KENYATAAN USTAZAH FATIMAH SYARHA DALAM FIQ WANITA MENGUNDANG PADAH

8.8.15 Suria Lekatlekit 8 Comments

KENYATAAN USTAZAH FATIMAH SYARHA DALAM FIQ WANITA MENGUNDANG PADAH. Sapa tengok rancangan Fiq wanita petang Jumaat pukul 1 kat tv3 semalam mesti dengar apa yang ustazah fatimah Syarha ni cakap tentang susu formula @ susu lembu yang di berikan kepada bayi. Kenyataan dia tu mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan penonton & pengguna media sosial. Kenyataan dia di anggap sangat 'bodoh'... aku tak tau la dari mana dia dapat fakta tersebut yang pasti ni kali kedua aku dengar dia cakap sesuatu yang menampakkan dia main cakap je tak buat research.

ustazah fatimah Syarha ni orang dia comel.. sentiasa tersenyum
Pernah aku tengok satu rancangan talk show berunsur Islamik kat Tv9 tapi aku dah lupa pulak rancangan apa... Almaklum la aku jenis on tv tengok je apa yang ada. Bukan jenis follower tetap sesatu rancangan.. apa yang best masa tu aku belasah je la. Almaklum la aku tak ada esteruk & tak berniat pun nak langgan esteruk yang teruk tu. hehehe... Dalam rancangan tu membincang isu pasal suami yang tidak bekerja & di tanggung isteri. Dia menggelar lelaki tidak bekerja & di tanggung isteri tu sebagai Mr Mama.. sedangkan kita sedia maklum istilah Mr Mama untuk suami yang menguruskan rumahtangga & dalam pada yang sama membuat kerja dari rumah untuk menyara keluarga. Jantan pemalas duduk rumah lenggang perut boroi jer tak buat apa2 tu bukan Mr Mama. Tu Mr Semak!

Yang jadi viral sekarang.. Adalah statement dia pasal bayi yang minum susu lembu ni akan membesar & jadi seorang yang pemarah sebab katanya ikut sifat lembu. Aku ni tak berani nak pertikai mula2 tapi aku dengar macam pelik pulak. Dari mana dia dapat fakta tu. Ada kajian ke yang membuktikan minum susu lembu kanak2 membesar jadi perangai macam lembu.

Kenyataan ustazah Fatimah Syarha di Fiq Wanita. Clik untuk views yang lebih jelas.
Nasihat aku sebagai seorang yang suka jugak rancangan talk show berunsur Islamik ni.. Ustazah fatimah Syarha ni maybe masih baru dalam dunia hiburan even dia seorang pendakwah tapi kalau dah jadi ustazah selebriti ni auto dah jadi retis la.. Mungkin dia tak faham lagi kesan dari cakap main ikut sedap mulut je. So, lepas tu hope Ustazah Fatimah Syarha ni lebih berhati hati untuk mengeluarkan sebarang pendapat.. Bila dah jadi viral ni faham2 la.. orang mula mempertikai & meragui kredibiliti dia sebagai seorang pendakwah. Tapi tak kira siapa... kita ni cuma manusia yang tak lepas dari kesilapan. So, macam tu jugak dengan Ustazah fatimah syarha ni. Mungkin kesilapan ni bagi dia pengajaran untuk jadi yang lebih baik di masa akan datang.

Moral of the story.. Tak perlu la kita emo sangat even kita membesar dengan susu lembu pun. Kalau kita cepat sangat tacing & marah.. so tak salah la ustazah tu cakap. Jadi untuk membuktikan kenyataan ustazah tu tak betul kita kena cool & steady. tegur kesilapan beliau secara berhemah & penuh kasih sayang. Peace!


Yang ni fakta sahih dari kajian sains. Pengalaman & kebahagian boleh di beli dengan duit nak tahu macam mana meh tengok kat sini >> Sains Jelaskan Kenapa Kita Perlu Belanjakan Wang Pada Pengalaman, Bukan Material <<

8 comments:

  1. Kesian orang yang berilmu tapi cakap tak ada fakta...huhu..habis susu kambing tu apa cite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sejak kecil sampai sekarang... hidup dengan susu lembu taklah sampai bodoh seperti lembu. ha.ha..

      Delete
  2. Replies
    1. Ha..ramai yang dah puji blog ini ada banyak perubahan dan ada yang puji cantik pulak tu... Terima kasih iryanty ahamad. :)

      Delete
  3. jenjalan sini ..

    http://sasuzanazanudin.blogspot.com/2015/08/tips-kurus-selepas-raya.html

    ReplyDelete
  4. Dia comey.. dolu2 minum susu arnab kot?

    ReplyDelete
  5. dah komen,tapi terpaksa delete dan no komen.Kena buat satu artikel nak komen bab ni.hihi

    ReplyDelete
  6. kalau minum susu lembu nanti besor akan jadi cam lembu asyik nak marah je dan kalau minum susu kambin nanti besor malas mandi cam kambing gituuuu.....hahaha....amacam yan logik tak? ;p

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!