KALI KEDUA KENA UGUT SAMAN SEPANJANG JADI BLOGGER

23.8.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

KALI KEDUA KENA UGUT SAMAN SEPANJANG JADI BLOGGER. Gamaknya ni la perangai sesetengah orang melayu zaman sekarang.. Tak boleh ada duit lebih sikit, ada personal lawyer tak boleh silap sikit je warning orang nak saman bagai padahal depa yang cetuskan salah faham tu berlaku. Konon depa ingat blogger mesekin macam aku ni dengar je saman terus kecut macam pokok semalu kot.. Depa fikir kat mahkamah tu memang dok tunggu depa hantar kes je. Dah takde kerja lain nak buat.


Ni lagi sekoq mangkuk hayun jenama hampeh konon ugut nak saman aku sebab screenshot komen dia. Habis kau jentik hati aku... Bila aku sentuh bab ko tahu ko nak saman bagai. Dah lama aku perasan dia macam sakit hati sangat dengan blog aku. Ni kali kedua dia kondem blog aku. Dulu dia dah pernah kutuk blog aku. Katanya blog politik dia lagi gempak viewers kalau nak banding dengan blog aku ni. Memang level2 bawah kaki dia je la... Ni aku cari orang nak beriklan dengan blog aku pun dia kondem lagi. Katanya blog kalau views tinggi pengiklan yang akan datang tak perlu cari. Kalau blog views ciput sapa nak beriklan. Ada la level2 orang beriklan mengikut level2 blog. Kau ingat semua orang mampu nak beriklan ribu riban kat blog views pecah skrin tu??? Even kadang review depa copypaste je dari detail client bagi. Blogger picisan macam kami ni la.. even bayar murah gigih mengarang nak bagi cantik review tu. Aku syak dia ni memang tak up to date dunia blog sekarang. Sekarang orang nak cari blogger untuk review pun depa post je kat FB.. blogger yang akan offer blog depa. Benda memudahkan semua pihak. Aku just buka offer untuk mana2 nak beriklan kat blog aku jer.. Sebab aku tau cara tu memang effective jugak. Kadang2 ada peniaga online ni tak tahu ada service macam tu.. Bila kita war war kan perkara tu bagi info pada semua.


Tak payah nak kondem blog aku cabok bagai.. Setiap orang ada bahagian rezeki masing2 dari Allah. Kau sakitkan hati orang takpe bila kau sakit hati kau nak saman orang. Kalau dah hati selembut Azwan Ali tu kau lantang macam mana pun tetap kau spesis cepat touching. Cakap pasal politik macam nak terbakar FB.. kena kutuk sikit terus ugut saman. Apa barang beb kes camni pun nak saman. very da budak sangat tau!! Duit lebih tu pi la simpan dalam tabung esok2 cukup boleh buat haji untung2 mati masa tengah buat ibadah, Insya Allah syurga untuk kau. dari ko nak habiskan kat lawyer saman pasal aku screenshot komen ko kondem blog aku tu. Tak berapa lelaki la beb! Lagi pun aku tak pernah kacau ko sebelum ko kacau aku. Pernah ke aku dok kondem2 kat status politik ko tu?? Takde kan?? yang ko minat sangat nak participated conversation kat Wall aku dah kenapa?? Minat sangat ke dengan aku??


Dua dah blogger lelaki yang ugut nak saman blogger perempuan cinonet lagi tak popular macam aku. Badan je besar hati kecik!! Depa kutuk aku ok pulak.. bila aku balas sentap sampai nak membawa ke court katanya. Yelah maybe duit lebih sangat melimpah ruah tak tau nak buat apa.. Tapi pelik jugak nilai ringgit jatuh, kerajaan laksanakan GST maki sampai tak sudah kat FB tu. Kutuk kerajaan kaw kaw punya. Kalau dah duit banyak takkan terkesan kot dengan kos sara hidup yang semakin naik. Lain la orang semekin macam aku. Dah banyak sangat buat2 la sedekah kat orang miskin. Dapat jugak pahala nak bawak kat sana dari dok simpan untuk saman orang je.

takat acah acah kaya nak saman bagai jer. hahahaha

Moral of the story.. Kalau setakat hati tak cukup akil baligh tak payah nak ber pesbuk sangat la. Pi duduk depan tv tengok spongebob sudah.

5 comments:

  1. Assalamualaikum Suria,

    Blog Suria ni hot kot.. Teruskan berblog dengan ikhlas, yang penting niat kita kann..

    ReplyDelete
  2. Heheheh.. Ada jugak terbaca screenshot sis semalam. Sabar ye sis.

    ReplyDelete
  3. Hihi.... dia punya viewer ramai... kenapa nak dengki dengan blogger "cabok" macam akak kan?? pelikssss... mesti ada sesuatu dia minat pada lekatlekitgurl ni :D

    ReplyDelete
  4. jd blogger ni pun ade cabarannya kan...sabar jela sis..yg pting kte tau ape yg kite buat..bkn kte buat bnde yg slh kn

    ReplyDelete
  5. Ambil kata2 penghinaan dia tu sebagai pembakar semangat untuk suria terus berblog....dia sorang je yg tak suka takpe takde nye rugi beso....lepas ni inshaa Allah makin ramai yg melekit dan melekat kat sini...hehehe....kipidap dik!!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!