pakai tudung ikat bawah leher. Sebab tu la makcik tadi suruh dia duduk dengan mak dia... Si mak mula cuak rupanya tadi dia travel bersama pocong dalam train. Katanya ada satu laluan bawah tanah LRT tersebut melalui kawasan perkuburan. Maybe pocong tumpang naik train nak balik kubur kot...kekekeke. Alah tumpang sekejab pun nak kecoh, kan?? Pocong pun tak larat nak melompat balik rumah dah...

Moral of the story.. Makhluk ghaib sekarang pun lebih suka naik pengangkutan awam.. maybe terbang atau lompat pun pakai minyak petrol jugak kot. Minyak naik harga maka pocong pun naik LRT. Peace Yo! hehehe

Sumber :  HANTU LRT (KUALA LUMPUR)

9 comments:

  1. Eh. Meremang pulak bulu roma kita. Haha.

    ReplyDelete
  2. Alamak tetiba meremang...serammm

    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  3. ish betul ke ni? memnag kita sellau naik train dari KLCC kalau balik kerja. kdg kdg pernah lambat tapi takpernah lagi nampak apa apa.. cuma pernah satu kali .. masa mula mula train siap.. naik dari pasar seni ke klcc. tiba tiba train laju semacam dan break emergency masa sampai klcc. masa tu hampir semua penumpang turun sebba takut.

    ReplyDelete
  4. gile pengsan aku klu gitu ....huhuhu

    ReplyDelete
  5. Eleh, dah memang dia selalu korner baring juga, nak salahkan kita. Penyakit tu bukan jenis merebak tapi lahir dari dalam tau. Kah3x...

    Oh, bila baca memanglah naik bulu roma! Kalau sendiri yang kena, haruslah tak turun-turun bulu roma walaupun dah sampai rumah! Serius betul ke cerita nih? Pocong zaman sekarang memang jealous dengan manusia tau. Kita naik LRT dia pun nak naik juga....

    ReplyDelete
  6. Pocong baru balik dr klcc tu ^-^

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Hantu baru habis syif ngacau manusia kt klcc.......kikikiki

    ReplyDelete
  9. Hantu baru habis syif ngacau manusia kt klcc.......kikikiki

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!