KOLEKSI HARAM BLOGGER

3.8.15 Suria Lekatlekit 10 Comments

Tu dia koleksi haram apa pulak ni? Blogger mana pulak yang dok buat kerja tak senonoh simpan koleksi haram ni. Macam macam la lekat lekit ni.. Hot & spicy penuh kontroversi ja cerita kat blog puaka dia. Kira berapi api je la blog hang setiap masa yer.. Harus la berapi api baru la menyerlah jauh dari yang biasa katanya. Apa benda koleksi haram tu??


Ni la nak story semalam sempat singgah kat pasar malam area PJ.. tak sure lokasi dia sebab lupa nak tanya laki aku apa nama pasar malam tu hahaha... Tu dia abang hat juai segala mak nenek dvd.. bukan main besaq booth dia.. siap ada player. Ni kalau kena ambush memang sempat bawak lari diri ja.. koleksi dvd cetak rompak dia memang tak sempat nak bungkus dah. Tapi tengok dia steady je meniaga.. Maybe dia ada backup la kot kalau tak takkan seberani tu dia bukak gerai besar kat pasar malam tu. Aku tengok kat pasar malam paya jaras aritu tak sempat panas bontot buka meja dah kena angkut.

Sebab aku tak tau classic world entertaiment sdn bhd ni mana lagi cawangan yang masih beroperasi.. Sebab tu je tempat aku boleh beli dvd hantu original dengan murah. atas hasutan laki sendiri.. dia kata beli je la yang cetak rompak tu... Alang2 dah sampai. Murah je kalau tak elok pun nanti tukar balik. Mula2 memang aku taknak beli.. Aku memang tak confident langsung tapi bila fikir pengerusi FINAS hat baru ni (Azalina Othman) otak pun tahap cetak rompak jer.. layak la kita tak support sangat industri perfileman Malaysia ni. Konon!! hahaha

Tapi malangnya balik nak test qualiti filem astro first ni.. kat player dalam kereta test ok jer boleh play.. balik rumah pasang kat player tak boleh pulak. Ada yang boleh play pun Ya Allah kualiti rakaman Astro Fisrt tu cantik la jugak tapi kalau dah rakam kat panggung mesti la ada suara2 sumbang misteri. Aku decide.. Next week je aku pi cari Classic World Entertaiment. Dvd2 haram tu.. Asben aku cakap nak pi tukar dengan dvd2 lagu je simpan dalam kereta. Tak pun tukar dengan dvd kartun anak aku sudah.

Kalau kat Classic World entertaiment filem Gamatisme ni rasanya belum keluar. Ni rakam Astro First jer

Sebenarnya kalau pasang kat pc aku ni boleh je tengok tapi aku kalau tak boleh pasang kat player TV aku memang aku reject on the spot. Tak feel sangat tengok filem seram kat PC. Hilang seri seram katanya. hahahaha...

Moral of the story.. Sebagai peminat filem seram memang dvd cetak rompak tak mampu memuaskan nafsu serakah aku. Yelah.. bila kita suka something tu kita akan jadi cerewet dengan segala benda. Biarpun menteri yang baru di lantik sebagai pengerusi FINAS tu pemikiran dia tahap haram @ cetak rompak jugak tapi sebab aku terlalu mencintai filem seram tetap aku kena kumpul koleksi halal @ original jugak.


Yang menarik
Tak perlu guna kepakaran makeup untuk tutup parut jerawat. cuma ikuti trick mudah ni je. Korang betul ke nak tau tips mudah sorokkan parut jerawat di muka ni?? Serius tak menyesal?? Kalau korang nak tau jugak baca la sendiri kat sini >> 13 trick & Cara paling mudah & senang sembunyikan parut jerawat di wajah <<

10 comments:

  1. dah lama tak beli koleksi haram ni. tengok movie kat showbox jer.. astro pun boring, asyik movie ulang-ulang jer

    ReplyDelete
  2. ikut tenpat gak kadang2..mcm Fida husband selalu gak beli vcd haram ni..tapi okey lagi setalat ni semua gambar dia...

    ReplyDelete
  3. aku suka beli dvd pirate ...ahhahahah

    ReplyDelete
  4. Ramai yang suka beli dvd movie cetak rompak... harga murah dan tengok pula sekali saja. Itulah yang selalu dorang cakap. Ambo lama tak tengok movie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. saya pun kebanyakkan filem2 saya beli even original tengok sekali je tapi dah hobi kumpul koleksi dvd seram ni saya rasa puas koleksi saya dari koleksi yang original. sebab kadang2 yang cetak rompak.. lama2 dia rosak. tp yang original ni tahan sikit. Tapi lebih kepada kepuasan sebenarnya... hehehehe

      Delete
  5. Aku kalau tengok dvd berkali2 sampai hafal dialog... tapi lama gak tak beli dvd sebab sini dvd player takde.... kalau balik rumah mak. adik aku download masuk hardisk je...

    ReplyDelete
  6. hehe..dah lama tak beli dvd ni..dulu sllu beli kat pj..mmg rmai kaki jual ni..tgh makn kat kedai pun ada je org cina yg dtg jual

    ReplyDelete
  7. setakat ni masih setia dengan dvd cetak rompak...tak pernah pulak kena yang rosak
    :-))

    ReplyDelete
  8. Kat sini susah dah nak dpt dvd ori.. :(

    ReplyDelete
  9. lama dah tak beli benda alah ni time sekolah menengah selalu beli. :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!